mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Lafaz nikah sangat mudah

APAKAH pernikahan seseorang sah apabila naib kadi telah tersalah sebut nama bapa bakal isteri semasa lafaz akad nikah. Kesalahannya hanya pada nama penuh bapa bakal isteri contohnya, Maria Binti Abdul Karim yang sebenar tetapi disebutkan Maria Binti Mohamad Karim dan bakal suami menjawab akad tersebut dengan nama yang betul serta saksi telah mengesahkannya. Untuk makluman ustaz, sebelum upacara pernikahan sebenar naib kadi telah melakukan akad percubaan dengan menyatakan nama bapa bakal isteri dengan betul?

Jawapan

Majlis akad nikah sebenarnya sangat mudah. Jika cukup rukun nikah, maka sahlah nikah tersebut. Antara rukun nikah ialah lafaz ijab dan lafaz qabul.

Ramai yang seolah-olah merumitkan lafaz ijab dan qabul. Antaranya pengantin lelaki mestilah menjawab terus selepas tok kadi selesai mengucapkan lafaz ijab. Jika tidak terus dijawab, sebaliknya pengantin lelaki menarik nafas sekali maka nikahnya tidak sah lagi. Ulang semula. Ada pula syarat agar pengantin lelaki menjawab dengan satu nafas sahaja. Jika terhenti kerana menarik nafas maka tidak sah. Ulang semula. Berpeluhlah pengantin lelaki.

Lafaz nikah sangat mudah. Tok kadi ucapkan maka pengantin lelaki pun boleh menjawab dengan ringkas. Boleh dijawab dengan lafaz “aku terima nikahnya".

Dalam isu soalan di atas, di mana tok kadi tersalah sebut nama bapa pengantin perempuan, ia tidaklah merosakkan lafaz ijab tersebut. Ini kerana pengantin perempuan sudah ditentukan. Oleh itu, antara syarat yang menentukan pengantin perempuan ialah nama, kata ganti nama atau kata tunjuk.

Dalam hal ini, pengantin perempuan sudah berada di situ. Ahli keluarga yang hadir pun sudah mengetahui siapakah pengantin perempuan. Maka sedikit kesilapan tidaklah membatalkan lafaz ijab dan qabul.

Maka di sini juga antara peranan saksi nikah untuk memastikan segalanya disebut dengan betul. Tujuannya agar tidak berbunyi cerita-cerita yang tidak sedap didengar selepas majlis akad nikah. Kalau saksi nikah berpendapat bahawa perlu diulang semula bagi mengelakkan tanggapan yang kurang baik, maka tidak mengapa untuk saksi nikah membetulkan tok kadi nikah.



Utusan Bicara Agama 20140328
Tags: akad, lafaz, nikah
Subscribe

  • Friday Sermon Text Simplify Marriages

    Friday Sermon Text 16 December 2016AD / 16 Rabiulawal 1438H JAWI Simplify Marriages Marriage has been prescribed by Allah SWT to enable a person…

  • Daftar cerai online

    IKATAN pernikahan dijalinkan dengan impian untuk hidup bahagia seumur hidup. Daripada perkahwinan maka akan lahirlah zuriat yang diharap membesar…

  • Jangan campur urusan Allah

    APABILA berjumpa kawan lama, soalan seperti, “kawan-kawan kita semua dah kahwin, engkau bila lagi?”, merupakan antara pertanyaan panas…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments