mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Khutbah Jumaat ~ Bakhil: Jalan Menuju Ke Neraka

Sedutan Petikan Khutbah Jumaat 20 Mac 2015: JAIS

“Bakhil; Jalan Menuju Ke Neraka”

Islam menggalakkan umatnya supaya mengikuti dan mencontohi perilaku Nabi Muhammad SAW untuk menjadi orang yang sangat pemurah.

Sesungguhnya sifat bakhil merupakan salah satu sifat mazmumah (sifat yang keji dan tercela) yang ada pada setiap manusia, tidak kiralah pangkat atau keturunan.

Faktor-faktor yang menjerumuskan kita kepada pengaruh sifat bakhil agar kita terhindar dari sifat yang tercela ini adalah:

Pertama: Cinta dunia dan bencikan mati.

Kedua: Tidak meyakini apa yang ada disisi Allah SWT

Kesan dan akibat yang akan menimpa pelakunya di dunia mahupun di akhirat. Antara kesannya adalah:

Pertama: Menyebabkan pelakunya terjerumus ke dalam pelbagai perbuatan dosa.

Kedua: orang bakhil menjadi lalai hingga terus leka dalam mengumpulkan harta kekayaannya

Allah mengingatkan kita dalam surah at-Takasur ayat 1-2 yang bermaksud: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-pelumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh), hingga kamu masuk ke liang kubur”

Ketiga: Orang bakhil dibenci oleh kebanyakan manusia

Keempat: Akan mendapat azab yang pedih di akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah ali-Imran ayat 178: Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak...”.

Sewajarnya kita berusaha menjauhinya dengan mengambil tindakan seperti berikut:

Pertama: Kita hendaklah menanamkan keyakinan dalam hati kita bahawa segala-galanyanya adalah milik Allah.

Kedua: Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.

Ketiga: Kita hendaklah meyakini apa yang diinfakkan pasti akan diganti oleh Allah SWT dengan yang lebih baik dan berlipat kali ganda.

Keempat: Kita hendaklah berwaspada dengan bisikan-bisikan syaitan yang menakutkan manusia dengan kefakiran apabila membelanjakan hasil keuntungan ke jalan Allah SWT.

Kelima: Kita hendaklah sentiasa berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti berikut:

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan". (at-Talak-7)

Mimbar Jumaat sekali lagi berpesan bahawa Islam mengajar umatnya supaya bersikap sederhana dalam segala amalan dan tindakan.

Pada masa yang sama umat Islam disaran supaya menjauhi sebarang bentuk perbuatan ekstremis yang kesannya akan menjejaskan keharmonian, perpaduan, keselamatan ummah dan Negara.

Tindakan ekstremis juga boleh memberikan tanggapan negatif terhadap kesucian dan kemuliaan agama islam.

Sebaliknya seluruh umat islam amatlah dituntut agar menampilkan kemuliaan akhlak, sikap dan keperibadian tinggi sebagai muslim sejati agar umum mengetahui bahawa Rasulullah SAW diutus dan Islam yang diperjuangkan adalah rahmat bagi seluruh umat dan sekalian alam.

Wallahualam.
Tags: khutbah, neraka
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments