mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Soal Jawab Agama: Panggilan romantis suami isteri ikut sunah

Sikap romantis Rasulullah panduan terbaik melayari perkahwinan

Soalan: Ustaz, apakah panggilan paling sesuai untuk suami atau isteri. Saya sering memanggil suami sebagai papa dan suami memanggil saya mama saja. Sebelum ada anak, suami memanggil saya sayang begitu juga saya memanggil suami abang. Boleh terangkan gelaran atau panggilan yang sesuai untuk suami isteri. Marsitah, Telok Panglima Garang.


Jawapan: Romantis dalam hubungan suami isteri adalah sunah Rasulullah SAW. Rasulullah sendiri dilaporkan oleh isteri Baginda melayan mereka dengan sangat baik, terhormat dan disayangi. Antara sikap romantis Baginda ialah kebiasaannya mengucup isteri-isteri apabila keluar dari rumah walaupun hanya hendak ke masjid.

Baginda juga memanjakan isteri-isterinya sehinggakan pernah diriwayatkan Baginda menjadikan paha Baginda sebagai tempat pijak isterinya ketika mahu menaiki unta. Sudah tentu kita dapat meneladani baginda dengan membantu isteri menaiki kenderaan seperti membukakan pintu kereta untuknya.

Sikap romantis Baginda juga dapat dilihat pada panggilan manjanya kepada Aisyah seperti yang diriwayatkan. Dia memanggilnya dengan gelaran ‘humaira’ yang bermaksud yang putih kemerah-merahan. Panggilan manja seperti ini memberikan kebahagiaan kepada isteri. Justeru, mengapa tidak kita umat Muhammad ini mencontohi baginda dalam sikap romantis bersama isteri.

Panggil isteri dengan panggilan yang menggembirakannya dan membuatkan dia bangga serta memiliki harga diri. Lebih-lebih lagi sekiranya dipanggil di hadapan keluarga, rakan-rakan dan jiran. Ini bercanggah dengan kebiasaan pasangan yang baharu beranak seorang, sudah mengubah gelaran kepada ‘bapaknya’ dan ‘emaknya’. Malah sesetengah pasangan sudah mudah menggunakan panggilan seperti ini sejak bertunang lagi.

Sesetengah suami memanggil isteri dengan gelaran yang memalukannya seperti ‘mama gemuk’ dan memarahinya di hadapan keluarga atau rakan-rakan. Perbuatan seperti ini tidak mengikut sunah dan menyakiti isteri. Ia juga memberikan contoh tidak elok kepada anak-anak. Paling kurang pun panggil saja dengan nama singkatan yang baik. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW kadang kala memanggil isterinya Aisyah dengan nama singkatan, iaitu ‘Aisy’ yang bermaksud ‘yang hidup.’ Berita Harian Agama  2014/07/06 - 03:03:04 AM
Subscribe

  • Didik masyarakat benci arak

    TIDAK syak lagi meminum arak atau ketagihannya adalah haram di sisi agama Islam. Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan…

  • Waspada terhadap sumber yang haram

    DALAM era globalisasi melalui pelbagai aspek, khususnya ekonomi kian merudum memberikan satu cabaran kepada kita untuk berusaha menjana sumber…

  • Orang malas 
haram dapat zakat?

    Baru-baru ini ada seorang ustaz menyatakan bahawa orang miskin yang malas tidak layak dan haram diberikan zakat. Ini kerana, ia akan menjadikan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments