mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Islam mangsa provokasi

Pintu tahun 1435 Hijrah ditutup malam kelmarin. Boleh dikatakan tahun hijrah lalu adalah tahun paling mencabar bagi umat Islam. Semacam ada pakatan atau agenda oleh pihak tertentu untuk menyerang agama Islam, baik di dalam negara atau di luar negara.

Paling ketara, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk meruntuhkan pegangan umat Islam terhadap tradisi, termasuk agama. Semua tradisi baik yang tidak menyanggah syariat diamalkan umat Islam sejak zaman berzaman mula diangkat sebagai isu penting untuk dibahaskan dan dijadikan kempen besar untuk dogma 'politik baharu'.

Kita tidak menolak kempen pelawaan pegang anjing juga menjadi satu usaha halus meruntuhkan pegangan tradisi umat Islam. Kalau tidak disanggah seperti yang berlaku sekarang, mungkin akan ada acara pegang benda lain dibuat oleh kelompok 'tiada otak' ini seperti kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Tuntut ketegasan dalam tindakan

Ketegasan pemimpin Islam dan kerajaan amat diperlukan dalam mendepani permasalahan ini, apatah lagi kelompok Islam liberal sudah mula berani mencucuk jarum halus mereka melalui pentas terbuka atas tiket memupuk persefahaman agama atau diskusi antara agama dan pelbagai seminar yang mengimport tokoh Islam liberal dari seluruh pelosok alam.

Ternyata ketibaan tahun 1436 Hijrah lebih bermakna apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan terus mengambil langkah membendung ajaran dan fahaman yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Malah, seperti kata Muhyiddin, kerajaan menyedari ancaman pihak tertentu ketika ini yang kononnya mempromosi kebebasan beragama dan kebebasan berfikir dengan membawa pelbagai fahaman yang menyimpang daripada ajaran Islam yang mengancam keharmonian masyarakat.

Ancaman ini bukan sahaja datang daripada kalangan orang Islam. Malah, atas nama hak asasi, sudah ada pihak di negara ini berani mempertikaikan penguatkuasaan peraturan mewajibkan orang lelaki Islam di Kelantan menunaikan solat Jumaat.

Sekumpulan peguam Lawyers For Liberty yang dianggotai bukan Islam begitu berani mempertikaikan langkah itu, termasuk menyamakannya seperti meletakkan orang Islam di bawah kediaman terhad umpama penjenayah berat. Inilah yang amat kita bimbangkan sebagai umat Islam kerana sudah ada pihak yang tidak memahami hukum hakam agama lain mula campur tangan dan mahu memberi nasihat.

Ancaman dari luar

Di arena antarabangsa pula, suara sumbang kolumnis Bloomberg yang didukung pihak berkepentingan, mula mengambil kesempatan memperlekehkan Islam apabila rakyat negara ini bersuara menentang acara minum arak secara terbuka dan majlis 'membelai' anjing dengan mengaitkan tindakan itu bakal menjejaskan daya saing Malaysia dari segi ekonomi di rantau ini. Ini belum lagi membabitkan isu salah laku seksual membabitkan pemimpin pembangkang.

Gelagat ilmuwan Islam di luar lingkungan juga kadang kala menjengkelkan. Tidak dapat diterima akal apabila ulama menegur kepincangan kempen menyentuh anjing, ada pula bekas mufti menyamakan segelintir ulama macam haiwan berkenaan. zhar Abu Samah Berita Harian Kolumnis 27/10/2014

Tags: islam, provokasi
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments