mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Isu Yusuf Al-Qardawi

PEGIDA peralat agama Kristian


SEMEMANGNYA me­ngaib­kan umat Islam seluruh dunia apabila tokoh ulama teragung Dr. Yusuf Al-Qa­radawi mempunyai wa­ran tangkap yang dikeluarkan oleh po­lis antarabangsa (Interpol) atas per­mintaan kerajaan Mesir pimpinan Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

PEGIDA~PEKIDA bunyi dan tindakan seakan sama ?

Lebih 10,000 penyokong pergerakan PEGIDA mengambil bahagian dalam perhimpunan di Dresden, Timur Jerman pada 15 Disember, lalu. – Agensi

Permintaan Kaherah tersebut berasaskan kepada dalil keputusan badan kehakiman Mesir yang mensabitkan Dr. Yusuf dengan kesalahan memudaratkan negara kerana terlibat secara langsung dengan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang telah diharamkan.

Sudah begitu pasti tindakan Abdel Fattah itu begitu mengecewakan umat Islam antarabangsa kerana disebabkan agenda politik Mesir, tokoh sarjana Islam dijadikan sebagai kambing hitam pula. Jika Islamophobia dikaitkan dengan prejudis masyarakat bukan Islam terhadap apa saja berkaitan Islam maka tindakan yang menimpa Dr. Yusuf amat memalukan kerana diperlakukan sesama Islam.

Tidak keterlaluan jika ungkapan Islamophobia dikatakan telah memasuki fasa baharu bukan kerana umat Islam menyalahgunakan agama untuk kepentingan agenda masing-masing seperti yang menimpa Dr. Yusuf, tetapi lebih berbahaya lagi apabila penganut agama lain mempergunakan agama mereka untuk memburukkan agama Islam hanya kerana kepentingan agenda politik. Senario sebegini kerap berlaku di beberapa negara Eropah dan paling serius sedang melanda Jerman.

Pada ketika ini wujud gerakan yang mengelar diri mereka sebagai Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat atau lebih dikenali dengan nama singkatan PEGIDA di beberapa bandar utama Jerman.

Pada asalnya gerakan ini tidak mendapat sambutan apabila mula diperkenalkan pada Oktober lepas. Setiap kali perhimpunan diadakan kurang daripada 200 penunjuk perasaan hadir. Tetapi sejak dua minggu lepas momentum sambutan PEGIDA melonjak dengan sambutan lebih daripada 15,000 orang setiap kali perhimpunan.

Apa yang membimbangkan adalah PEGIDA telah dipergunakan oleh kumpulan berhaluan kanan dan neo-nazi untuk mencapai agenda perjuangan politik mereka. Selama ini mereka membantah dasar Berlin mengenai imigran dan pencari suaka yang dikatakan agak liberal terutama sekali jika membabitkan rakyat dari Iraq, Syria atau Afghanistan.

Sikap Xenophobia ini iaitu tanggapan prejudis terhadap sesuatu yang asing tidak mendapat sambutan dari rakyat Jerman kerana ia bertentangan dengan kehendak hak asasi manusia sejagat.

Jerman adalah negara paling tinggi menerima kehadiran pencari suaka dan kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat (AS) bagi negara yang menerima pelarian imigran. Pada tahun 2013 Jerman menerima seramai 127,000 pencari suaka dan pada tahun ini kumpulan ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang.

Jika sebelum ini kebanyakan rakyat Jerman menyisihkan diri mereka dari pembabitan dengan kumpulan pelampau kerana tidak menepati ciri masyarakat bertamadun, tetapi kali ini tingkah laku Xenophobia bagaikan diterima dengan alasan agama Islam yang menjadi punca ancaman.

Kehadiran PEGIDA telah digunakan oleh kumpulan pelampau ini untuk menarik sokongan rakyat Jerman menyokong perjuangan mereka dengan ugutan kehadiran kumpulan imigran dan pencari suaka yang majoritinya beragama Islam adalah bahaya kerana mampu menghapuskan cara hidup Barat. Lebih membimbangkan lagi adalah agama Kristian telah dipergunakan dengan ugutan bahawa agama anutan imigran dan pencari suaka iaitu agama Islam mampu menghapuskan agama penduduk asal Jerman.

Sikap Xenophobia yang mempergunakan agama ini begitu ketara sekali kerana dalam setiap perhimpunan PEGIDA kebelakangan ini, unsur-unsur agama Kristian diselitkan seperti aktiviti menyanyi lagu Krismas. Mereka yang menyertai perhimpunan PEGIDA bertegas menyatakan mereka bukan penyokong kumpulan pelampau tetapi hanya mempertahankan cara hidup dan agama Kristian dari di rampas oleh agama Islam.

Tanggapan seperti ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran dan perlakuan kumpulan militan Negara Islam (IS) walaupun hanya berkisar di negara Asia Barat tetapi tindakan beberapa individu yang dikatakan menyokong IS memberi persepsi bahawa aktiviti keganasan boleh melanda negara Barat. Paling terkini kejadian tebusan di Sydney telah menguatkan tanggapan bahawa kejadian di Australia boleh juga melanda Jerman.

Walaupun gerakan PEGIDA pada ketika ini hanya berkisar di bandar besar Jerman yang mempunyai ramai penduduk imigran Asia Barat tetapi jika tidak dibendung ia mampu merebak ke negara Eropah lain walaupun tidak mempunyai kehadiran imigran seramai Jerman.

Jika sikap Xenophobia ini dibiarkan melarat dan ditambah pula apabila ia dikaitkan dengan unsur agama Kristian, maka ungkapan Islamophobia akan menjadi satu perkara lazim dan sudah pasti memudaratkan penduduk beragama Islam yang menjadi minoriti terutama sekali di negara Barat.

Jika ini menjadi kenyataan maka sikap Xenophobia yang selama ini menjadi pantang larang kepada masyarakat Barat kerana dianggap sikap yang tidak bertamadun dan prejudis akan menjadi sesuatu yang lazim.

Penulis ialah Geostrategis Institut 
Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.



Waran tangkap Yusuf Al-Qaradawi satu penganiayaan terhadap ulama



KUALA LUMPUR 23 Dis.– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan perbuatan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiayaan terhadap golongan ulama.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu bukan sahaja menyentuh sentiviti malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.


Yusuf al-Qaradawi

“Kita juga berpandangan tuduhan yang melabelkan beliau sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.

“Buktinya, pemimpin ulama sedunia berkenaan telah menyatakan pendirian beliau terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh ISIS pada 5 Julai 2014 yang lalu adalah melanggar syariah malah setiap pandangan dan fakwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Polis antarabangsa (Interpol) sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Yusuf selepas beliau dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir.

Othman berkata, semua pihak harus mempertimbangkan ketokohan Yusuf sebagai ulama yang disegani dunia yang telah memberi sumbangan cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan yang bersifat kontemporari serta sentiasa menjadi rujukan dan pengikut yang ramai.

Malah katanya, Malaysia pernah menobatkan Yusuf sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009 berdasarkan kriteria yang jelas antaranya keilmuan, kesederhanaan yang dipraktiskan selari dengan ajaran Islam termasuk menghormati sistem demokrasi yang harmoni.

“Malah sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global diiktiraf pelbagai pihak. Justeru kita mencadangkan agar pihak berkenaan menarik balik Notis Merah yang dikeluarkan terhadap Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi,” katanya.

Retract warrant against scholar, Interpol urged


PUTRAJAYA: Malaysia has called on Interpol to retract its arrest warrant against renowned Islamic scholar Professor Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi.

Department of Islamic Development Malaysia director-general Datuk Othman Mustapha said the department condemned all forms of discrimination against any individual and the ummah.

‘The act of certain quarters to use the law to take action against Syeikh Yusuf, without basis or investigation, is a form of injustice against ulama (scholars).

“We are worried that such actions can incur the wrath of the ummah worldwide, as he is a highly respected contemporary scholar, who is a source of reference to Muslims,” said Othman yesterday.

Early this month, Interpol had issued a high-level alert, seeking the arrest of Syeikh Yusuf, who is wanted by Egyptian judicial authorities on allegations of incitement, providing assistance to commit premeditated murder, facilitating a prison escape, and involvement in arson, vandalism and theft.

Syeikh Yusuf has denied the allegations.

Othman said Malaysia was of the view that the accusations against Syeikh Yusuf were baseless.

The scholar, Othman said, had stated his stand against militancy, especially regarding the declaration of a caliphate by the militant Islamic State, which he said violated Syariah law.

“All parties should consider Syeikh Yusuf’s role as a scholar. He is recognised for his contributions to Islamic jurisprudence and literature, and the contemporary nature of the fatwa he issues.

“Malaysia also bestowed him with the ‘Tokoh Maal Hijrah’ title in 2009 for his knowledge and moderation in line with the teachings of Islam, including his respect for a harmonious democracy.”

NST 24 December 2014

Tindakan Interpol penganiayaan terhadap ulama
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpandangan bahawa pengeluaran waran tangkap oleh Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap ulama tersohor Dr Yusuf al-Qaradawi tanpa asas yang kukuh sebagai penganiayaan terhadap ulama.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya sama sekali menolak sebarang usaha penindasan terhadap mana-mana individu dan umat Islam.


Othman Mustapha


“Tindakan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap al -Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiyaan terhadap ulama.

“Perkara itu bukan sahaja akan mengundang sensitiviti umat Islam malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Jakim menggesa Interpol menarik semula notis merah yang telah dikeluarkan itu.

Othman berkata, al Qaradawi merupakan tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan rujukan semasa bagi masyarakat Islam seluruh dunia.

Tambah beliau, tuduhan melabel tokoh ulama itu sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.

“Buktinya beliau (al - Qaradawi) telah menyatakan pendirian terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh IS pada 5 Julai (2014) lalu adalah melanggar syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai.

“Semua pihak seharusnya mempertimbangkan ketokohan beliau sebagai tokoh ulama yang disegani dunia. Beliau bukan sahaja tokoh ilmuan malah memberi sumbangan yang cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan yang bersifat kontemporari serta menjadi rujukan pengikut yang ramai,” katanya.

Malaysia juga pernah menobatkan al-Qaradawi sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 sebagai pengiktirafan di atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global.

Tiada sebab al-Qaradawi dikehendaki
SHAH ALAM - Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju dengan tindakan Polis Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap ulama terkemuka dunia, Dr Yusuf al-Qaradawi selepas didesak kerajaan Mesir.

Menurutnya, tiada ‘hitam dan putih’ yang mengatakan tokoh ulama tersebut terlibat di dalam kegiatan jenayah seperti yang didakwa kerajaan Mesir.

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi


“Walaupun ada ketika saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau (al-Qaradawi), tetapi, tidak semestinya saya bersetuju dengan tindakan ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, kelmarin.

Beliau meminta supaya kerajaan Mesir dan juga Interpol mengemukakan bukti kukuh sebelum mengeluarkan Notis Merah kepada al-Qaradawi.

“Sekiranya kita nak dakwa atau nak senarai hitam seseorang, kita perlu kemukakan bukti kukuh. Ini adalah undang-undang. “Sama seperti kes ini. Kalau mahu tangkap beliau, kedua-dua pihak perlu tunjukkan bukti dahulu,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan perlu memberikan pendirian mengenai isu ini namun bukan dalam keadaan terburu-buru walaupun pernah menganugerahkan al-Qaradawi sebagai tokoh Maal Hijrah pada tahun 2009
Tags: tokoh
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments