mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Jabatan Mufti siasat kes pensyarah mualaf

BUKIT MERTAJAM 8 Feb. – Jabatan Mufti negeri sedang menyiasat sama ada pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tunku Bainun, Dr. Teh Koon Hoo yang ditemukan meninggal dunia semalam telah memeluk Islam sejak tahun lalu seperti didakwa seorang guru wanita yang juga tunangnya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan perkara berkenaan petang semalam selepas mayat Koon Hoo dibawa ke Hospital Seberang Jaya.

Katanya, keputusan dijangka diumumkan esok oleh Jabatan Mufti negeri dan siasatan telah bermula sejak semalam.


Abdul Malik Kassim

“Bagi menyelesaikan masalah ini, semua aspek diteliti termasuk menghubungi pihak berkuasa agama Islam di negeri lain bagi menentukan status agama Koon Hoo. Pada masa sama, kita juga mahu berlaku adil kepada keluarga Koon Hoo di Sarawak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Koon Hoo, 55, yang juga pensyarah di Jabatan Sains Sosial IPG berkenaan dipercayai meninggal dunia di rumahnya di Kondominium Kelisa Height di sini akibat sakit jantung dan mayatnya ditemukan oleh adik lelaki wanita berkenaan bersama kakitangan perubatan.

Menurut Abdul Malik, Jabatan Mufti negeri kini telah meminta mayat berkenaan disimpan di hospital itu buat sementara waktu sebelum siasatan selesai.

Menurut jiran Koon Hoon yang enggan dikenali, guru berkenaan yang mengajar di Kuala Lumpur menghubungi Koon Hoo pagi semalam namun tidak berjawab menyebabkan beliau meminta bantuan adiknya yang tinggal di Kepala Batas untuk ke rumah lelaki berkenaan.

“Saya difahamkan Koon Hoo telah memeluk Islam sejak tahun lalu dan sering menghadiri kelas agama di bawah tunjuk ajar seorang ustaz di daerah ini namun ketika ini tiada dokumen untuk membuktikan perkara itu.

“Anak lelaki Koon Hoo juga telah dimaklumkan perkara ini dan katanya, jika ada bukti keluarganya bersedia untuk menyerahkan mayat bapanya bagi diuruskan cara Islam,” katanya.

Katanya, beliau difahamkan keluaraga Koon Hoo juga telah tiba dari Miri, Sarawak untuk menuntut mayat berkenaan.

Sementara itu, guru berkenaan yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau mahu menenangkan diri dan berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Tags: muaalaf
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments