mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Sedutan Khutbah IdulAdha 1436H ~ 2014

image004
Bersama Khatib Anda !

image001
Kuang ! Kuang ! Kuang!

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk “IDULADHA: PENGORBANAN YANG SEJATI ”.
image006

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang Dirahmati Allah,

1. Hari Raya Iduladha atau Hari Raya Haji adalah memperingati kisah Nabi Ibrahim AS. Pengorbanan besar Nabi Ibrahim AS dan keluarganya kepada Allah SWT dapat dilihat dalam kalimah talbiah yang berbunyi,
image008

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintahMu. Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu, kami sahut seruanMu. Sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagiMu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagiMu.

2. Ibadat haji yang dimulakan pada zaman Nabi Ibrahim AS ini diteruskan dan kemudiannya disyariatkan di zaman Nabi Muhammad SAW, sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah ayat 4:
image010
Maksudnya: Sesungguhnya adalah bagi kamu pada Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya contoh ikutan yang baik.
image013

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang Dirahmati Allah,

3. Mereka yang melaksanakan ibadah haji ini hakikatnya menjadi simbul telah sempurna keimanan dan penghayatan melaksanakan perintah Allah.
4. Mereka melafazkan lafaz talbiah sebagai mengisytiharkan dan berikrar sebagai satu pengorbanan yang sejati. Sebab itulah mereka yang menunaikan ibadah haji dan mempertahankan sifat-sifat mahmudah atau sifat yang terpuji yang membawa kebaikan kepada keluarga, jiran, masyarakat dan negara dianggap sebagai telah mendapat haji mabrur.
5. Memperkukuhkan dan memperkasakan ukhuwwah sebagai agenda utama dalam menentukan masa depan umat Islam itu sendiri. Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri.

Ingatlah wahai umat Islam sekalian setiap pengorbanan tanpa keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT adalah sia-sia belaka. Sebagaimana Allah SWT menjelaskan perkara ini dalam surah al-Hajj ayat 37:
image012
Maksudnya: Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya.

image006
Sidang Jemaah Muslimin Dan Muslimat Yang Dirahmati Allah,
6.  Mimbar ingin menyatakan bahawa penyalahgunaan teknologi internet dan telekomunikasi adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat.
Dengan perkembangan teknologi masa kini terutama teknologi internet, kita diserang dengan penyebaran berita yang menghina Islam dan umatnya samada melalui simbol-simbol, laman web, laman-laman sesawang atau blog serta laman-laman sosial seperti facebook dan twitter, whatapps dan sebagainya. Isu menghina Allah SWT, menghina Rasulullah SAW, menghina ibadah orang Islam, menghina Islam dengan menulis ayat-ayat suci pada pakaian, kasut, selipar, beg, jubin rumah, tatu badan dan lain-lain, cercaan terhadap sensitiviti Islam, orang Melayu dan Institusi Raja secara viral disebarkan secara meluas di alam siber.

Sesungguhnya akidah yang benar di sisi Allah ialah akidah yang didasari dengan keyakinan dan keimanan yang mantap terhadap keesaan dan keagungan Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 85:
image015
Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi.

image016
Sidang Jemaah muslimin dan muslimat yang di Rahmati Allah,
7.  Insaflah bahawa, ibadah haji dan ibadat korban mengingatkan kita agar jangan lupa bahawa kita berada dalam satu komuniti yang berteraskan perpaduan dan kemanusiaan dan jangan pula kita hancur menjadi mangsa korban kepada musuh-musuh Islam. Ingatlah,musuh Islam sentiasa bersatu demi kepentingan dan kejayaan agenda mereka. Namun, bagaimana pula dengan umat Islam apabila agama dan bangsa kita sedang diserang dan dijajah pemikiran? Adakah kita semakin bersatu atau semakin berpecah? Adakah kita sanggup menggadaikan agama Islam hanya kerana kepentingan peribadi kita?.
Marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Kauthar ayat 1-3:
image018
image020
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu(wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak(di dunia dan akhirat). Oleh itu kerjakanlah sembahyang kerana tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diinginnya).
image022
image024

KHUTBAH KEDUA IDULADHA

image026
image027
Sidang Jemaah Yang Dikasihi Sekalian,

9.  Allah SWT tidak menerima ibadah yang dilakukan sambil lewa, tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan serta mengabaikan soal kesempurnaan ibadat yang hendak dilaksanakan. Oleh itu ketelitian dan kesungguhan dalam melakukan apa jua kerja mestilah diberi perhatian oleh semua umat Islam.

Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan. Janganlah ada rungutan atau membandingkan harga di antara kita yang menyertai ibadah korban ini dengan kata-kata: “ Di tempat lain satu bahagian korban lebih rendah harganya”. Atau dengan kata lain: “ Mahalnya harga satu bahagian lembu atau seekor kambing korban tahun ini”. Di situlah sebenarnya gambaran nilai jati diri, integrity atau keikhlasan kita melaksanakan ibadah korban atau lain-lain ibadah sama ada ibadah wajib atau sunat. daging korban sunat diagihkan kepada yang berhak menerimanya dalam bentuk daging mentah.

Sidang Jemaah Muslimin dan Muslimat yang Dirahmati Allah,

10. Pada hari ini marilah kita memperbanyakkan ucapan salawat dan salam ke atas baginda nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui berbagai bentuk pengorbanan dan jihad. Tanda kasih kita kepada baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56:
image029
Maksudnya:Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


image031
image033image035
image037image039
image041
image043
Tags: aidiladha, khutbah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments