mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ Zuriat Pewaris Agama

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat  26 Disember 2014M / 4 Rabiulawal 1436H Zuriat Pewaris Agama JAWI

Pewaris agama adalah mereka yang menerima agama Islam sebagai pusaka.

Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai ibu bapa, agar mendidik generasi hari ini dengan sebaik-baik didikan, membesarkan mereka dengan sepenuh kasih sayang dan menanam perasaan cintakan Islam ke dalam hati mereka

Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Tahrim ayat 6: Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Panduan dalam mendidik anak-anak

Pertama : Jadilah qudwah hasanah untuk anak-anak.


Kedua : Pastikan anak-anak mendirikan solat.

Ketiga : Perbanyakkan doa untuk kebaikan anak-anak

Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Furqan ayat 74: Bermaksud: “Dan orang-orang yang berkata: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Keempat : Terapkanlah disiplin kepada anak-anak

Kesimpulan bagi khutbah pada hari ini adalah seperti berikut:

Pertama: Ibu bapa mestilah melengkapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya agar mereka mampu menjadi ikutan terbaik kepada anak-anak mereka.

Kedua : Anak-anak hendaklah diterapkan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam sejak usia mereka kecil bagi memudahkan mereka dibentuk dengan akhlak yang mulia.

Ketiga : Didiklah anak-anak dengan kasih sayang dan pada masa yang sama, tanamkanlah disiplin dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka sebagaimana yang disarankan oleh Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 40 : Bermaksud: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Wallahualam
Tags: pewaris, zuriat
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments