mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Guru Agama berdepan diberhentikan, sedia dihukum

Ekhsan Bukharee berdepan diberhentikan

SHAH ALAM 13 April – Perkhidmatan guru Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Ekhsan Bukharee Badrul Hisham yang baru-baru ini cuba memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyampaikan surat tuntutan kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu (KAFA) kepada wakil rakyat boleh ditamatkan kerana melanggar terma perjanjian pelantikan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, bagaimanapun, pihaknya masih memberi peluang kepada Ekhsan Bukharee untuk memberi penjelasan berhubung perbuatannya itu.

Tuntut janji kerajaan Selangor naikkan elaun guru KAFA

Ekhsan Bukharee Badrul Hisham

Menurutnya, jika gagal memberikan penjelasan dalam tempoh ditetapkan, JAIS akan menyemak semula perjanjian tersebut dan menamatkan lantikan kerana gagal memenuhi perjanjian.

“Beliau (Ekhsan Bukharee) bukan seorang penjawat awam. Pelantikannya sebagai guru KAFA berstatus sambilan. Sebelum dilantik, beliau telah menandatangani perjanjian dengan pihak kerajaan.

“Perbuatannya adalah melanggari terma perjanjian lantikan. Salah satu terma perjanjian ialah kerajaan berhak menamatkan lantikan dalam tempoh 14 hari notis,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Rabu lalu, Ekhsan Bukharee, 24, dihalang memasuki DUN bagi menuntut janji kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menaikkan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Guru sedia dihukum

SHAH ALAM 13 April - Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham yang bakal berdepan tindakan tegas nekad untuk menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan terhadapnya berikutan perbuatannya menuntut kenaikan elaun golongan itu daripada kerajaan negeri baru-baru ini.

Ekhsan Bukharee, 24, berkata, dia akan terus memperjuangkan kebajikan guru KAFA walaupun dia sendiri berkemungkinan terpaksa hilang pekerjaan.

Menurutnya, dia tidak boleh berhenti separuh jalan memandangkan perjuangan tersebut dimulakan olehnya.

“Kalau saya yang memulakan maka sayalah yang kena habiskan. Saya optimis dalam memperjuangkan nasib guru KAFA,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rabu lalu, Ekhsan Bukharee dihalang memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut janji kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menaikkan elaun guru KAFA daripada RM1,300 kepada RM1,500.

Berikutan perbuatan tersebut, guru Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar itu berkemungkinan menerima tindakan tegas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya telah meminta Ekhsan Bukharee memberi penjelasan berhubung tindakannya dalam tempoh dua minggu.

Tags: guru
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments