mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Malas punca umat Islam sukar bangkit

Buku bertajuk World In Fire merupakan buku kegemaran saya.


Buku saya ini satu bentuk penjernihan bahawa berpolitik perlu berpada-pada. Memperjuangkan hak tidak bermakna mengetepikan hak orang lain. Kuasa hanyalah sebagai alat dan bukan sebagai matlamat sehingga dikotorkan dengan nafsu.

  • KUALA LUMPUR 12 Dis. - Kurang membaca dilihat antara punca menjadikan sebilangan pelajar universiti bertindak secara beremosi dan agresif apabila berdepan dengan sesuatu.

    Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebilangan pelajar universiti dilihat lebih rangsang dengan isu-isu yang bersifat sentimen dan mereka tidak mahu berfikir kerana kurang ilmu disebabkan malas membaca.

    "Saya banyak pergi ke universiti-universiti berbincang dengan mereka saya boleh melihat bahawa tahap pemikiran mereka mengambarkan bahawa mereka ini kurang membaca. Pensyarah-pensyarah juga berkata pelajar tidak mahu membaca selain nota yang diberikan oleh mereka.

    "Sebab itulah kita dapat lihat sentimen dan emosi itu akan jadi faktor yang mendorong kepada perbuatan-perbuatan yang tidak bertamadun," jelas Dr. Asyraf Wajdi.

    Dr. Asyraf Wajdi bercakap kepada media selepas menjadi tetamu 'Program Buku Kegemaran Saya anjuran Perpustakaan Negara Malaysia sempena Ekspo Buku Malaysia 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

    Jelas beliau, sifat malas membaca yang kini menjadi penyakit sebahagian pelajar universiti merupakan antara punca keruntuhan tamadun Islam pada satu ketika dahulu.

    "Sebenarnya perkara ini banyak dibahaskan oleh pemikir-pemikir Islam. Bahkan sejak kejatuhan tamadun Andalusia di Eropah ulamak-ulamak besar termasuklah Ibnu Khaldun dalam buku Mukaddimah dan juga pemikir-pemikir kontemporari sekitar kurun ke-20 dan ke-21 seperti ulama Malek bin Nabi.

    "Salah satu punca kejatuhan umat Islam atau sukarnya umat Islam bangkit adalah kerana kemalasan dan kelemahan untuk mereka berfikir. Ini terkait dengan budaya membaca di kalangan umat kita," kata Dr. Asyraf Wajdi.

    Justeru kerana kemalasan dan kelemahan itu, katanya, ia menyebabkan umat Islam sehingga hari ini mudah untuk berpolimik dan bertelagah atas perkara yang remah dan menjurus kepada soal sentimen emosi.

    "Sebab itulah bila kita berdebat tidak berasaskan ilmu kerana pembacaan yang kurang akhirnya menyebabkan kita terdorong kepada perbuatan yang lebih agresif yang berasaskan sentimen.

    "Ini akhirnya memporakperandakan. Daripada budaya bahas yang bagus untuk merancakan pemikiran kita akhirnya menjadi perkara yang memudaratkan," tegas Dr. Asyraf Wajdi.

    Justeru tegas beliau, umat islam harus berjiwa besar dan tidak melihat satu perkara dalam kerangka yang berasaskan sentimen dan emosi tetapi berasaskan ilmu.

    Dr. Asyraf Wajdi berkata, budaya ilmu hanya boleh disemarakan dengan budaya membaca.


Tags: baca, malas
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments