mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Harga al-Quran dijangka naik

Kuala Lumpur: Harga senaskhah al-Quran dijangka meningkat 50 peratus susulan penguatkuasaan pelekat hologram bagi kitab suci itu, mulai 1 Mac ini.

Hologram yang dijual dengan harga RM1 sekeping melalui Bahagian Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu wajib dilekatkan pada setiap naskhah.

Penerbit atau pencetak kitab suci yang gagal mematuhi peraturan yang diperkenalkan sejak 1 Ogos 2011 itu boleh didenda RM10,000 atau penjara.

Gesaan mansuh

Berikutan itu, Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM) menggesa kerajaan memansuhkan penguatkuasaannya kerana ia membebankan penerbit dan umat Islam.

Malah, jualan al-Quran didakwa merosot sehingga 30 peratus sejak beberapa bulan lalu kerana peniaga memulangkan semula naskhah selepas diberi surat amaran oleh penguat kuasa KDN.

Presiden Penaja PQM, Sabariah Abdullah, berkata pelaksanaan hologram bukan jaminan ketulenan al-Quran kerana ia boleh dicetak rompak.

“Penerbit memerlukan tenaga kerja tambahan untuk melekatkan hologram sebelum dibungkus, sekali gus menyebabkan kos turut meningkat sehingga RM5 senaskhah.

“Malah, peraturan pembelian secara tunai juga menambah beban penerbit, terutama peniaga kecil,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Bendahari Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Malaysia (ACCIN), Mukram Mohd Taib.

Sehubungan itu, Sabariah berkata, PQM menghantar memorandum kepada KDN kelmarin, untuk mendapatkan penyelesaian.

“Kami berharap dapat membincangkan perkara ini dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kerana ia seolah-olah mengenakan cukai terhadap penerbitan al-Quran,” katanya.


Berita Harian Nasional 23/02/2014
Tags: al-quran, harga, hologram
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments