mt961013 (mt961013) wrote,
mt961013
mt961013

Fenomena 'shopping fatwa'

SETELAH sekian lama mencari fatwa, akhirnya saya bertemu fatwa yang menghalalkan produk yang saya jual. Ia difatwakan halal oleh satu-satunya tokoh agama yang saya temui. Beliau mengatakan produk ini halal demi ekonomi ummah. Beliau pun bukan calang-calang orangnya, pakar dalam ‘tasawuf.’ Kebanyakan ustaz bidang fikah yang saya temui tegas melabel produk saya ini ‘tak lulus syariah.’

Sedar atau tidak itulah sikap sesetengah Muslim yang memaksa nas tunduk kepada kehendaknya dan bukannya dia tunduk kepada nas. Seakan agama adalah tunggangannya.

Tambah parah apabila bukan ahli memberi hukum dalam perkara yang bukan bidangnya. Sudahnya tunggang langganglah agama.

Celaan golongan Yahudi yang mengubah kitab demi kepentingan duniawi


AL-QURAN terpelihara daripada sebarang pengubahsuaian manusia yang berkepentingan nafsu. - GAMBAR HIASAN

Fenomena ‘shopping fatwa’ rupanya pernah muncul pada zaman Rasulullah SAW. Ia dipelopori oleh orang Yahudi Madinah dalam mencari hukuman hudud bagi jenayah zina. Firman Allah yang bermaksud: Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu daripada orang-orang yang berkata dengan mulutnya: Kami tetap beriman, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga daripada orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: “Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik.(al-Maidah: 41)

Kisahnya pada suatu hari Rasulullah SAW terserempak dengan seorang Yahudi yang disapu hitam mukanya dan disebat kerana kesalahan zina. Baginda meminta pensaksian seorang pendeta Yahudi bahawa hukuman sebenar jenayah zina dalam kitab Taurat adalah “rejam” dan bukan menconteng arang ke muka atau sebat.

Ubah hukum asal

Si pendeta Yahudi mengakuinya dan berkata para ulama mereka memang mengubah hukum asal Taurat demi kepentingan duniawi. (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud)

Selain itu, para ulama Yahudi siap berpesan kepada orang awam Yahudi agar selektif dalam fatwa yang diberikan oleh Rasulullah dengan pesan mereka: Pergilah bertemu Muhammad SAW, jika beliau memutuskan agar menghitamkan tubuh pesalah dan sebatan, terimalah! Tetapi jika dia berfatwa kepadamu dengan hukuman rejam, waspadalah! (Sahih Muslim & Sunan Abu Dawud)

Inilah sikap biadab yang wajib dielak sejauh mungkin, sejauh Timur dan Barat. Orang beriman sejati akan menelan segala arahan Allah. Putih kata Allah, maka putihlah katanya. Ini ditegaskan oleh dalam sebuah ayat yang bermaksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al-Ahzab: 36)

Walaupun celaan surah al-Maidah di atas turun khusus mencela Yahudi sezaman dengan Rasulullah, prinsip yang sama turut terpakai pada umat Islam kerana ayat al-Quran senantiasa hidup sepanjang zaman.

Jika hati kita masih ada “rasa” mahu mencari yang “kelabu atau putih di sebalik hitamnya keputusan Allah dan Rasulullah SAW” maka ia satu petanda bahawa iman kita perlu segera dirawat. Tidak lain kerana hati kita sudah dijangkiti kuman “gila dunia” seperti apa yang menimpa orang Yahudi. Mohon dijauhkan Allah!

Tags: fatwa
Subscribe

Posts from This Journal “fatwa” Tag

  • Ilmuwan disekat, si jahil diangkat

    ANTARA musibah yang menimpa umat ialah apabila hilangnya golongan ulama. Ulama yang ikhlas mendidik dan membimbing umat untuk hidup di atas jalan…

  • Mufti tak bersendirian keluar fatwa

    Setiap fatwa yang dikeluarkan mufti bukan dilakukan secara bersendirian. Mufti terlebih dulu akan memanggil Jawatan Kuasa Perundingan Hukum Syarak…

  • Meremajakan peranan fatwa

    AGAMA Islam adalah suatu sistem kehidupan. Islam bukanlah agama yang mementingkan ritual sahaja atau hanya sesuai ditempatkan di rumah ibadah…

  • Post a new comment

    Error

    Anonymous comments are disabled in this journal

    default userpic

    Your IP address will be recorded 

  • 0 comments