mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Hormati perasaan pendeposit

Duit ini telah termaktub beberapa peratus dalam simpanan yang ada untuk kita melakukan perniagaan. Itulah aliran-aliran tunai yang saya sebutkan tadi. Sebanyak 15 peratus daripada RM56 bilion duit penyimpan, kita letak tepi untuk buat perniagaan yang makcik pakcik dapat 8.25 peratus setahun itu. Inilah hasil dia.

Jadi, makcik jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah mereka yang mengatakan Tabung Haji pergi beli 1MDB. Kita tidak beli 1MDB. Kita beli sekeping tanah untuk dibangunkan di Kuala Lumpur untuk kita mendapatkan keuntungan RM180 juta.

Dalam sistem demokrasi, Pemuda nak tahu, kita terangkan. Banyak soalan yang ditanya, kita dah terangkan dan kita dah edarkan kepada media.

Saya juga sebagai Pengerusi Tabung Haji mengalu-alukan mana-mana pihak kalau nak datang, buat surat, kita bagi temu janji dan kita bagi taklimat jika mahu tahu berkaitan Tabung Haji. Kita telus sebab kita tidak ada kepentingan.

Kita bukan datang sini untuk berniaga kepentingan peribadi. Ini bukan perniagaan. Ini satu kerja untuk kepentingan ummah dan kepentingan pendeposit yang letak duit dengan kita.

Dalam konteks pembelian TRX, ini adalah transaksi perniagaan normal yang kita beli bukan satu perkara luar biasa. Kalau kita pergi beli 1MDB, kita boleh disalahkan. atau kita pergi beli sebab bantu selesaikan masalah. Masalah kita adalah kita beli tanah. Berapa yang dia dapat, dia jual pada kita, kita tak boleh kira. Kita kena ikut harga pasaran.

Ada juga rakyat yang dapat tanah-tanah anugerah, tanah-tanah yang dibeli dahulu pada harga RM30 dan RM50, akhirnya jual sampai RM1,508 pun ada. Ini biasa. Bukan kita beli harga tanah yang mana hari ini kita bersandarkan dengan valuasinya.

Valuasinya adalah mereka yang terdaftar dengan Tabung Haji dan juga dalam negara kita mereka terkenal. Kita pergi ambil tanah, kita dapatkan valuasinya, dan kita beli. Saya nak bagi satu contoh, tanah yang kita beli ini, asalnya RM3,000 lebih. Setelah tiga tahun perbincangan, jadi jatuhnya kepada RM2,700 lebih. Kita buat pelbagai siasatan, kajian termasuk dapat keputusan daripada jurunilai profesional.

Tanah-tanah di sebelahnya, MRCB membeli tanah Kedutaan Jerman. Keseluruhan 1.8 ekar, harga yang dibeli satu kaki persegi RM3,188, harga yang dijual RM259.260 juta. Harga ini baharu. Tanah di situ RM3,000 bagi setiap kaki persegi. Kedutaan Perancis, RM3,190 dengan RM1 bilion harga tanah di kawasan itu. Tanah kawasan KLCC ini yang paling berharga khususnya institusi seperti Tabung Haji untuk melabur. Kalau tidak, tidak akan nampak kelibat kita sebagai satu institusi unggul dalam negara ini untuk berada di situ.

Dua perkara yang paling penting, saya sahaja tunggu dua hari ini, saya tidak bercakap, sebab saya nak tengok apa yang mereka nak buat. Rupa-rupanya mereka nak kaitkan politik. Dengan saya contohnya sebagai pengerusi, Kalau saya rugikan duit Tabung Haji, bolehlah desak saya meletak jawatan. Saya tidak rugi.

Tanah ini boleh menguntungkan. Saya tengok, pelaburan ini. Tiga soalan. Tan Sri Ismee adalah ahli lembaga 1MDB. Tan Sri Ismee ‘abstain’ daripada semua sudut perbincangan tanah di TRX. Beliau tidak pernah dimaklumkan apa-apa pun mengenai TRX ini.

Kedua, Datuk Johan ialah pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy Sdn. Bhd. Jawatan ini tidak terlibat dalam mana-mana kelulusan dalam 1MDB.

Ketiga, Tan Sri Abdul Samad Alias yang ada dalam panel pelaburan Tabung Haji, dikaitkan cuma kapasiti sebagai penasihat bebas di 1MDB. Tiada kapasiti membuat sebarang keputusan sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB. Saya membuat penjelasan ini, sebab Tabung Haji boleh menggoyangkan keadaan khususnya orang Melayu seluruh negara. Sebab kita ada 8.1 juta lebih pendeposit. Jadi mereka melihat Tabung Haji boleh mengganggu-gugat politik.

Setelah mendapat nasihat daripada pandangan semua pihak, apa yang berlaku dalam media massa, media cetak, media baharu, daripada rakan-rakan UMNO, bekas tentera, veteran, cikgu-cikgu dan pembangkang, semua pemimpin bagi nasihat dan akhir sekali, Perdana Menteri menghubungi kami untuk menasihatkan kami supaya jual tanah ini kepada orang yang nak beli sekarang.

Dalam konteks itu, kita semua ahli lembaga pengarah berbincang dan ada tiga tawaran. Kita beli dahulu RM188.5 juta. Sekarang, ada tiga tawaran. Tiga tawaran yang mana mereka nak bayar lebih RM188.5 juta. Tetapi keuntungan itu ada yang kita nak berbincang. Ada yang berjanji nak bagi beberapa juta keuntungan kepada kita.

Kita bersetuju untuk menjual kepada salah seorang dan dijangka selesai pada minggu depan. Kita nak tahu berapa keuntungan yang kita akan dapat untuk kita menghormati sensitiviti kekhuatiran pakcik makcik yang di kampung, yang tidak tahu apa yang digembar-gembur.

Kita sayang semua rakyat Malaysia, Tabung Haji yang mempunyai nama yang baik, buat pembelaan kepada masyarakat, bagi pulangan, nak bagi dividen, kita cari tanah lain. Kita jual tanah ini dan ini bukti bahawa tanah ini bukan susah untuk jual.

Saya juga nak bagi tahu kepada semua rakyat Malaysia, jangan pertikai jika kita nak jual cara yang baik dan ada keuntungan. Siapa yang nak beli kita jual. Siapa yang bagi pulangan yang bagus, selepas mendapat nasihat dan teguran, yang penting kepada semua rakyat Malaysia, setelah mendengar semua pandangan rakyat Malaysia, kita menghormati sentimen perasaan mereka, timbul satu kerisauan takut-takut duit Tabung Haji akan hilang.

Lepas kita dapat duit, kita akan meminta Ketua Pegawai Kewangan Tabung Haji buat pengumuman dalam sidang media bahawa duit sudah masuk dalam akaun Tabung Haji. Kita dah jual tanah ni. Sekali lagi, saya bagi pihak ahli lembaga pengarah, kita melakukan urusan pembelian tanah ini mengikut sistem yang sedia ada. Sistem yang benar-benar mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang selama ini ada. Kita tidak melakukan kesalahan dan tidak ada kerugian. Dan kami semua sedar kita beli tanah ini sebab nak dapat unjuran kepada pendeposit.

TRX di situ adalah kawasan terakhir di KLCC dan baik untuk Tabung Haji berada gah di situ dengan mendapat pulangan sembilan peratus setahun. Oleh sebab sentimen nak jaga hati rakyat, kita tidak mahu rakyat risau sehinggakan pemandu teksi pun boleh bercakap bahawa Tabung Haji pun mahu selamatkan 1MDB. Sekarang, kita dah pun selesai.

Tanah ini kita tidak proceed untuk membangunkannya. Kita bukan beli 1MDB. Tidak mahu kontroversi-kontroversi. Kalau ada agensi-agensi yang berkaitan yang mahu menyiasat, kita alu-alukan. Setelah kita berbincang dan memperhalusi malam tadi, tidak ada satu pun penipuan atau bayaran komisen atau penglibatan orang tengah dalam pembelian tanah itu. Pembelian ini adalah rundingan pihak pengurusan yang diketuai Datuk Johan.

- Utusan Malaysia Rencana 10 Mei 2015
Tags: tabung haji
Subscribe

Posts from This Journal “tabung haji” Tag

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments