mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Wajib pilih perbankan patuh syariah

Salam ustaz, alhamdulillah sekarang ini umat Islam telah mempunyai pelbagai skim berteraskan Islamik terutamanya dalam urusan perbankan. Sayangnya tidak ramai juga dalam kalangan orang Islam itu sendiri yang menggunakannya atas alasan ia agak mahal jika dibandingkan dengan skim konvensional. Ustaz apa hukumnya bagi umat Islam yang masih tidak memilih kaedah Islam, sedangkan kita bukan lagi dalam keadaan darurat dan sudah ada pilihan?

Jawapan: Umat Islam wajib memilih sistem perbankan yang tidak melibatkan riba. Riba adalah satu dosa yang besar. Kini pelbagai perkhidmatan perbankan patuh syariah sudah wujud. Sikap yang masih tetap ingin menggunakan perkhidmatan perbankan tidak patuh syariah akan mengundang kemurkaan Allah.

Hal ini tidak sama dengan kemudahan pada tahun-tahun awal sekitar tahun 60-an dan 70-an. Ketika itu, tiada kemudahan perkhidmatan perbankan yang patuh syariah. Kesedaran tentang riba juga amat kurang. Mereka yang terlibat ketika itu mempunyai keuzuran yang kuat.

Namun kini, penerangan tentang riba amat meluas. Manakala perkhidmatan perbankan patuh syariah amat banyak. Maka umat Islam kini tidak lagi mempunyai keuzuran untuk menggunakan perbankan yang tidak patuh syariah.

Apapun keadaan perbankan patuh syariah yang mungkin agak mahal sedikit daripada biasa, ia sewajarnya dinilai dalam sudut jangka panjang dan sudut dosa pahala. Ia mungkin nampak mahal tetapi ia tidak mempunyai riba. Ia bebas daripada dosa riba.

Begitu pun, kita juga mengharapkan perbankan patuh syariah terus berusaha menawarkan produk-produk yang dapat bersaing dengan perbankan yang lain dalam aspek harga, perkhidmatan dan sebagainya. Utusan/Bicara_Agama/20140620

Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments