mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Penerimaan Ilmu dan Penghayatannya

 

Nota ringkas ini diharap dapat memberi gambaran asas terhadap beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang muslim.Ini supaya dia dapat mengambil pendirian terbaik dan melaksanakan titah perintah Allah dalam bentuk yang terbaik.

KATEGORI MANUSIA

Diantara faktor asas yang perlu disedari ialah manusia diciptakan oleh Allah berbeza diantara satu sama lain samada disudut rupa,gaya,taraf hidup,kemampuan akal dan lain lain. Oleh itu boleh dikategorikan manusia ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu;

i) Ada kemampuan akal dan kemampuan mendalami ilmu,lalu Allah mentaufiqkannya untuk itu jadilah dia seorang yang alim.

ii) Ada kemampuan akal tetapi tidak ditaufiqkan memperolehi ilmu yang mendalam,tidak menjadi seorang alim tetapi mudah memahami apabila diterangkan sesuatu perkara.

iii) Kurang kemampuan akal tetapi diberi kemudahan memperolehi ilmu,mereka-mereka ini boleh menjadi alim tetapi tidaklah sehebat golongan yang pertama tetapi boleh jadi sekadar penuntut ilmu yang taat atau menurut.

iv) Kurang kemampuan akal dan tiada kesempatan belajar,orang-orang seperti ini biasanya jahil.


KATEGORI PENGHAYATAN ILMU

i) Orang yang mengetahui bahwa dia orang yang berilmu lalu mengamalkan dan menyebarkan ilmu nya.

ii) Orang yang tidak mengetahui bahwa dia orang yang berilmu.Orang ini mungkin tidak beramal dengan ilmunya, jauh sekali untuk menyebarkannya. Jenis ini kurang boleh dimanafaatkan oleh masyarakat.

iii) Orang yang mengetahui bahwa dia orang yang kurang ilmu atau jahil. Biasanya dikalangan masyarakat orang ini akan berusaha mencari,menerima dan mendalami ilmu.

iv) Orang yang tidak mengetahui atau sengaja buat tahu bahwa dia orang yang tidak berilmu. Orang ini sukar menerima tunjuk ajar, mungkin degil dalam menerima ilmu atau sukar untuk di ubah.


KEBEKUAN PEMIKIRAN

Bagi setiap orang yang mengikuti perkembangan ilmu dalam ketamaddunan Islam akan mendapati bahwa terdapat pasang surut dalam pemikiran umat. Ini banyak memberi kesan kepada penulisan dan hasil karya ilmuan Islam.

Diantara sebabnya ialah;

i) Tanggapan bahwa pintu 'brainstorming' atau ijtihad telah tertutup.

ii) Memusuhi mereka yang melakukan ijtihad@brainstorming dengan mengeluarkan pandangan berbeza dari imam-imam mazhab.

iii) Berleluasanya taksub pada mazhab dan bertelingkah dengan ahli mazhab-mazhab lain.

iv) Mengenepikan keilmuan dan kelebihan pemikiran ahli ilmu.

v) Menyempitkan pegangan pada satu mazhab tertentu sahaja.

vi) Menyibukan diri dalam membincangkan perkara-perkara andaian.

vii) Banyaknya kejahilan dan kurangnya ilmu.


PENERIMAAN ILMU

Antara asas yang wajib ada pada setiap umat Muhamad;

1. Sumber imu itu adalah dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

a) Islam satu-satunya ugama yang benar disisi Allah.

b) Syariat yang diturunkan adalah untuk kepentingan dan kebahgian manusia di dunia dan akhirat.

c) Syariat itu telah sempurna.

d) Tidak boleh mendahului Allah dan Rasul.

e) Setiap ketetapan Allah dan Rasul dijunjung tinggi dan diterima sepenuh hati.

f) Kembali kepada Allah dan Rasul apabila berlaku perselisihan.

2. Sunnah Rasul adalah panduan untuk kesejahteraan

a) Rasullullah adalah hamba dan pesuruh Allah-satu-satunya manusia yang menerima wahyu dari Allah sejak zaman baginda.

b) Baginda adalah orang yang paling mengerti tentang maksud dan kehendak Allah.

c) Allah telah menetapkan bahwa panduan Rasul adalah yang terbaik.

d) Rasul telah meyampaikan risalah Allah sejelas-jelasnya secara amanah tanpa menyembunyikan sesuatu pun.

3. Salafi adalah golongan terbaik.

a) Mereka terdiri dari para sahabat nabi,tabi'in dan atba' al-tabi'in serta orang yang mengikut jejak mereka secara baik.

b) Para sahabat paling mengerti tentang perlakuan nabi kerana mereka adalah anak didik nabi dan ada yang menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat Quran serta mengetahui akan maksudnya semasa diturunkan.

c) Para sahabat ialah golongan yang paling kuat ilmu dan iman hasil didikan Rasullullah serta anak murid sahabat.Mereka ini diiktiraf generasi terbaik oleh Rasullullah saw.

d) Mereka akan segera bertanya Rasul apabila timbul persoalan tentang agama atau tunggu bersama Nabi sehingga wahyu turun.

e) Mereka yakin segala yang bertentangan dengan syarak hendaklah ditolak dan ditentang. Mereka tegas menolak bida'ah dalam agama.


Berdasarkan dengan apa yang dijelaskan tidak keterlaluan untuk dikatakan bahwa persoalan ilmu yang tidak dihayati secara Islam dan tidak ditangani dengan iman adalah punca kelemahan dan perpecahan umat Islam.Amalan yang dilakukan sudah semakin jauh dari keislaman.




via Anak Bongsu Rokiah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments