mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kanun Syariah: Prosedur kahwini warga asing

Saya ingin berta­nya mengenai prosedur untuk berkahwin dengan warga asing.

Saya merancang bernikah dengan seorang lelaki warga Indonesia yang baru lima bulan bekerja di negara ini. Berdasarkan pembacaan, saya difahamkan jika calon suami masuk ke Malaysia dengan permit kerja, dia tidak layak memohon berkahwin di negara ini. Adakah ia benar?


Jika benar, apakah prosedur sepatutnya untuk kami memohon bernikah di sini? Ina Kuala Lumpur


Memang benar pekerja asing yang memasuki Malaysia de­ngan Pas Kerja tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat negara ini.
Seksyen 8(3) Akta Imigressen Malaysia 1959/1963 jelas menyebut bahawa pekerja asing tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk tempatan atau pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Sekiranya pekerja asing berkahwin menggunakan permit kerja, Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) akan ditamatkan dan individu terbabit perlu dihantar pulang ke negara asalnya.

Bagi mengatasi masalah ini, bakal suami puan hendaklah memohon surat keterangan menikah. Dokumen ini diwajibkan kepada warganegara Indonesia yang mahu bernikah de­ngan orang tempatan atau warga asing lainnya yang akan melangsungkan pernikahan di Malaysia.

Untuk pemohon warga Indonesia, lelaki yang belum berusia 19 tahun dan perempuan 16 tahun haruslah disertakan dengan surat kebenaran daripada Pengadilan Agama di Indonesia.

Surat kebenaran untuk bernikah dari Indonesia hanya laku dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia dikeluarkan.

Maklumat lanjut mengenai peraturan perkawinan Indonesia boleh dilihat dalam Undang-Undang Perkawinan Indonesia No 1 tahun 1974.

Sehubungan itu, saya menasihati saudari agar memastikan semua peraturan berkaitan dengan kebenaran untuk berkahwin dipatuhi oleh bakal suami bagi mengelak masalah perundangan pada masa depan.

Yang berminat untuk tahu lebih lanjut klik sini
http://hatimku.blogspot.com/2012/12/tips-dan-prosedur-berkahwin-dengan.htmlDatuk Zaidi Zain myMetro Nuansa 2014/08/29

Tags: nikah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments