mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kontraktor tersungkur

AZMIN menyeluk kocek seluarnya. Tangannya meraba-raba mencari sisa baki wang yang ada. Sebaik tangan dikeluarkan daripada kocek seluar, didapati ada RM15. Azmin menarik nafas panjang. “Apa malang sungguh nasib ku," keluh Azmin. Lama dia termenung sendirian.

Pagi tadi, ketika tiga anaknya meminta duit belanja sekolah, Azmin hanya menggeleng-gelengkan kepala. Matanya melirik ke arah isterinya, Zaharah. Tanpa perlu berkata apa-apa, Zaharah tahu apa maksud suaminya. Lalu dompet dicapai dan diberikan setiap orang anak-anaknya RM3.

Sudah tiga bulan Azmin berkeadaan sedemikian. Bayaran insurans dan cukai jalan kereta pun sudah tertangguh empat bulan yang lalu. Azmin buntu. Apa lagi yang harus dilakukannya. Ketika Zaharah dan anak-anak bersiap untuk ke sekolah, Azmin mencapai kunci motosikal kapcainya. Tanpa memberitahu ke mana hendak pergi, Azmin keluar menunggang motosikal meluncur laju meninggalkan anak-anak dan isterinya.

Zaharah tidak mahu bertanya apa-apa. Dia tidak mahu menambah beban yang ditanggung oleh suaminya. Syukur alhamdulillah, Zaharah masih bekerja. Jika tidak, tak tahu apa nak jadi. Sekalipun gaji guru yang diperoleh tidaklah besar mana pun, namun masih mampu menampung perbelanjaan rumah dan anak-anak. Anak-anak pula cukup memahami. Mereka juga tahu, ayahnya tidak berduit sejak rakan kongsi ayahnya belot. Dulu mereka tidak begitu. Hidup mereka mewah. Minta apa sahaja, pasti akan ditunaikan. Namun kemewahan itu hilang sekelip mata. Hutang yang ditanggung oleh Azmin kian bertambah. Azmin telah membuat aduan kepada pihak polis. Namun kes tersebut masih dalam siasatan. Nak tunggu sampai bila? Dia sendiri tak tahu sedangkan duit simpanannya makin susut.

Fikiran Azmin menerawang. Tiba-tiba membelokkan motosikalnya ke satu tempat. Lama dia termenung sebaik sahaja dia meletakkan motosikalnya di bawah pakir yang berbumbung itu. “Sudah lama aku tak ke sini," detik hati Azmin.

Tanpa sedar dia menangis. Perlakuannya diperhatikan oleh seorang imam masjid yang kebetulan masih ada di situ. Bahu Azmin ditepuk, sekali gus lamunan Azmin terhenti. “Boleh saya bantu?" Kata imam tersebut kepada Azmin.

Azmin dipelawa masuk ke pejabatnya. Di situ Azmin meluahkan apa yang berlaku kepada dirinya. Imam hanya tersenyum. Nasihatnya kepada Azmin cukup ringkas, “Kembalilah bertaubat kepada Allah. Kembalilah sujud kepada Pencipta kita. Ini semua adalah ujian supaya kita tidak sesat dan terus sesat," Azmin mengangguk faham.

Memang selama ini kesibukan kerja membuatkan Azmin lalai akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Dia lupa untuk solat. Dia lupa untuk membayar zakat. Pagi petang, siang malam, hidupnya memburu mana-mana projek yang akan diperoleh. Telah banyak projek-projek yang diperoleh namun tidak ada satu kalimah syukur terkeluar daripada mulutnya. Dia lupa, apa yang diperoleh selama ini adalah rezeki daripada Allah SWT. Kini dia tersungkur apabila kemewahan rezeki itu ditarik sekelip mata. Rakannya sanggup menikamnya dari belakang. Itulah lumrah manusia yang tamak.

Utusan/Bicara_Agama/20140905
Tags: syukur, taubat
Subscribe

  • Didik masyarakat benci arak

    TIDAK syak lagi meminum arak atau ketagihannya adalah haram di sisi agama Islam. Islam melarang umatnya daripada melakukan sesuatu yang memudaratkan…

  • Waspada terhadap sumber yang haram

    DALAM era globalisasi melalui pelbagai aspek, khususnya ekonomi kian merudum memberikan satu cabaran kepada kita untuk berusaha menjana sumber…

  • Orang malas 
haram dapat zakat?

    Baru-baru ini ada seorang ustaz menyatakan bahawa orang miskin yang malas tidak layak dan haram diberikan zakat. Ini kerana, ia akan menjadikan…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments