mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Ikhwanul Muslimin diisytihar haram

Jeddah: Arab Saudi mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin sebagai sebuah pertubuhan pengganas dan mengharamkannya serta beberapa pertubuhan lain, berkuat kuasa semalam, kata satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian terbabit mengeluarkan satu senarai pertubuhan yang dilarang termasuk pergerakan Hizbullah Saudi itu, Al-Nusra, Al-Qaeda di Semenanjung Arab, Al-Qaeda di Yaman, Al-Qaeda di Iraq dan Houthis di Yaman, lapor agensi Saudi Press.


Kementerian menyebut bahawa larangan itu termasuk pertubuhan yang sama ideologi dan yang diketahui terbabit dalam keganasan dan perbuatan ganas, dan juga yang ada dalam senarai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pertubuhan antarabangsa lain.

Negara itu mengharapkan pertubuhan itu berdasarkan cadangan jawatankuasa ditubuhkan di bawah arahan diraja pada 3 Februari lalu.

Jawatankuasa terbabit dianggotai Kementerian Dalam Negeri, Hal Ehwal Luar, Hal Ehwal Islam dan Kehakiman, selain Lembaga Siasatan dan Pendakwaan umum.

Berita Harian Dunia 09/03/2014
Tags: ikhwanul muslimin
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments