mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Pemohon visa umrah perlu jalani ujian biometrik

MEKAH 24 Nov. – Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana-mana pemohon visa bagi melaksanakan ibadah umrah perlu menjalani ujian biometrik sebelum dibenarkan masuk ke negara tersebut.

Laman web Arab News melaporkan, peraturan baharu itu akan diperkenalkan bagi menyelaraskan proses pendaftaran visa dan mengurangkan masa menunggu di pintu-pintu masuk ke Arab Saudi.

Ujian biometrik akan direkodkan oleh agensi-agensi terpilih yang ditempatkan di pusat pendaftaran di negara-negara luar.

Bagaimanapun, peraturan berkenaan menerima banyak kritikan daripada pengusaha pakej umrah dari negara-negara seperti Pakistan, Mesir dan Jordan.

Jemaah yang mahu mengerjakan umrah kini perlu menjalani ujian biometrik bagi mendapatkan visa. – AGENSI

Mereka menyifatkan sistem biometrik akan melambatkan proses pengeluaran visa umrah dan meningkatkan kos bagi jemaah yang tinggal di kawasan pedalaman, di mana mereka perlu pergi ke bandar-bandar besar untuk mendapatkan permit.

Pengusaha pakej umrah yang paling terjejas akibat peraturan tersebut adalah di Pakistan yang menghantar hampir 700,000 jemaah setiap tahun.

Sementara itu, Persatuan Agen Pelancongan Jordan bertindak membatalkan proses permohonan visa umrah untuk musim akan datang sebagai bantahan terhadap peraturan berkenaan.

Bagi pengusaha pakej umrah di Mesir yang turut menolak peraturan itu mendakwa, peraturan itu akan membebankan jemaah yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Setakat ini kami masih tidak mempunyai maklumat lanjut mengenainya, tapi kami tahu prosesnya akan menyebabkan jemaah menanggung kos yang tinggi,” kata seorang pengusaha pakej umrah, Hisham H. Ali.

Tags: haji, umrah
Subscribe

Recent Posts from This Journal

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments