mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Turunlah Nabi Isa ke Bumi


Salam, Mungkin ada kebenarannya. Saya teringat kembali seorang ulama sufi pernah berkata kepada saya 15 tahun dahulu bahawa ada hadis nabi S.A.W yang bermaksud ‘Dunia ini tidak melebihi 1500 Hijrah’.

Wallahualam.. Tatkala Keringnya Tasik Galilee,Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku 40 tahun lagi???AL-QURAN & HADIS membuktikannya)

Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee ? Apa 
istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan  kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah..... 

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat. 

Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai 
Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah: 

- Lakeof Gennesaret 
- LakeKinneret 
- Sea of Tiberias 


Ada satu
 hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu 
memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka 
tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan erhatikanlah 
tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-anda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu... 

Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi. 

Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak 
di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka 
tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee 
sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun. 

dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun 
akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab 
perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai 
saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku: 

- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari... 

- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan 
dajjal muncul dengan sempurna) 

- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & 
fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan??? 

- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang 
dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 
tahun.... 

- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti... 

-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak 
bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin 
sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, 
maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, 

dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 
tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun 
anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu... 

-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga... 


Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih 
berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka 
bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia. 

 

 Ketahuilah mereka bertiga ialah: 

- Al Masih Imam Mahadi 
- Al Masih Dajjal 
- Al Masih Isa 

Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an 
(pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!! 

Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka. 



 Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah  

sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke 
bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang 
sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. 

TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT . Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak  berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api,  motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X. 

Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR...... 

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi... 

Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan 

Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu... 

Saya berpesan kepada anda sekali lagi, gunakan duit anda untuk: 

-melangsaikan hutang dunia 
-membeli tanah di kawasan pedalaman 
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung 
-membeli kuda seorang dua ekor 
-mengasah pedang dan mencanai keris 
-menguasai kembali teknik MEMANAH 
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang 

Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekel iling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu... 


Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu. 

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata
 anda sebaik ungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini) 

Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu. 



via 'nor asma ismail"



Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments