mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Umat Islam doakan Malaysia selamat 2015

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ketibaan ambang tahun baharu 2015 disambut dengan pendekatan berbeza oleh hampir 100,000 umat Islam melalui doa kesejahteraan Malaysia selepas mengharungi rentetan musibah yang melanda sepanjang tahun lepas.

Hujan sejak petang ini ternyata tidak menghalang rakyat untuk bersama-sama menghadiri program Malam Cinta Rasul 2015 yang diadakan di Dataran Merdeka di sini.

Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Al­habshee berkata, penganjuran su­lung program berkonsepkan keagamaan itu merupakan kelainan yang cuba ditampilkan dalam sambutan tahun baharu.

Katanya, program itu diadakan dengan tujuan mendoakan kesejahteraan negara dan untuk mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa negeri di Semenanjung .

“Program ini memupuk perpa­du­an dalam kalangan rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar negara dijauhi segala musibah.

“Iringan bacaan zikir, qasidah, doa dan solat hajat merupakan cara terbaik menyambut kedatangan tahun baharu bagi menggantikan sambutan menerusi percikan bunga api dan sebagainya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Program keagamaan itu dianjurkan oleh YPC dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), stesen televisyen TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn. Bhd. (Richwell).

Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Eksekutif TV Alhijrah, Wan Alias Wan Abdullah; pakar motivasi, Dr. Azizan Osman dan Setiausaha UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdar Syed Abdullah.



SEBAHAGIAN umat Islam mengaminkan doa selepas mengadakan solat hajat sempena Malam Cinta Rasul 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi.– UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ

Majlis tersebut turut menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

Program tersebut bermula pukul 9 malam dengan acara solat isyak dan hajat berjemaah diikuti dengan qasidah berserta zikir sebelum ditutup dengan bacaan doa sempena tahun baharu pada pukul 12 tengah malam.

Menurut Syed Ali, pihaknya turut mengadakan kutipan derma bermula dua hari lalu untuk di­salurkan kepada mangsa banjir.

“Sehingga kini, kami berjaya mengutip sebanyak RM275,000 daripada beberapa syarikat swasta dan orang perseorangan.

“Kutipan juga diadakan pada program ini bagi mengumpul lebih banyak dana dengan tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir,” katanya.

Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments