mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Umat Islam cuma fikir diri sendiri!

MINGGUAN: Selepas pengeboman bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001, kita lihat kebanyakan tempat yang dilanda peperangan dan konflik melibatkan negara-negara dan umat Islam. Kenapa keadaan ini berlaku?

SHEIKH DR. IDRIS: Orang kafir takut dan bimbang terhadap Islam kerana mereka mengetahui Islam ialah kebenaran dan keadilan. Oleh itu, mereka semua bersatu menentang Islam. Kita berdoa kepada Allah SWT semoga seluruh umat Islam dapat bersatu menghadapi serangan ini dan berbaik-baik sesama umat Islam.

Sebagaimana firman Allah SWT: "Sekali-kali tidak akan reda orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al-Baqarah: 120)

Semasa peristiwa 11 September, saya fikir mereka (AS) sendiri yang mengebom bangunan WTC itu tetapi mereka menuduh umat Islam dan menggelar umat Islam sebagai pengganas. Ia merupakan alasan untuk menjustifikasikan tindakan mereka bagi membunuh umat Islam.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, umat Islam berperang dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri seperti di Iraq dan Syria. Kesemua ini dikatakan berlaku kerana permusuhan antara Syiah dan Sunni. Kenapa ini boleh berlaku sedangkan semua umat Islam sepatutnya bersatu?

SHEIKH DR. IDRIS: Sekarang umat Islam tidak berperang sesama sendiri. Perang yang berlaku di Palestin sekarang ialah antara Islam dan Yahudi. Di Syria pula antara Islam dan Syiah. Di Iraq pun, antara Islam dan Syiah. Syiah ini kafir dan mereka tidak suka kepada orang Sunni. Orang Syiah cakap mereka Islam tetapi sebenarnya mereka bukan Islam. Cara mereka lain, tidak sama dengan kita umat Islam. Cara sembahyang lain, puasa pun lain.

Kemudian, dalam Islam ada Khulafa ar-Rasyidin iaitu Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan Ali r.a. Syiah kata Abu Bakar kafir, macam mana saya boleh terima kenyataan begini. Dalam akidah Syiah, mereka menolak Abu Bakar, Umar dan Uthman. Mereka cakap hanya mahu Ali tetapi orang Syiah juga yang bunuh Ali. Cucu Rasulullah SAW, Hussein juga dibunuh oleh orang Syiah.

Kita tidak ada masalah antara Salafi, Wahabi dan Sunni. Masalah sekarang cuma antara Syiah dan Islam sahaja. Syiah mendakwa mereka Islam tetapi tindakan mereka adalah sebaliknya. Syiah sebenarnya berasal daripada Abdullah bin Saba' iaitu seorang Yahudi. Ini bukan saya cakap tetapi semua orang tahu tentang perkara ini.

Sekarang Alhamdulillah, kita nampak hubungan umat Islam semakin rapat, tidak seperti dahulu. Masa saya mula-mula sampai di sini (Malaysia) dahulu, ramai pertikaikan saya seorang Salafi tetapi apabila saya beritahu apa itu Salafi, baharu mereka boleh terima. Masalah di sini, orang tidak tahu apa itu Salafi. Kalau saya mahu buat solat tarawih lapan rakaat, tidak ada masalah. Saya dapat pahala untuk lapan rakaat. Kalau kamu buat 20 rakaat, kamu dapat pahala untuk 20 rakaat.

Baru-baru ini, umat Islam Palestin sekali lagi menjadi mangsa serangan ganas rejim Zionis Israel. Kenapa tidak ada penyatuan antara negara-negara Islam sehingga negara Arab pun ada yang tidak sependapat dalam isu Palestin ini? Sampai bilakah umat Islam Palestin harus menderita?

SHEIKH DR. IDRIS: Semua orang Islam mahu tolong rakyat Palestin tetapi perkara ini susah sebab melibatkan politik. Dalam siaran media memang tidak dipaparkan umat Islam di negara-negara Arab membantu rakyat Palestin tetapi boleh dikatakan semua umat Islam secara individu membantu rakyat Palestin.

Bagi kerajaan negara Islam membantu secara terang-terangan memang susah disebabkan politik, tetapi semua orang Islam membantu umat Islam di Palestin. Saya tidak boleh komen tentang kerajaan negara Islam yang menyokong serangan Israel ke atas Palestin atau isu Mesir yang tidak membenarkan bantuan masuk ke Gaza melalui Rafah. Saya tidak boleh sentuh tentang politik negara berkenaan kerana itu negara mereka.

Bilangan umat Islam di seluruh dunia lebih 1 bilion sedangkan populasi penduduk Yahudi di Israel cuma sekitar lapan juta orang. Kenapa umat Islam yang begitu ramai tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu rakyat Palestin yang telah ditindas sekian lama?

SHEIKH DR. IDRIS: Kalau sekarang umat Islam menjadi satu ummah, baharu kuat tetapi sekarang bilangan kita ramai tetapi ada antara kita, amalannya tidak menampakkan seperti seorang Muslim.

Kita juga perlu sedar bahawa kita bukan berhadapan dengan Israel sahaja tetapi AS dan orang kafir yang menyokong Israel. Orang Islam sekarang juga cuma fikirkan diri sendiri. Fikir lepas makan dan hidup sendiri. Orang lain mati atau hidup, dapat makan atau tidak, mereka tidak peduli. Kalau kita kembali ke zaman sahabat Rasulullah SAW, langsung tidak jadi perkara seperti ini.

Dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan." Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun daripada hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Nabi bersabda, "Cintakan dunia dan takutkan mati."

Apabila semua orang Islam diam, Yahudi boleh berbuat sesuka hati. Orang Israel mahu memegang tanah Palestin dengan alasan mereka berasal dari situ. Alasan ini tidak boleh diterima kerana tanah itu adalah tanah orang Palestin.

Jadi dalam keadaan sekarang, apa yang boleh umat Islam lakukan untuk membantu rakyat Palestin? Adakah kita perlu pergi berjihad menentang rejim zionis Israel?

SHEIKH DR. IDRIS: Kalau umat Islam hendak berperang dengan Israel bagi membantu rakyat Palestin, ketua-ketua negara Islam mesti memberikan kebenaran untuk pergi berjihad. Tetapi dalam keadaan politik sekarang, ia sukar untuk dilakukan. Kalau pergi secara individu, memang sukar (menang).

Semasa Nabi Muhammad SAW berada di Mekah, masa itu bilangan orang Islam tidak ramai. Allah SWT tidak izinkan umat Islam pergi berjihad. Hanya apabila berhijrah ke Madinah dan umat Islam telah ramai dan sudah kuat, baharu mereka dibenarkan pergi berjihad. Itu pun, selepas tempoh dua atau tiga tahun berhijrah ke Madinah.

Apa yang kita boleh buat sekarang untuk membantu umat Islam di Palestin ialah dengan berdoa dan solat. Apabila kita menjadi umat Islam yang baik, Allah SWT akan menerima doa kita dan insya-Allah masalah ini akan selesai. Namun, hubungan sesama Islam mesti seperti adik-beradik. Kita tidak boleh bergaduh sesama sendiri hanya kerana berbeza negara dan politik. Sebagai contoh, umat Islam di Malaysia dan Indonesia perlu menganggap satu sama lain seperti adik-beradik sendiri.

Di Malaysia pun, umat Islam berpecah-belah dan ini banyak disebabkan oleh perbezaan politik sehingga ada pemimpin parti politik mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong mereka. Apa komen Sheikh?

SHEIKH DR. IDRIS: Kalau bergaduh sampai mengkafirkan orang, itu tidak boleh. Kita tidak boleh cakap orang Islam sebagai kafir. Orang yang mengatakan orang Islam itu kafir, hukum kafir akan jatuh ke atas orang itu. Tidak dinafikan ada orang Islam yang bersolat dan berpuasa tetapi melakukan maksiat tetapi kalau Allah SWT ampunkan dosa orang itu, mungkin dia masuk syurga lebih dahulu daripada orang yang mengatakan dia kafir.

Saya sudah datang ke Malaysia dan berada di sini selama sebulan setiap tahun sejak 17 tahun lalu. Saya tengok umat Islam di Malaysia ini baik-baik orangnya. Saya mendoakan semoga Malaysia menjadi lebih maju daripada sebelum ini.

Saya juga mendoakan semoga parti-parti politik Islam di Malaysia dapat bersatu atas satu kalimah dengan satu suara supaya orang bukan Islam tidak akan memerangkap mereka.

Kalau kita bergaduh sesama sendiri, nanti AS dan Yahudi masuk memecah-belahkan umat Islam. Kalau umat Islam di Malaysia boleh bersatu dalam satu politik, itu lebih bagus untuk umat Islam tetapi susah hendak cakap apabila melibatkan politik. Saya sendiri pun, ada orang cakap tidak betul tetapi ada ramai juga yang cakap saya betul.

Saya juga berharap supaya umat Islam di Malaysia berhati-hati dengan Syiah kerana ia lebih berbahaya daripada Yahudi dan Kristian. Kita berdoa semoga Allah SWT menyelamatkan umat Islam dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan berjaya. Utusan/Rencana/20140803

Tags: islam, syiah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments