mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Fenomena traumatik

MASIH terdengar suara Aleesya bermain di halaman rumah bergelak ketawa bersama dua abangnya. Aleesya adalah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga Azmin dan Raihana. Itulah intan, itulah permata. Bahkan dialah juga ‘bunga’ yang menjadi penyeri serta pelengkap keluarga setelah lima tahun menanti kehadirannya.

Aleesya sememangnya rapat dengan abang-abangnya. Ke mana sahaja mereka bermain, mahu sahaja dia mengikutinya sekalipun dilarang. Mahu tak mahu, abang-abangnya terpaksa mengalah biarpun dalam kelompok tersebut, Aleesya sahaja perempuan.

Namun Aqil dan Afiq sentiasa memerhati gerak laku adiknya itu. Pantang Aleesya bergerak jauh sedikit, pasti jeritan nama Aleesya kedengaran. Di mana sahaja ada Aqil dan Afiq, di situ juga ada kelibat Aleeysa, sekali gus menjadikan anak bongsu itu cukup dikenali dalam kalangan teman-teman abang-abangnya.

Hal ini secara tidak langsung, tidak membimbangkan Azmin dan Raihana. Mereka tahu, Aqil dan Afiq tidak akan membiarkan dan setiasa menjaga adiknya. Sehinggalah pada suatu hari, sesuatu yang tidak diundang berlaku dalam keluarga tersebut.


SETIAP yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT. - Gambar hiasan
"Ibu, Aleesya!," suara Aqil yang memanggil Raihana cukup cemas. Dalam keadaan tercungap-cungap, Aqil terus bersuara,: Cepat Ibu! Aleesya dilanggar."

Kata-kata Aqil itu membuatkan Raihana hampir pengsan. Debaran jantungnya berdegup laju. Fikiran Raihana bercelaru.

"Macam mana boleh terjadi?" Ungkap Raihana dalam keadaan yang tidak keruan.

"Cepat Ibu. Tolong Aleesya," kata Aqil sambil menarik tangan ibunya ke tempat kejadian. Nun dari jauh, kelihatan Afiq menangis teresak-esak di sebelah tubuh kaku yang masih terperosok di bawah kereta. Tangan Aleesya yang layu terkulai diusap-usap Afiq sambil tidak putus-putus memanggil nama adiknya. Orang ramai mula berkerumun. Darah mengalir begitu banyak.

Masih terdengar cungapan nafas Aleesya yang tidak bermaya. Di mulut Aleesya hanya kedengaran suaranya memanggil: "Ibu, ibu. Sakit ibu!". Raihana tidak mampu menahan sedih. Anaknya dirangkul sambil meraung meminta pertolongan agar orang ramai menghubungi ambulan. Wajah Aleesya yang pucat lesi itu dicium beberapa kali. Sesuatu yang cukup takut untuk dihadapi Raihana: "Aleesya, tolong jangan tinggalkan ibu."

Ambulans sampai dan Aleesya terus diangkat masuk ke dalam perut van. Rawatan kecemasan diberikan. Kepala Aleesya dibalut. Namun darah merah itu terus mengalir tanpa henti.

"Ya, Allah selamatkan anakku," itu doa Raihana. Itu sahaja yang mampu dilakukan. Kepada Aqil dan Afiq, disuruh agar menelefon ayah mereka di pejabat. Dia akan menanti mereka di hospital.

Sesampai di hospital, Raihana duduk seorang diri sambil menekup mukanya dan terus menangis. Azmin, Aqil dan Afiq yang bergegas ke hospital terus mendapatkan Raihana untuk bertanyakan keadaan Aleesya. Tiada suara. Hanya kedengaran esakan dan tangisan. Raihana terus memeluk Azmin, Aqil dan Afiq sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Azmin terpempan. Dia tidak percaya, bahkan tidak mahu mempercayainya. "Aleesya dah tak ada," suara lemah Raihana membuatkan Aqil dan Afiq terus meraung kesedihan.

Ternyata sejak peristiwa itu, Raihana sering termenung. Begitu juga Aqil dan Afiq yang merasakan diri mereka bersalah hingga menyebabkan adiknya dilanggar kereta. Semuanya itu berlaku sekelip mata!



Utusan Bicara Agama 20140319
Tags: fenomena
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments