mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Dosa suami

ISTERI tahu suaminya ada hubungan sulit dengan wanita lain. Bolehkah si isteri menegur suaminya atau meminta cerai?

Jawapan:   Hubungan sulit ini mempunyai beberapa tafsiran. Apa yang penting ialah adakah hubungan sulit itu telah sampai kepada suatu tahap terlanjur dan berzina dengan makna yang kita fahami iaitu tidur bersama dan melakukan hubungan kelamin.

Dalam hal ini, zina adalah satu dosa bahkan ia termasuk dalam kategori dosa besar. Ia adalah perkara keji. Maka si isteri berhak menegur suaminya yang telah melakukan maksiat.

Teguran itu sewajarnya diberikan dalam nada yang baik dan sopan. Isteri tidak bertanggungjawab terhadap dosa suami. Maka dosa suami hanya ditanggung oleh si suami sahaja tanpa melibatkan apa-apa saham bagi pihak isteri. Namun adalah wajar bagi memelihara kepentingan rumah tangga dan kepentingan si isteri, maka si isteri menegur suaminya.

Kepentingan rumah tangga adalah bagi memelihara kerukunan dan keharmonian rumah tangga. Dengan sikap suami yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, sudah tentu si isteri tidak akan berasa aman dalam kehidupan suami isteri. Isteri akan berasa ditipu, dikhianati, kasih sayang yang berkurangan dan sebagainya. Ini memberikan kesan negatif dalam emosi seorang isteri. Natijahnya ialah kehidupan rumah tangga yang bermasam muka, bergaduh dan sebagainya.

Si isteri juga berhak memelihara kehormatan diri daripada ditiduri oleh suaminya. Ini kerana hubungan kelamin yang tidak halal biasanya membawa kepada berbilang pasangan. Kemungkinan ada juga kes di mana suami melanggan pelacur. Dalam hal ini, kebarangkalian untuk terkena jangkitan HIV adalah tinggi. Maka bagi tujuan memelihara diri daripada jangkitan HIV yang mungkin wujud dalam diri suami, maka isteri mempunyai hak untuk menolak ajakan suami untuk bersama. Ini kerana dalam Islam, mudarat hendaklah dihilangkan.   Utusan/Bicara_Agama/20141017

Tags: dosa, suami
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments