mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Diet Cara Rasulullah

 Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan hari-hari, kita tidak boleh makan sesuka hati sahaja. Inilah penyebab terjadinya pelbagai penyakit antaranya, penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.

Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya hari-hari. InsyaAllah kalau anda mengikuti diet Rasulullah dengan betul maka anda tidak akan sakit perut atau keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Janagan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (contoh: koktel)

CARA MAKAN

Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

Tidur 1 jam setelah makan tengahari.

Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit. tapi, kalau tak percaya cubalah, kesannya bukan dalam tempoh yang pendek tetapi apabila tua nanti.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu, kerana akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh ilmuan yang telah membuat kajian bahawa dalam daging ayang mengandungi ion+ sedangkan dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan, maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapt merosakkan usus kita.

Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:

Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangkan pengumpulan lemak. Kita boleh lihat orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air kosong setiap pagi. InsyaAllah dijauhi dari penyakit.

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit setelah membaca doa ). Kita akan dihindari dari sakit kapala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuan yang membuat kajian kanapa dalam sehari perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah membuat kajian bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. ( enzyme sejenis alat percerna makanan )

Wallahualam.

via "idris rozaidi"
Subscribe

  • Bubur 'asyura, syiah & Karbala

    10 Muharam adalah hari yang istimewa dan bersejarah. Tanggal inilah berlakunya peristiwa Nabi Musa AS diselamatkan oleh ALLAH SWT daripada…

  • Puasa hari Asyura menghapus dosa setahun

    Orang mukmin sentiasa mencari masa dan peluang menambah pahala melalui pelbagai ibadat. Dalam bulan Muharam, ada satu ibadat sunat yang sering…

  • Bulan untuk memperkukuh perpaduan

    PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan: ‘‘Sekarang bukan masanya untuk kita bercakap mengenai kenapa? Kita mesti memikirkan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments