mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Hilang tasawuf punca permasalahan

SEREMBAN 3 Dis. – Ihsan atau tasawuf juga ditakrifkan sebagai ilmu suluk dan ‘tazkiyah' di mana hala tujunya adalah untuk menggapai matlamat tertinggi agar seorang sufi itu mencapai kedudukan mulia dalam agama dari sudut syariat fikah, suluk dan akhlak.

Sayyid Abdul Mun'im

Pengarah Institut Kajian Hadis al Ghumari, Maghribi, Dr. Sayyid Abdul Mun'im al Sididiq al Ghumari berkata, perkara itu perlu untuk menjadikan kehidupan seseorang itu lebih baik dengan memiliki keimanan yang kuat terhadap Allah.

“Hal yang demikian juga akan menyaksikan keyakinan besar terhadap Allah bahawa Allah adalah pentadbir segala perkara dan penentu bagi setiap apa yang dikehendaki-Nya.

“Tiada tempat untuk kita kembali mengadu melainkan kepada Allah,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Tasawuf tiang Ahli Sunnah Wal Jamaah, pada Konvensyen Akidah Antarabangsa 2014 (K-Akidah) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengurus Eksekutif As Sofa di Maghribi menjelaskan, dikenali seseorang itu dengan tasawuf adalah mereka yang memiliki ‘kefaqihan’ dan keilmuan dalam hukum-hakam agama.

“Itulah yang menjadi jalan peribadatannya kepada Tuhan-Nya serta tidak sesekali dia jahil terhadap sesuatu yang wajib diketahui oleh setiap manusia mengenai hukum-hakam agama.

“Pengertian tasawuf itu, sama ada kita mentafsirkannya dari sudut bahasa atau istilah, ternyata bukanlah sesuatu yang bidaah,” tegasnya.

Tambah Sayyid Abdul Mun’im, tasawuf berserta kaedah dan manhaj (jalan yang jelas) suluknya merupakan penjamin bagi seluruh umat Islam dalam mengikat mereka dengan akidah yang satu iaitu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tidak ada perpecahan, persengketaan dan dendam yang melanda kaum muslimin pada hari ini, juga penyebab ‘koyaknya' kesatuan mereka serta sikap berpuak-puak, melainkan setelah kehilangan tasawuf, bahkan ahlinya diperangi dan diingkari,” ujarnya.

Sambil memetik kenyataan ulama sufi, al Syahid Dr. Muhammad Said Ramadhan al Buti yang ditulis dalam majalah Manar al Islam Edisi Ramadhan tahun 1408 hijrah, Say­yid Abdul Mun'im memberitahu, kesimpulannya bahawa hilangnya tasawuf merupakan penyebab bagi permasalahan yang melanda hari ini.

“Mengikut kalimah Syeikh kami itu, kehilangan tasawuf itu juga merupakan faktor kemunculan bidaah dan khurafat yang mencemari tasawuf dan hakikatnya.

“Sekiranya jiwa-jiwa disuci dan dibersihkan dari hawa nafsu dan runtunannya serta kejahatannya (di mana merupakan intipati tasawuf dan maknanya yang sebenar), maka tasawuf tidak akan terfitnah sebagai pegangan golongan yang mencari kemasyhuran dan pengumpul harta, kemegahan atau alat memerangi ilmu,” kata Sayyid Abdul Mun'im.

Kata beliau, tasawuf yang berdasarkan ilmu dan amali merupakan pelindung dan penyelamat dari kesesatan jalan serta kebatilan kelompok tertentu.

“Oleh yang demikian, maksud tasawuf menurut sesetengah tokoh Islam seperti al Hafiz Ahmad ibn al Siddiq, ialah beramal ilmu itu de­ngan keikhlasan,” ujarnya.



WAHAI umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57) -  Utusan Malaysia Rencana Agama 3 November 2014
Tags: tasawuf
Subscribe

  • Tepis kekeliruan berpoligami

    SESUNGGUHNYA dunia ini sudah sampai ke penghujung. Itulah yang boleh diputuskan apabila mutakhir ini muncul segelintir generasi yang memiliki…

  • Poligami lahirkan keluarga mithali?

    KEHIDUPAN berkeluarga yang aman damai adalah impian setiap daripada kita. Tidak yang berkahwin mengharapkan mahligai yang dibina berakhir dengan…

  • Sikap perempuan burukkan poligami

    BRO sudah beberapa kali menyatakan bahawa Bro menyokong poligami. Bagi Bro, lelaki yang berani bernikah lebih daripada satu dan wanita yang…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments