mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Bisik-Bisik Awang Selamat

AWANG teruja melihat gambar Presiden Barack Obama mengadakan lawatan peribadi ke Masjid Negara pagi semalam.

Amat jarang mana-mana pemimpin negara, terutama pemimpin kuasa besar memasukkan jadual padatnya untuk melawat ke sebuah masjid.

Itu menandakan jiwa besar seorang pe­mimpin, yang juga mempunyai darah keturunan seorang Muslim.

Beliau tidak kelihatan janggal. Mungkin pengalamannya pernah dibesarkan di Indonesia membolehkan Obama amat betah dalam lingkungan kita di sini.

Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Sebagai seorang wartawan, Awang melihat gambar-gambar yang diambil cukup menarik. Tiada pengawal keselamatan atau secret service Presiden, tiada pengiring-pengiring lain - hanya Obama, Syaikh Ismail dan seorang pegawai perhubungan awam masjid itu.

Mereka kelihatan ceria dan apabila tiba di Makam Pahlawan, Obama menundukkan kepala memberikan penghormatan.

Lawatan Obama ke masjid bukanlah perkara baharu memandangkan beliau pernah mengunjungi Blue Mosque yang sangat terkenal, semasa melawat Turki pada 2009.

Dalam lawatannya ke Indonesia pada 2010, presiden turut melawat Masjid Istiqlal di Jakarta, sebuah daripada masjid terbesar dunia.

Presiden Amerika Syarikat yang ini adalah lain daripada yang lain.

Awang - Pencatat sejarah Utusan Rencana 20140428

Tags: obama. masjid
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments