mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Merayakan Halloween

ISU:   Adakah orang Islam dibenarkan untuk merayakan Halloween?
Halloween merupakan perayaan keagamaan Kristian yang dirayakan pada 31 Oktober



Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/blog/merayakan-halloween

PENJELASAN: Halloween merupakan perayaan keagamaan Kristian yang dirayakan pada 31 Oktober. Ia dirayakan bagi memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints), wira-wira agama (martyrs) dan mereka yang beragama dalam kalangan orang Kristian. Ia berasal dari istilah All Hallow’s Eve (malam sebelum all hallow) yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.

Perayaan Halloween asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.

Sekarang ini Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh melawat rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram. Halloween dirayakan dengan menggunakan tema humor bercampur seram dengan tujuan untuk menghibur hati dan juga menentang semangat kematian yang mempengaruhi manusia.

Perayaan Halloween jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah. Ia tidak boleh dirayakan oleh orang-orang Islam. Bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Qur’an.

Wallahu a’lam

Tags: hantu, raya
Subscribe

  • Khutbah Jumaat Jiwa Merdeka

    Petikan Khutbah Jumaat 27 Ogos 2021M/ 18 Muharam 1443H JAKIM Jiwa Merdeka Tanggal 31 Ogos 1957 adalah detik paling bersejarah bagi negara ini.…

  • Khutbah Jumaat: Membina Kekayaan Jiwa

    Petikan Khutbah Jumaat 08 September 2017M / 17 Zulhijjah 1438H: JAIS Membina Kekayaan Jiwa Harta benda yang bertimbun dan wang ringgit yang…

  • Ilmu bersih jiwa, jadikan umat hebat

    Hari Jumaat adalah hari ilmu, di mana kita terutamanya kaum Adam akan berhimpun untuk mendengarkan ilmu daripada khatib ketika solat Jumaat. Islam…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments