mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Budaya 'habib' berselawat dipersoal?

SEBAGAI umat Islam, kita semua cinta akan Rasulullah SAW. Kita dianjurkan berselawat sebagaimana maksud hadis. Kecintaan terhadap baginda harus ditunjukkan dalam mengamalkan sunnah baginda dalam semua aspek kehidupan. Baginda diutuskan untuk membentuk akhlak manusia.

Cuma, akhir-akhir ini negara kita dikunjungi oleh orang yang memakai gelaran 'habib' dari beberapa buah negara luar. Mereka menjadi pemimpin kepada perhimpunan yang dinamakan pelbagai - melakukan selawat beramai-ramai yang dihadiri beribu-ribu orang. Ada nasyid, qasidah dan sebagainya.

Persoalannya, adakah program berselawat seperti ini menepati sunnah Rasulullah?

Dalam beberapa rakaman video yang ditonton (perhimpunan selawat di sebuah negara jiran), peserta perhimpunan seperti kelekaan ketika menghayati alunan nasyid (adakah ia selawat?) seperti terpukau dengan menggerak-gerakkan tangan dan badan mengikut alunan nyanyian habib.

Kita cintakan Rasulullah SAW tetapi manifestasi sebenar kecintaan terhadap baginda perlulah ditunjukkan dengan pengamalan kandungan al-Quran dan sunnah baginda. Adakah menjadi harapan agar umat Islam dilindungi daripada perkara-perkara yang dianggap ibadah tetapi sebenarnya bukan, kerana kaedahnya boleh dipersoalkan.



AZHAR TG. MALIM Utusan Malaysia Forum 20140221
Tags: salam
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments