mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Kesucian Hati Asas Ketakwaan

Petikan Khutbah Jumaat 31.10.2014

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT.,

Secara kesimpulannya, kebersihan memberikan pengaruh yang amat besar dalam pembentukan jasmani dan rohani kita. Jasmani yang bersih menjadi lambang kesucian hati kita, begitulah juga hati yang suci dapat mempengaruhi kebersihan jasmani kita. Oleh kerana itu, marilah kita bersama-sama menghayati dan berusaha untuk mengamalkan perkara-perkara yang berikut ;

Pertama : Berusaha untuk membersihkan hati kita daripada sifat-sifat mazmumah dengan memperbanyakkan zikir taubat dan amal ibadah kepada Allah SWT.
Kedua : Sentiasa berusaha hadir kekuliah-kuliah dan program-program ilmiah yang dianjurkan oleh masjid-masjid dan surau-surau untuk membentuk keperibadian kita menjadi individu yang berakhlak mulia.
Ketiga : Memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa bersih untuk mengelakkan berbagai jenis penyakit yang memudaratkan tubuh badan kita.
Keempat : Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti gotong royong menjaga kebersihan selain dapat menghubung dan mengeratkan tali silaturrahim di sesama masyarakat di sekeliling kita.
Kelima : sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT. dan manusia.
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)”. (asy-Syams : 9-10).

Sumber: http://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah
Tags: khutbah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments