mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ Memburu Kemanisan Iman

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat 9 Januari 2015M / 18 Rabiulawal 1436H JAWI

Memburu Kemanisan Iman

Tiga aspek penting yang wujud dalam diri manusia. Ketiga-tiga aspek ini diisi oleh Islam berdasarkan panduan wahyu dengan nama Iman, Islam dan Ihsan.

Iman adalah kepercayaan atau akidah. Islam adalah pengamalan atau syariat

Manakala Ihsan adalah kerohanian atau akhlak. Iman, Islam dan Ihsan itu adalah paksi kepada agama Islam sebagaimana yang telah dijelaskan panjang oleh Rasulullah SAW di dalam hadis Jibril AS.

Kemanisan iman bermaksud perasaan gembira dalam melakukan ibadat dan sanggup menanggung kesukaran demi mendapatkan keredaan Allah SWT dan rasul-Nya.


Sabda Rasulullah SAW melalui hadis riwayat Imam Muslim daripada alAbbas bin Abd al-Mutalib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Kemanisan iman itu dirasai oleh orang yang reda bahawa Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya.”


Muslim yang mengecapi kemanisan iman pastinya sentiasa positif di dalam kehidupannya. Apabila dia mendapat nikmat dia bersyukur. Apabila dia mendapat musibah dia bersabar. Jiwanya sentiasa reda, syukur dan bahagia. Hatinya sentiasa merasa bahagia apabila melaksanakan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran.


Riwayat Imam al-Bukhari RHM daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bermaksud: “Tiga perkara ini jika terdapat dalam diri seseorang nescaya dia akan merasai kemanisan iman iaitu: dia menjadikan Allah dan rasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang lain daripada keduanya; dia mencintai saudaranya tiada lain cintanya itu melainkan kerana Allah SWT semata-mata; dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.”


Kemanisan Iman boleh diusahakan melalui perkara berikut:

Pertama: Mencintai Allah SWT lebih daripada segalanya

Kedua: Mencintai Rasulullah SAW selepas cintanya kepada Allah SWT


Firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 31-32: Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir."

Firman Allah SWT di dalam surah al-Fath ayat 9: Bermaksud: “(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan supaya kamu kuatkan ugamaNya serta memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang."


Ketiga: Mencintai saudaranya kerana Allah SWT semata-mata


Persaudaraan ini menjamin keamanan, kebahagian dan kajayaan bagi sesebuah masyarakat bukan sahaja di dunia tetapi berterusan sehingga ke akhirat.

Keempat: Membenci dan tidak akan kembali kepada kekufuran


Antara kaedah untuk meningkatkan keimanan ialah:


Pertama: Kefahaman dan penghayatan terhadap zat, perbuatan dan sifat-sifat Allah SWT. Mukmin yang menyedari dan mengenali Tuhannya akan patuh mengabdikan diri kepada Penciptanya.

Kedua: Memahami dan menghayati ayat-ayat al-Quran sebagai panduan dalam mencapai kebahagian serta memperbanyakkan zikir dan mengingati Allah SWT di dalam setiap keadaan, masa dan tempat.


Ketiga: Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak baginda.


Keempat: Sentiasa bersama dengan ilmuwan, ahli ibadah, teman soleh solehah yang sentiasa mengingatkan kealpaan kita terhadap Allah SWT serta berdoa memohon petunjuk daripada Allah SWT agar sentiasa menetapkan hati di dalam ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT.


Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah pada hari ini ialah:


Pertama: Kemanisan iman dapat dicapai oleh seseorang Muslim apabila dia reda dalam mentaati perintah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasulnya.

Kedua: Ciri-ciri orang memiliki kemanisan iman ialah mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada segala-galanya serta mencintai saudaranyakerana Allah semata-mata.

Ketiga: Berusahalah meningkatkan kemanisan Iman agar dikurniakan kebahagian dunia akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Fajr ayat 27-30: Bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu."


Wallahualam
Tags: ihsan, iman, islam, khutbah
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments