mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kanun Syariah: Berubah selepas belajar pondok

Abang saya pernah mendapat pendidikan di sekolah pondok di sempadan tanah air ketika usianya belasan tahun.

Tiga tahun menuntut ilmu, perwatakannya berubah 100 peratus. Dia mula berjubah dan berserban di mana saja.

Sebahagian besar kawannya turut memanggil abang sebagai ustaz.

Namun, saya tidak senang dengan tutur kata abang. Dia suka meletakkan hukum tanpa menilai sesuatu mengikut pandangan Islam.

Katanya, saya dan kakak adalah ahli neraka kerana tidak mahu mengikut ajaran serta nasihat yang beliau sebarkan.

Lebih membimbangkan apabila abang turut mengambil kesempatan menyampaikan tazkirah pendek di surau dan masjid sedang­kan dia tiada sijil tauliah berbuat demikian.

Mohon datuk kongsi apakah hukum perbuatan abang saya ini dan bagaimana cara terbaik untuk menyedarkannya. Man, Selangor

Belajar dan mengajar adalah perkara yang amat mulia dan besar ganjaran pahala di sisi Allah SWT.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa mempelajari satu bab daripada ilmu untuk diajarkannya kepada manusia, maka dia diberikan pahala 70 orang siddiq” (Ad-Dailami).

Namun, dalam menuntut ilmu, mestilah dengan guru yang mursyid dan kita tahu serba sedikit mengenai latar belakang pendidikan serta asal usulnya supaya tidak terjerumus kepada ajaran sesat.

Sebab itulah ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi memastikan anak mereka menimba ilmu di tempat yang betul dan diajar guru yang betul.

Memang terdapat banyak sekolah pondok beroperasi tanpa kelulusan pihak berwajib di seluruh negara dan mereka tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Sekolah ini diasaskan individu yang mempunyai kepentingan diri atau kumpulan tertentu dan lebih kepada memperalatkan pelajar.

Pihak kerajaan melalui agensi seperti jabatan agama sentiasa memantau dan bertindak ke atas ajaran yang salah dan menyeleweng daripada pegangan ahli sunah waljamaah di negara ini.

Oleh itu, jika saudara musykil dan ragu-ragu mengenai ajaran yang dipegang dan disebarkan abang saudara, ada baiknya saudara membuat aduan ke pejabat agama berhampiran.

Sementara itu, cubalah memantau pergerakannya supaya saudara membantu pihak berkuasa membekalkan maklumat terkini bagi memudahkan siasatan mereka. myMetro Nuansa 2014/07/11
Tags: belajar
Subscribe

  • Bubur 'asyura, syiah & Karbala

    10 Muharam adalah hari yang istimewa dan bersejarah. Tanggal inilah berlakunya peristiwa Nabi Musa AS diselamatkan oleh ALLAH SWT daripada…

  • Puasa hari Asyura menghapus dosa setahun

    Orang mukmin sentiasa mencari masa dan peluang menambah pahala melalui pelbagai ibadat. Dalam bulan Muharam, ada satu ibadat sunat yang sering…

  • Bulan untuk memperkukuh perpaduan

    PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan: ‘‘Sekarang bukan masanya untuk kita bercakap mengenai kenapa? Kita mesti memikirkan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments