mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Perangkap Judi Siber

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat Perangkap Judi Siber

12 Disember 2014M / 19 Safar 1436H Jabatan Agama Islam WIlayah Persekutuan

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Judi Siber adalah permainan yang melibatkan pertaruhan wang secara haram menerusi internet. Setiap orang yang terlibat dengan perjudian ini perlu membayar nisbah pertaruhan yang ditetapkan dan pihak yang kalah harus menyerahkan wang taruhannya kepada pihak yang menang.


Islam dengan tegas mengharamkan apa juga bentuk perjudian. Inilah yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam Surah alBaqarah ayat 219 yang dibacakan di permulaan khutbah tadi; Bermaksud: “Katakanlah kepada mereka: "Pada keduanya (arak dan judi) terdapat dosa (mudarat) yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa (mudarat) keduanya adalah lebih besar berbanding manfaatnya.”


Kaum Muslimin yang berbahagia,


Apa yang amat mendukacitakan ialah laporan menunjukkan bahawa lebih 90% pelanggan tetap kafe-kafe siber yang terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian ini adalah di kalangan orang Melayu iaitu umat Islam sendiri. Malah ia melibatkan semua golongan dari peringkat kanak-kanak sekolah, para remaja dan golongan dewasa.


Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Sulaiman bin Buraidah daripada bapanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Sesiapa bermain judi dengan pertaruhan maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi.”


Implikasi buruk yang telah terbukti merosakkan dan memudharatkan kehidupan insan-insan yang terlibat dalam gejala judi siber ini.

Antaranya:

Pertama: Habis wang ringgit dan harta

Kedua: Lupa tanggung jawab dan amanah

Ketiga: Keruntuhan institusi keluarga dan masyarakat

Keempat: Terlibat dengan jenayah


Perjudian siber kini merupakan barah yang sedang menular dengan drastik dalam masyarakat kita. Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 91: Bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran arak dan judi itu serta mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu).”

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Mari kita imbas kembali beberapa butiran penting sebagai bahan renungan di penghujung khutbah ini.

Pertama : Amalan berjudi perlulah dihindari kerana ia pasti memberi kesan buruk pada individu, keluarga, masyarakat dan Negara.

Kedua : Setiap individu muslim wajib berperanan dan bekerjasama dalam memastikan perlakuan perjudian siber dan apa juga budaya negatif dibanteras dari akar umbi.

Ketiga : Umat Islam perlu menyedari betapa pentingnya bersikap prihatin dalam mencegah kemungkaran demi mengelakkan kemurkaan dan azab Allah SWT.


Firman Allah SWT di dalam Surah al-Maidah ayat 78-79: Bermaksud: “Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka tidak saling melarang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.”


Wallahualam.
Tags: judi
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments