mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Fakta bukan negara sekular berasaskan undang-undang

UNTUK sekian kalinya kerajaan mene­gaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu yang menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen baru-baru ini.

Penegasan itu berkaitan dengan peruntukan Perlembagaan Perkara (3) jelas menyatakan `Agama Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan'.

Ia juga berkaitan dengan Fasal 4 Perkara 11 mengenai sekatan melakukan pengembangan doktrin agama lain kepada orang Islam dan Fasal 2 Perkara 12 hal pendidikan dan institusi pendidikan Islam diperbantu.

Perkataan sekular akar katanya saeculum dalam bahasa Latin yang membawa makna pemisahan agama daripada sistem dan kehidupan. Dalam bahasa mudah, negara sekular tidak membenarkan agama berperanan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan.

Negara Malaysia sejak merdeka sehinggalah kini terus memperkasa kepentingan agama di tahap Persekutuan dan negeri. Dalam Kabinet Persekutuan seorang menteri dan timbalan menteri dilantik dan Jakim diwujudkan sebagai badan pentadbir dan penyelarasan Islam dalam negara.

Raja-raja dan Sultan, Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa terhadap agama dan perjalanan agama di negeri di bawah Majlis Agama Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Perjalanan Mahkamah Syariah diperkasakan dari segi prasarana, bidang kuasa dan kedudukan hakim-hakim supaya menjadi lebih seimbang. Pelajar dalam dan luar negara yang menjurus bidang syariah diperbantu.

Universiti seperti UIAM dan USIM diperbantu untuk menghasilkan pelajar yang tidak saja menjurus bidang-bidang berbanding dari Barat tetapi mengkhusus dalam bidang keislaman khususnya tamadun.

Dalam sistem bernegara, undang-undang Islam tidak saja memberi fokus kepada undang-undang keluarga tetapi juga undang-undang yang berkaitan dengan muamalah dan tijarah tetapi juga jinayah.

Institusi kewangan tumbuh macam cendawan. Sejak 1983 perbankan yang patuh syariah berkembang dan memberi manfaat tidak saja kepada orang Islam tetapi juga bukan Islam.

Bank Rakyat yang patuh syariah um­pamanya disertai ramai oleh peminjam dan pelabur bukan Islam kerana ianya menguntungkan dan stabil.

Terbukti di Malaysia pelaksanaan Islam dalam sistem pendidikan dan kewangan memberi kesan baik kepada masyarakat. Integrasi ilmu yang berjalan dalam sistem pendidikan memberi merit yang lebih kepada pelajar kerana tidak saja ilmu berbanding dari Barat dan Timur yang bermanfaat digunakan tetapi tasawwur Islam dalam ilmu dan pendidikan dapat diaplikasikan.

Islam menjadi agama yang selalu di­salahfahami. Orang bukan Islam harus dapat membezakan Islam sebagai suatu agama yang universal dengan penganutnya yang mempunyai kelemahan tertentu.

Kalau tidak masakan Islam pernah menjadi tamadun di Zaman Abbassiah dan Andalusia yang menyebabkan ramai ilmuan Barat datang ke Baghdad dan Sepanyol menterjemahkan karya-karya sains dan teknologi Islam ke bahasa Ibrani, Hebrew dan Latin hingga menyebabkan Barat mengalami proses pencerahan.

Kekuatan tamadun Islam selama hampir 700 tahun ini tidak saja berdiri atas kekuatan ruhaniyyah tetapi juga kekuatan ilmu yang berkembang sejak abad keenam hingga 13 sewaktu Eropah dalam kegelapan. Ilmuan Eropah hanya mampu melakukan penerokaan selepas itu. Sayangnya asas penemuan saintis dan ahli teknologi Islam sebelumnya disembunyikan.

Salah faham terhadap Islam akibat pandangan dan fahaman sempit dan sejarah tamadunnya. Apabila pandangan terhadap Islam dilihat atas kacamata yang rasis atau perkauman menyebabkan prasangka kepada Islam tinggi.

Ramai orang kagum terhadap tamadun Barat atas nama sekularisme dan libera­lisme. Walaupun tamadun itu menolak agama dan mendukung faham kebendaan dan konsumerisme dan menghasilkan masyarakat LGBT ianya menjadi ukuran maju dan moden dan menganggap sistem Islam sebagai ketinggalan zaman dan mundur. DARI JENDELA TOK KI Utusan/Rencana/20140620

Tags: sekular
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments