mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Memanfaatkan usia persaraan

SEBAIK sahaja umur mencecah usia persaraan, rutin harian sudah tentu akan turut berubah. Apa yang pasti, ia tidak lagi berkisar tentang pekerjaan hakiki yang bertahun-tahun dilalui.

Maka ada yang rutin golongan pesara ini lebih ditumpukan kepada bermesra dengan anak, menantu serta cucu. Malah tidak kurang juga yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan. Bahkan tidak kurang juga yang mula mencari hobi digemari.

Dalam kita memastikan detik persaraan direncanakan sebaik mungkin, tidak dinafikan turut berlaku kecenderungan golongan pesara ini mengalami semacam kekosongan jiwa berkemungkinan kerana perubahan mendadak di dalam rutin kehidupan.

Kalau sebelum ini, mereka aktif dan sentiasa disibukkan dengan urusan pekerjaan bagi mencari rezeki untuk keluarga tetapi apabila bersara, mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Keadaan itu mungkin menjadi bertambah teruk, sekiranya anak-anak juga sibuk dengan urusan kerja dan keluarga masing-masing.

Lantaran itu, bagi memastikan gelora kekosongan dan kesunyian itu mereda, ramai yang menjadikan institusi masjid sebagai kaedah terbaik untuk mengatasi krisis jiwa tersebut.

Yang pasti, cara ini selain dapat mengisi kekosongan yang melanda jiwa ia juga menjadi satu terapi positif, terutamanya berpeluang menambah kenalan dengan rakan seangkatan. Sekurang-kurangnya usia senja yang dilalui itu dimanfaatkan dengan pemantapan ilmu agama.

Begitu pun, dek kerana kekangan kekurangan dana, tidak semua masjid atau surau mampu memenuhi keperluan warga emas atau pesara itu. Mungkin apa yang termampu hanyalah mengadakan kuliah agama dan kelas mengaji. Itu pun, bergantung kepada masa penceramah.

Walaupun mungkin boleh ditampung dengan membeli buku-buku agama atau mendengar kuliah melalui media massa, namun ia tidak mencukupi kerana banyak persoalan yang kedua-dua saluran terbabit tidak boleh menjawabnya.

Menyedari kekurangan itu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya telah mengambil inisiatif bagi memenuhi keinginan golongan itu.

Dikenali sebagai Program Pengajian Sepanjang Hayat yang sasarannya adalah warga emas yang majoritinya terdiri daripada golongan pesara.

Seiring dengan firman Allah dalam surah al-Muhadalah ayat ke-11 yang bermaksud: Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan.

Malah, Rasulullah SAW turut bersabda yang bermaksud: Barang siapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. (riwayat Muslim)

Lantaran itu, pihak pengurusan MTMZA telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi memberi peluang kepada golongan tersebut mendalami dan meningkatkan kemahiran berkaitan agama. - Hashnan Abdullah Utusan Malaysia Rencana Agama 05 Februari 2015 1:53 PM

Tags: bersara, usia
Subscribe

  • Khutbah Jumaat Bahtera Kasih Menuju Bahagia

    Petikan Khutbah Jumaat 22 Oktober 2021M/ 15 Rabiulawal 1443H JAWI Bahtera Kasih Menuju Bahagia Islam melihat institusi kekeluargaan adalah sangat…

  • Khutbah Jumaat: Maulidur Rasul SAW

    Petikan Khutbah Jumaat 22 Okt 2021M / 15 Rabi’ul Awwal 1443H: JAIS Maulidur Rasul SAW Alhamdulillah, kita rafakkan pujian dan kesyukuran ke…

  • Khutbah Jumaat Semarak Cinta Rasul

    Petikan Khutbah Jumaat 15 Oktober 2021M/ 8 Rabiulawal 1443H JAWI Semarak Cinta Rasul Bulan Rabiulawal kembali mengingatkan kita akan kelahiran…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments