mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Ustaz angkuh, bongkak dan sombong

SELEPAS empat minggu menyepikan diri, hari ini Siti menjelma kembali. Bukan Siti sengaja nak ponteng daripada menulis tapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Sepanjang ‘percutian’ Siti, banyak juga perkara yang Siti lihat dan buat analisis. Salah satunya tentang fenomena ustaz selebriti. Sana sini orang bercakap tentang fenomena ini. Kalau sebelum ini mak bapa mahu anak jadi artis sebab artis boleh dapat duit banyak.

Sekarang sudah banyak mak bapa mahu anak jadi ustaz. Itu sudah bagus. Tapi yang tak berapa bagusnya mereka mahu anak jadi ustaz selebriti. Undangan ceramah @ lawak jenaka mengalahkan artis. Kalau Siti kata Siti bimbang dengan fenomena ini, tentu banyak yang marah tapi lu fikirlah sendiri.

Mengenai ustaz juga, Siti kecewa dengan tindakan seorang ustaz yang mengecam, mengutuk dan memperlekeh ustaz lain. Mulanya Siti tak percaya, tapi mengamati lama-lama, tidak ada yang mustahil di dunia ini.

Ustaz ini memang suka serang ustaz-ustaz lain, apa lagi dia mempunyai kedudukan penting dalam jabatan kerajaan. Berapi-api serangannya.

Lebih kurang beginilah bunyinya.

“Ustaz ******* ni siapa? Buat B.A di Jordan ni bahasa Arab dan sastera saja. Tapi balik buat M.A buat PhD lepas tu nak bercakap tentang ilmu-ilmu agama. Belajar bahasa Arab, sastera, mengajar tatabahasa Arab bolehlah. Tapi tak pandai-pandai juga. Ni agama jadi menyeleweng ni. Bukan ahli, bukan pakar pun, bukan reti pun. Kalau kita belajar bahasa Arab sastera, kita buat master, master satu buku saja, saya sudah tulis lebih 20 buku, berapa master saya dapat. Buat PhD satu buku kecil saja. Basic ilmu syariah, ilmu akidah tak ada, sebab itu cakap merapu."

Siti kenal ustaz yang menjadi mangsa serangannya. Tapi ustaz ini sedikit pun tak balas balik walaupun selalu dapat peluang berforum dan berdialog di televisyen. Beliau sentiasa merendah diri dengan semua orang.

Bercakap dengan ustaz ini terasa sejuk dan aman. Beliau, Siti istilahkan berwajah syurga. Siti pun tertanya-tanya apakah yang membuatkan ada pihak sanggup menghina dengan begitu rupa. Tapi di mata Siti, yang hina adalah orang yang bongkak dan sombong.

Siti fikir ustaz yang berlagak gangster ini tak sesuai diberi peluang tampil di depan khalayak seperti di televisyen. Bukan untuk menutup periuk nasi dia tapi bimbang memberikan persepsi yang salah kepada masyarakat, sama ada dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam.

Siti realistik, spesies begini hanya satu dua orang sahaja. Tapi seperti kata orang tua-tua, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, semua yang lain terpalit juga. Siti tidak mahu nanti ada pihak melabelkan itulah perangai seorang ustaz, padahal itu bertentangan sama sekali dengan yang sewajarnya.

SITI JARUM: Bukan ustazah.


Siti Jarum Utusan Malaysia Rencana 20140209
Tags: angkuh, bongkak, sombong, ustaz
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments