mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Usaha kerajaan jadi sia-sia selagi tali barut bermaharajalela

MEMBUNUH adalah dosa besar. Nerakalah tempatnya kecuali dilaksanakan hukuman qisas iaitu balasan darah dengan darah atau dimaafkan oleh ahli keluarganya. Balasan azab pedih juga menunggu di akhirat bagi individu yang bersubahat hingga terlaksananya jenayah itu, meskipun tangannya tidak dicemari dengan darah.


Dalam beberapa kes kekacauan di Sabah khususnya di Pantai Timur termasuk Lahad Datu dan Semporna, sejak beberapa tahun lalu, semua pihak sedia maklum bahawa onar itu dilakukan oleh kumpulan pengganas Kiram dan beberapa kumpulan pemisah dari negara jiran.

Persoalannya, mampukah kumpulan bersenjata ini melakukannya tanpa mendapat pandu arah atau bantuan sewajarnya terutamanya jadual rondaan pasukan keselamatan daripada tali barut yang bebas bergerak sebagai rakyat negara ini.

Tali barut yang mempunyai pelbagai watak ini terlalu hina dan keji, mendapat perlindungan dan naungan daripada negara ini tetapi pada masa sama mengkhianatinya. Sebenarnya mereka lebih jahat daripada penjenayah rakyat asing itu kerana sekurang-kurangnya mereka tidak 'bertopeng' seperti petualang negara.

Mungkin perbuatan khianat di muka bumi mampu disorok tetapi ditegaskan bahawa segalanya bakal diperhitungkan di akhirat kelak. Ini adalah janji Allah sebagaimana firman-Nya dalam Surah Yaasin: 65: "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka memberitahu kesalahan masing-masing dan kaki-kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan."

Sengaja penulis membangkitkan masalah dosa, pahala dan balasan di akhirat kerana petualang negara ini seolah-olah dilihat langsung tidak menggeruni amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan supaya jangan sesekali melindungi atau bersekongkol dengan rakyat asing yang secara kebetulannya majoriti daripada mereka merupakan 'anak-beranak atau saudara mara' namun dipisahkan oleh sempadan laut.

Bekas Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek sebelum ini setiap kali mengadakan pertemuan dengan para penduduk di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sering mengingatkan mereka agar jangan sesekali mengkhianati negara dengan menjadi tali barut apabila sanggup menyalurkan pelbagai maklumat kepada penjenayah.


                        Pedatang tanpa izin di luar pago cuba meminta status suaka ... ada kenal ka
— with Ayu A Rahman at Kem Bina Negara, Besut Terengganu.


Penguatkuasa sedang memerhati sekumpulan 'pati' yang baru mendarat di pantai ganung kite ....

Malah lebih teruk lagi apabila didedahkan bahawa terdapat segelintir pimpinan kampung yang sepatutnya menjadi 'mata dan telinga' kepada kerajaan sanggup mengkhianati amanah itu apabila melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang memasuki kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai contohnya sama juga seperti Mohammad, iaitu menjadi agenda wajib kepadanya untuk mengulangi pesanan sama setiap kali turun padang berjumpa rakyat, sekali gus bermaksud pengkhianatan ini bukannya perkara remeh atau cakap-cakap orang tetapi sebenarnya terlalu serius.

Memang secara teorinya semua pihak boleh menuding jari menyalahkan anasir luar termasuk peranan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari yang cuba meraih semula pengaruhnya di selatan Filipina sekali gus melunaskan hutang lama terhadap negara ini dan tidak lupa juga kumpulan yang mendakwa mereka daripada Kesultanan Sulu.

Walau begitu hebat dan licik pergerakan mereka namun keupayaan itu masih terbatas kecuali setelah diberikan 'laluan' oleh pengkhianat di negara ini. Ini terbukti semasa tragedi Tanduo dan Simunul pada Februari tahun lalu di Lahad Datu serta Semporna, lebih separuh daripada tentera kumpulan pengganas Kiram yang ditahan merupakan penduduk tempatan. Mereka ini ditangkap mengikut Sekysen 124(C) Kanun Keseksaan dan disiasat di bawah Akta Kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perlu diingatkan bahawa tugas menjaga kedaulatan negara tidak wajar dikompromikan dan diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan semata-mata kerana sekali negara tergadai yang bakal menerima akibatnya bukan sahaja tali barut itu tetapi kesemuanya termasuk anak cucu pengkhianat itu sendiri.

Untuk makluman, tiada siapa pun di muka bumi ini mahukan aktiviti jenayah termasuk penculikan dan pembunuhan berlaku di kawasan masing-masing. Kerajaan negeri, malah Kerajaan Pusat termasuk Perdana Menteri telah dan akan melakukan yang terbaik bagi menjaga kedaulatan negara.

Buktinya dalam Bajet 2015 Jumaat lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM660 juta kepada Esscom bagi mengukuhkan keselamatan di Esszone yang turut merangkumi penambahan dua batalion pasukan keselamatan iaitu satu batalion Pasukan Gerak Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan satu batalion Tentera Darat dengan jumlah anggota baharu seramai 1,280 orang yang telah diluluskan.

Selain itu, dua buah kem juga akan dibina di Esszone iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah; sebuah pelantar minyak yang diubah suai dan sebuah kapal bantuan sebagai sea basing (pangkalan laut) di perairan Esszone; pemanjangan landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dibuat bagi memastikan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat; dan pemindahan Skuadron Hawk dari Butterworth, Pulau Pinang ke Labuan.

Sedikit perkongsian maklumat, Esszone yang merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau ini terlalu luas iaitu 1,733.7 kilometer (km). Jika dibandingkan dengan perbatasan sempadan antara Semenanjung dengan Thailand, hanya sepanjang 749km yang merangkumi sempadan empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

Selain itu, terdapat 362 buah pulau di kawasan Esszone, Semporna paling banyak iaitu sebanyak 83 buah pulau. Daripada jumlah tersebut, lima buah mempunyai pusat peranginan iaitu Mabul, Kapalai, Singamata (Pulau Bum-Bum), Pom-Pom dan Mataking.

Kesemua pulau peranginan tersebut mempunyai pos kawalan kecuali Pulau Singamata kerana kedudukannya tidak jauh dari pekan Semporna.

Sebahagian besar daripada 362 buah pulau yang mempunyai penduduk itu bersempadan dengan laut antarabangsa atau lebih tepat lagi Filipina. Mereka ini makan-minum, tidur, hidup di kawasan laut yang bermakna amat arif dengan segala perkara berkaitan lautan termasuk amat cekap dengan fenomena pasang-surut air dan selok-belok laluan 'semut'.

Pada masa sama, faktor persamaan budaya dan hubungan persaudaraan antara penduduk di Pantai Timur Sabah khususnya di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna dengan penduduk di selatan Filipina menjadi cabaran utama kepada pihak Esscom menjalankan tugasan mereka.

Keupayaan pendatang ini bercampur dengan masyarakat setempat menyebabkan kegiatan mereka sukar untuk dikesan, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa. Persamaan bahasa dan budaya ini menyebabkan penjenayah rentas sempadan yang memasuki negara ini dapat segera menyesuaikan diri dan menyamar sebagai penduduk setempat.

Kepada tali barut, jangan ingat apabila sudah mendapat upahnya, kerja anda sudah tamat. Sebenarnya perbuatan jahat ini adalah perintis kepada tergadainya kedaulatan negara, keluarga mangsa juga tidak lagi seperti sebelum ini apabila isteri sudah menjadi janda, anak menjadi yatim.

Aman damaikah nanti hidup anda di alam barzakh?

Tarmizi Abdul Rahim Utusan/Rencana/20141015
Tags: qisas
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments