mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Memahami al-Quran, belajar ilmu bidaah wajib

Soalan: Adakah benar pendapat yang mengatakan terdapat bidaah wajib, sunat, makruh dan haram. Apakah contoh-contohnya?

Jawapan: Bidaah ialah perkara yang ada hubung kait dengan agama, yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat, tetapi dilakukan selepas wafat Rasulullah SAW.

Memang terdapat bidaah yang wajib iaitu sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW tetapi dituntut dan diwajibkan supaya kita lakukan. Contoh, kita diwajibkan mempelajari ilmu nahu dan saraf sebagai alat memahami al-Quran dan sunah Rasul kerana mempelajari ilmu seperti itu adalah wajib.

Memahami hukum syariat adalah wajib dan kita tidak akan dapat memahami syariat melainkan terlebih dulu memahami ilmu nahu dan saraf. Ini bererti jika kita tidak dapat menyempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya maka ia juga dikira wajib.

Bidaah yang haram ialah seperti fahaman Qadariyah, Murjiah dan Mujassimah. Mereka ini terang-terangan menolak adanya bidaah yang wajib.

Bina madrasah bidaah sunat

Bidaah yang sunat ialah seperti membina madrasah, menyediakan tempat mengikat tali kuda, bersolat terawih berjemaah dia masjid 20 rakaat seperti biasa dilakukan. Begitu juga tiap sesuatu yang mempunyai kebaikan atau kebajikan yang tidak dilakukan pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Bidaah yang harus pula contohnya seperti berjabat tangan selepas selat berjemaah, memakai songkok atau ketayap, meluaskan tangan baju dan pelbagai lagi.

Bidaah yang makruh seperti menghias bangunan masjid dan sekolah. Manakala bidaah yang tercela ialah perkara menyalahi syarak kerana setiap bidaan termasuk dalam kategori itu adalah dikira sesat. Wallahualam.

Berita Harian Agama 2014/05/29 - 07:50:46 AM
Tags: haram, sunat, wajib
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments