mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kontroversi pemikiran Ibnu Arabi

SALAH seorang ahli sufi besar dan berpengaruh dalam sejarah perkembangan tasawuf dunia Islam ialah Ibnu Arabi. Nama lengkapnya ialah Muhiddin Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Hatimi al-Ta’i.

Beliau juga dikenali dengan gelaran Muhy ad-Din ( Penghidup Agama) dan Syeikh al-Akbar (Guru Terbesar). Ibnu Arabi terkenal dengan doktrinnya tentang Wahdah al-wujud (kesatuan wujud) yang mengakibatkan beliau dikritik dan dikafirkan oleh ulama.

Setelah berkelana ke pelbagai tempat, beliau menetap di Damsyik, Syria sampai akhir hayat. Di sana beliau merasakan peringkat terakhir perjalanannya yang juga merupakan peringkat kematangan kerohanian dan intelektual sebagai seorang ahli sufi.

Ibnu Arabi terkenal dengan Fahaman Wahdah-al-Wujud. Menurutnya, tidak ada sesuatu pun yang wujud kecuali Tuhan. Hanya ada satu kewujudan hakiki, iaitu Tuhan. Segala yang ada selain Tuhan hanyalah tempakan lahiriah daripada-Nya. Kewujudan makhluk bergantung kepada kewujudan Tuhan atau berasal daripada kewujudan Tuhan.

Manusia yang sempurna (insan kamil) merupakan pusat tampakan diri Tuhan yang paling sempurna. Oleh sebab konsepnya itu, Ibnu Arabi dianggap kafir oleh ulama lain.

Pengaruh Ibnu Arabi terhadap perkembangan tasawuf, khususnya tasawuf filosofi sangat luar biasa. Gagasan kesufian Ibnu Arabi tersebar ke seluruh dunia Islam dan mendapat pengikut yang tidak terhitung jumlahnya.

Di Indonesia, pemikiran Ibnu Arabi juga tersebar luas. Hal ini terbukti dengan banyaknya ulama yang membawa fahaman Wahdah al-wujud, seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumatrani, dan Abdus Samad al-Palimbani.

Ada sekitar 300 judul buku yang dihasilkan oleh Ibnu Arabi. Sebahagian besar ditulis semasa beliau berkelana untuk menuntut ilmu. Antara karyanya yang terkenal ialah Futuhat al Makkiyyah (Penaklukan Mekah). Dalam karyanya itu, Ibnu Arabi menulis bahawa Allah SWT melalui malaikat yang menyampaikan ilham kepadanya. Kitab ini mengandungi huraian tentang prinsip metafizik, ilmu keagamaan dan pengalaman kerohanian Ibnu Arabi sendiri.

Fusus al-Hikam (Permata Hikmah) ialah karya Ibnu Arabi yang ditulis 10 tahun sebelum beliau meniggal dunia. Menurut pengakuan Ibnu Arabi, karya ini diiterimanya daripada Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya, yang menyuruh beliau menyebarkannya kepada seluruh umat manusia agar mereka dapat mengambil manfaat daripada karya itu. Kitab tersebut bertujuan memaparkan aspek tertentu kebijaksanaa Ilahi dalam konteks kehidupan 25 orang nabi dan rasul.


Utusan Malaysia Bicara Agama 20140218
Tags: sufi, tokoh
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments