Tags: hukum

The position and reputation of Islamic criminal law

THE amendments to the Syariah Criminal Code II 1993 at the Kelantan Legis­lative Assembly last month attracted much debate.

The Bill has indeed be­­come a national issue ever since it was first introduced and passed by the Kelantan State Assembly in 1993.

Recently, the syariah-related laws again attracted the attention of all sectors, nationally as well as internationally, following the amendment Bill to the 1993 law which was tabled, debated and subsequently passed by the legislative assembly.

Following the passing of the Bill, the issues raised included the position and the application of syariah or Islamic law, especially Islamic criminal law, in our Malaysian legal philosophy and national legislation. Questions on the implementation of the law were also posed. This encapsulates questions in human recourse, physical infrastructure and facilities for the application, implementation and execution of the law.

Muslims believe that criminal law forms part and parcel of Islamic teaching, whereby adherence to Islamic law, including Islamic criminal law, is one of the distinguishing characteristics of the Muslim faith. Through the centuries Muslims have devoted much scholarly time and effort on its elaboration.

Until today, Islamic law has been a source of law in various countries, such as Saudi Arabia, Pakistan, Iran, Brunei, the United Arab Emirates and Qatar. Although various countries recognise Islamic law as their source of law, this does not mean that the practice of these countries should be the model in the application of the law in our country.

The application of Islamic law, including Islamic criminal law, shall be “customised” to the place and situation. This is compatible with the characteristic of Islamic law, which is universal, contemporary and realistic.

Islamic law undeniably has a place in our Malaysian legal system. The supreme law of the land acknowledges the position of Islamic law, although qualifying that its application is to Muslims only and on matters pertaining to the precepts of Islam. The interpretation to the word “precept” is wide enough to encapsulate all teachings of Islam. In other words, the Malaysian legal philosophy does not deny the position of Islamic law.

Islam, as a religion, is clearly entrenched in the Constitution as the religion of the country. Equally, from the sociological point of view, the religion is well recognised in the social life of Malaysians. Consequently, we may say that Islamic law has a certain position, and the religion has a role to play and has the right to be recognised in the Malaysian legal system.

Due to the fact that we have a written Constitution, we subscribe to the value of constitutional supremacy. The provisions of the Constitution create the national legal philosophy, recognising the Islamic legal system together with another system we call the civil legal system. The situation might differ if the Constitution did not recognise the religion of the country or if our society were a non-religious society.

The Constitution has then created a dual legal system. As a matter of respect to the Constitution as the supreme law, the dual legal system (that has been created by the Constitution) requires all Malaysians to respect the system. In respecting the dual system, it may be useful for all Malaysians to learn and understand the dual system simultaneously – in the spirit of togetherness.

Although Islamic law applies only to Muslims, it also requires understanding and respect of all Malaysians on the basis of moral responsibility, to respect the law as a constitutionally recognised law.

Respecting the dual system is a sign of respect for the supremacy of Constitution. When we talk about respecting the Constitution, all Malaysians are alike; everybody must respect the Constitution, with no exception.

For Muslims, Islamic law should be stu­died and understood holistically. The acknowledged Islamic law principles and the reality of the day must be fully appreciated.

Limited knowledge will cause confusion. The confusion may subsequently lead to misunderstandings which may implicate an ugly reputation of Islamic law and may breed defamation of the religion of Islam.

On the issue of implementation and execution of syariah-related laws, they have to be in conformity not only with Islamic law, but must be tailored to the nature and reality of the country’s legal and social situation.

They must be in accord with the current legal framework; otherwise Islamic law will be seen as trespassing or disrespecting the legal system. As a religion and also a legalistic way of life, the regular exercise of Islam must also be seen as orderly and respectful of the state system, particularly the Federal Constitution.

The division of powers between the federal and states must be respected, as the constitutional provisions on the subject are very clear and free from ambiguity in the interpretation.

In addition to the constitutional provisions as the basic legal framework, a related matter to be addressed in the enforcement of Islamic criminal law is the adjudication process. In all criminal matters, there is nothing more important than the mode of adjudication.

This is due to the fact that enforcement of criminal law is very close to human rights. Islam introduces a comprehensive concept of respect for human rights, as compared to other systems. Consequently, the enforcement of Islamic criminal law must portray the beauty of the concept. For instance, Islamic principles on presumption of innocence and standard of proof are far more stringent in cases punishable with severe punishment.

The standard of proof must reach the degree of “beyond any shadow of doubt” rather than “beyond any reasonable doubt” as applicable in the civil law system.

The enforcement of the law also requires reformation in the admi­nistration of Islamic institutions, especially the enforcement department and also the court. In the first instance, the enforcement department, and the judges’ reputation, must be well maintained.

The victory of law enforcement does not only depend on the substantive law; many other related matters, such as the personnel, from the investigating teams to the judges and the executors of the courts judgments. These personnel must all be well equipped in terms of their ability and credibility. Unavoidably, their reputation must also be improved.

Judicial officers and judges must be well equipped with knowledge of the current complexities. For judges, the most important aspect in their duty is judgment writing.

The most credible judges will be judged through their judgments and their written judgments. Therefore, a judge’s written judgment must be impressive in order for the beauty of substantive and procedural law be seen.

Prof Madya Dr Shamrahayu A. Aziz is Principal Fellow at Ikim’s Centre for the Study of Syariah, Law and Politics. The views expressed here are entirely the writer’s own. The STAR Home News Opinion IKIM Views 7 Aptil 2015

Hudud dan Keutuhan Persekutuan

MUKADIMAH: Banyak yang telah diperkatakan dan dibahaskan berhubung Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang membantah. Semua pihak mempunyai pandangan tersendiri. Bagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, isu pelaksanaan hudud perlu juga dilihat dari segi hubung kaitnya dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pertemuan dengan wartawan Utusan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurugambar, GHAZALI BASRI di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, beliau berpandangan, naluri politik ahli-ahli dan penyokong Pas di Kelantan merupakan antara faktor yang turut menyumbang kepada kesungguhan parti itu melaksanakan hudud.

Walau bagaimanapun, Abdul Rahim menyatakan bahawa 
beliau tidak berniat mempersoalkan hudud sebagai hukum Allah SWT. Beliau cuma membangkitkan persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran orang ramai sekiranya hudud yang diperjuangkan Pas itu menjadi kenyataan.

UTUSAN: Pandangan Tan Sri tentang isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

ABDUL RAHIM: Oleh sebab yang memfailkan rang undang-undang persendirian ber­kaitan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355) di Parlimen ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, semestinya perkara ini ada kaitan dengan kegiatan politik parti itu. Apatah lagi bila rang undang-undang persendirian ini menyusul selepas Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini.

Kita kena singkap sejarah politik orang Melayu Kelantan, khususnya penyokong-penyokong Pas di negeri itu. Saya nampak, dari awal lagi, menganggap kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO kurang keislamannya. Tidakkah selepas hanya dua negara kita merdeka, Kelantan telah jatuh ke tangan Pas melalui pilihan raya umum pertama pasca merdeka pada 1959?

Kelantan sebagai sebuah negeri gabungan persekutuan semacam memandang serong terhadap Kerajaan Persekutuan dalam soal keislaman ini. Kalau boleh saya buat perbandingan, jika Indonesia mempunyai Acheh dalam persoalan ini, maka Kelantan semacam Acheh bagi negara kita.

Saya tidak pula mahu berkata, tanggapan UMNO sebagai parti yang kurang memperjuangkan syiar Islam terbatas dalam kalangan ahli-ahli dan penyokong Pas di Kelantan sahaja. Pandangan itu wujud di negeri-negeri lain di mana sahaja ada pengaruh parti itu seperti di Terengganu dan Kedah, misalnya. Tetapi, sentimen itu tidak sedalam dan tidak meluas seperti di Kelantan.

Tetapi, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan orang Kelantan, beliau berasal dari Terengganu.

ABDUL RAHIM: Beliau orang nombor satu dalam parti, sudah tentu beliau nampak keazaman pemimpin-pemimpin Pas di Kelantan untuk melaksanakan hudud. Tetapi, bercakap tentang Abdul Hadi, saya tidak patut mengelak daripada membicarakan beliau tentang soal konsistensi.

Maksud saya, ketekalannya dari segi pegangan fahaman. Pada saya, ada dua amanat besar yang dibuat oleh Abdul Hadi sebagai pemimpin tertinggi Pas. Pertama, amanat yang diluahkannya pada 7 April 1981 di Kampung Banggol Peradong, Terengganu. Saya ada mendengar rakaman ucapan beliau menyampaikan amanat itu. Abdul Hadi mengungkapkan tiga ‘hukum’: pe­nentangan Pas terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana didakwa mengekalkan undang-undang kafir, peraturan-peraturan jahiliah dan perlembagaan penjajah (Perlembagaan Persekutuan).

Kemudian, beliau memberi hukum lagi: Perjuangan ucapan dan derma oleh ahli-ahli Pas adalah jihad. Diamanatkannya, kalau ahli-ahli Pas terkorban dalam gerakan menentang ‘puak-puak’ itu (maksud beliau tentulah musuh-musuh politik Pas), mereka dianggap mati syahid.

Hukum ketiga Abdul Hadi dalam amanat pada April 1981 itu ialah: “Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tetapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Bilakah timbul amanat Abdul Hadi yang kedua? Ia keluar hampir 22 tahun kemudian, dinamakan Amanat Perdana Pemangku Presiden yang diisytiharkan pada 18 Januari 2003. Apakah bezanya dengan amanat pada April 1981? Amanat pada 2003 bersifat dua lapis – lapis Persekutuan dan lapis negeri (seperti Kelantan). Bagi saya, ini semacam memberi gambaran pemikiran politik Abdul Hadi sudah terbalik. Ini semacam mahu menikam diri ahli-ahli Pas sendiri. Ini seperti mahu mengkafirkan penyokong atau ahli-ahli Pas. Perbuatan songsangkah ini?

Sangat jelas menurut amanat itu, kerjasama dalam kalangan parti pembangkang untuk menjatuhkan atau mengurangkan kekuatan parti lawan iaitu UMNO dan BN. Menurut Abdul Hadi, pengalaman kerjasama yang lalu – menerusi apa yang dinamakan barisan alternatif (1999). DAP terkandas dan puncanya ialah isu negara Islam dan pelaksanaan hudud dan syariah Islam. Jadi, kata Abdul Hadi “…Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Persekutuan…” Kata Abdul Hadi lagi, “…Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Persekutuan.”

Saya hendak bertanya kepada pembaca: tidakkah perbuatan Pas bersekongkol dengan parti bukan Islam iaitu DAP adalah perbuatan mengkafirkan ahli-ahli Pas seperti yang dihukumkannya pada 1981? Barang diingat, beliau masih belum menarik balik amanat itu – dan pada saya, tak mungkin beliau akan menariknya? Jadi, sudahlah ahli-ahli UMNO (yang berjumlah tiga juta lebih orang itu) telah menjadi kafir gara-gara hukum Abdul Hadi, jumlah ini ditokok pula dengan seluruh ahli Pas yang berjumlah satu juta lebih itu. Jadi, Abdul Hadi semacam telah mengkafirkan senang-senang empat atau lima juta orang Melayu di negara ini.

Dan lagi, dalam amanat perdana pada Januari 2003 itu, beliau juga memberi hukum boleh dipakai undang-undang dan Perlembagaan negara yang, menurut Amanat 1981 dihukumkannya sebagai penerusan amalan-amalan kafir.

Tidakkah Abdul Hadi sudah mengamalkan sikap ‘politik suku, agama suku’? Bagi saya, tepuk dada tanya selera wahai wakil rakyat apabila Parlimen bersidang membahaskan rang undang-undang persendirian yang diusulkan oleh Presiden Pas itu.

Bagaimana Tan Sri melihat kaitan rang undang-undang per­sendirian ini dengan undang-undang negara?

ABDUL RAHIM: Perlembagaan Persekutuan jelas menceritakan perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Pada hemat saya, pembahagian bidang kuasa yang sudah disepakati itu sewaktu Perlembagaan Persekutuan dirangka, semua isu yang timbul sudah diperhalusi dan difikirkan bersama semasak-masaknya oleh pakar-pakar dalam Suruhanjaya Reid iaitu Lord William Reid (England), Sir Ivor Jennings (England), Sir William McKell 
(Australia), B. Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan). Perkara-perkara itu juga dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu dan dibincangkan bersama wakil-wakil parti politik di Persekutuan Tanah Melayu.

Saya percaya apa yang disepakati itu sebahagiannya telah dilaksanakan oleh pentadbiran penjajah Inggeris dan diteruskan dengan beberapa pindaan. Semua perkara tersebut telah dibahaskan dan dinilai terlebih dahulu.

Perkara lain yang perlu dilihat ialah negara kita, sama ada sebelum atau selepas merdeka, tidak diasaskan kepada mana-mana ideologi. Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut negara kita ini sekular.

Jika kita lihat di negara-negara bekas Kesatuan Soviet seperti Uzbekistan, Tatarstan dan Azerbaijan, Perlembagaan negara-negara terbabit tidak mengguna pakai undang-undang syariah malah secara jelas menyatakan mereka adalah negara sekular. Amalan itu adalah berdasarkan kepada pengalaman negara-negara terbabit semasa masih bersama Kesatuan Soviet yang berpaksikan ideologi komunisme. Malah, Kesatuan Soviet dikenali dengan sentimen antiagama.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan Malaysia ialah negara sekular, Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan. Namun, mereka yang bersikap skeptikal melihat perkara itu sebagai satu sandiwara.

Bagi saya, ini bukan sandiwara sebab dalam undang-undang kita diwujudkan sistem mahkamah syariah tetapi tidak diwujudkan pelaksanaan hukuman seperti hudud ke­rana soal jenayah telah ditetapkan sebagai tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. Walaupun hudud tidak dilaksanakan, undang-undang syariah Islam tetap dikuatkuasakan.

Tindakan tetap diambil terhadap mana-mana orang Islam yang me­lakukan kesalahan seperti tidak berpuasa atau berkhalwat. Malah, Malaysia sering disebut sebagai negara Islam contoh di peringkat antarabangsa. Pemimpin negara Islam lain juga melihat Malaysia sebagai negara contoh dari segi penerapan nilai-nilai Islam dalam kehidupan rakyatnya berbanding dengan Turki, Mesir dan Indonesia.

Di samping itu, sejak merdeka, kerajaan membelanjakan jutaan ringgit bagi menegakkan ­syiar Islam di negara ini termasuk dari segi mengembangkan dakwah Islam, menubuhkan pusat-pusat kajian berorientasikan Islam dan memperkasakan mahkamah syariah agar setanding mahkamah sivil.

Ada kebimbangan yang wujud dalam kalangan orang bukan Islam tentang kemungkinan pelaksa­naan hudud diperluaskan di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pas selain Kelantan. Komen Tan Sri?

ABDUL RAHIM: Sebelum kerajaan Persekutuan melaksanakan hudud, pada pendapat saya, perlu melihat peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu. Yang saya maksudkan adalah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan semua rakyat di negara ini adalah sama rata di sisi undang-undang.

Dengan jelas, Perkara 8 menyebut semua orang mempunyai hak sama dan berhak mendapat perlindungan sama rata di bawah undang-undang. Negara ini mempunyai pelbagai latar belakang kaum dan agama. Sekiranya hudud dilaksanakan, tidak dapat tidak, akan timbul isu-isu sensitif yang menyentuh pegangan agama rakyat yang berlainan.

Saya mengambil contoh satu kes mencuri yang dilakukan oleh dua penjenayah yang berbeza agama. Seorang daripadanya beragama Islam manakala seorang lagi bukan Islam. Tertuduh yang beragama Islam akan didakwa di bawah undang-undang hudud.

Jika telah ditentukan hudud tidak dipakai untuk bukan Islam, sudah pasti rakannya yang bukan Islam itu akan dituduh di bawah undang-undang sivil iaitu Kanun Keseksaan. Kita tahu apa hukum­nya jika kes mencuri di bawah hudud dan di bawah Kanun Keseksaan. Orang Islam yang mencuri itu akan dipotong tangannya sedangkan rakannya mungkin hanya didenda atau dipenjara beberapa hari.

Apa kesannya di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan? Tidakkah ini menggambarkan dua rakyat Malaysia yang tidak tertakluk di bawah satu undang-undang yang sama mengenai jenayah mencuri. Ini adalah satu contoh yang kecil sahaja.

Kita boleh memberi banyak contoh lagi kes jenayah dalam negara kita seperti pemerkosaan atau bersekedudukan yang melibatkan orang Islam dan penganut agama lain. Sudah tentu timbul keadaan yang menyalahi semangat Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Apa ertinya isu ini bagi sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia? Bagi saya, konflik seperti ini hanya boleh menimbulkan ke­gelisahan dalam masyarakat.

Bagaimana pula pandangan Tan Sri tentang kesan pelaksanaan hudud terhadap suasana politik di seluruh negara?

ABDUL RAHIM: Memang saya bimbang di dalam suasana dunia sekarang ini yang menghadapi gelombang hak asasi manusia. Pemikiran berteraskan hak asasi manusia ini sebagai melebar dan mendalam sehingga berupaya menghakis segala perkara yang disepakati selama ini kerana mereka menganggap peraturan hidup sedia ada adalah melanggar hak asasi individu.

Kata mereka, dahulu lain sekarang lain. Sebagai contoh, baru-baru ini Scotland mengadakan pungutan suara tentang usaha memerdekakan negara itu daripada pemerintahan England. Perbahasan tentang isu berkenaan di Parlimen Scotland dan Parlimen British yang diadakan lama sebelum pungutan suara dijalankan begitu padat dan berat dengan isi-isi yang berteraskan hak asasi manusia. Perkembangan serupa boleh disaksikan di seluruh dunia di mana banyak negara menggunakan kaedah pungutan suara bagi mencapai keputusan tentang sesuatu isu.

Secara ikhlas, saya katakan bahawa jangan kita lupa bahawa butiran perbahasan yang dibentangkan semasa proses pungutan suara kemerdekaan Scotland dijalankan mungkin berlaku di negara kita kerana pihak-pihak yang berkenaan misalnya penduduk Sabah dan Sarawak, mereka mempersoalkan tentang perkara-perkara yang dijanjikan kepada mereka sebelum dua negeri itu menyertai Malaysia. Mereka tidak dijanjikan tentang pelaksanaan hudud. Isu ini membabitkan agama. Kita tidak seharusnya lupa bahawa majoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.

Memang, pemimpin-pemimpin Pas yang memperjuangkan hudud berjanji undang-undang Islam itu tidak akan dikuatkuasakan terhadap penganut agama lain di Sabah dan Sarawak.

Penduduk di dua negeri ber­kenaan turut mengalami gelombang hak asasi manusia. Bukan sahaja di bandar-bandar besar malah di kawasan pedalaman. Maklumat kini bergerak pantas dan dapat dibaca melalui telefon pintar. Malah, sewaktu rundingan sebelum penubuhan Malaysia, ada pemimpin Sabah dan Sarawak yang tidak mahu Islam diletakkan sebagai agama Persekutuan. Pada masa itu lagi mereka sudah bersikap sensitif tentang isu itu. Mereka bimbang dianaktirikan dari segi agama.

Saya bimbang bahawa hari demi hari perkara-perkara yang bergolak seperti ini akan menimbulkan ke­sangsian dalam kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak. Apabila situasi ini berlaku, akan timbul isu-isu menyentuh integriti, keselamatan dan keutuhan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan.

Kesimpulannya, Malaysia adalah sebuah negara yang telah memberi kita banyak nikmat dan serba mewah. Sistem yang sama boleh meneruskan kesinambungan ini jika dilakukan beberapa penambahbaikan. Janganlah kita terlepas pandang atau lalai tentang sensitiviti rakyat yang ‘brick by brick’ boleh membuatkan pihak tertentu mempersoalkan keutuhan integriti negara. - Abdul Rahim Noor Utusan Malaysia Rencana 6 April 2015

Keindahan pelaksanaan hudud sepanjang zaman

Di antara keunikan Islam ialah ia menawarkan cara hidup yang lengkap dalam kehidupan manusia, termasuklahberkaitan denganundang-undang jenayah. Sistem kepercayaan Islam menuntut penganutnya untuk mempercayai setiap yang terkandung di dalam alQuran dan hadis, termasuklah undang-undang jenayah, serta berusaha untuk melaksanakannya di dalam negara umat Islam. Ini dinyataka n dengan jelas secara konsensus oleh semua sarjana Muslimtanpa terkecuali (al-Zuhaili, Fiqh al-Islam wa Adillatuhu, 6/427).

Sejak Menteri Besar Kelantan, DatukAhmad Yakob membentangkan Pindaan Enakmen Jenayah SyariahII (1993) 2015 pada 18 Mac yang lalu, perbahasan mengenainya menjadi perbualan ramai pihak. Ramai yang menimbulkan kebimbangan sama ada dari sudut keabsahannya berbanding nas syarak, kemampuan pelaksanaan serta kesesuaian masa dan persekitaran.

Kebimbangan pelaksanaan

Antara kebimbangan yang dilontarkanialah kebarangkalian pelaksanaannya membawa kepada ketidakadilandi dalam sistem undang-undang, khasnya apabila membabitkanhukuman ke atas pesalah Muslim dan bukan Muslim. Di dalam membahaskan persoalan hukuman hudud ke atas bukan Muslim sebagai contohnya, Ibnu Qudamah di dalam kitab al-Mughniy (rujukan utama Mazhab Hanbali) menyatakan bahawa pendakwaan membabitkan Muslim dengan 'non-Muslim dhimmiy', perlu dijalankan mengikut undang-undang Islam. Akan tetapi sekiranya membabitkan perbicaraan sesama bukan Muslim, maka mereka perlu diberikan pilihan untuk diadili menurut cara mereka sendiri.

Ini berasaskan kepada firman Allah bermaksud, 'kalau mereka (bukan Muslim) datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka' (al-Quran, 5:42). Sarjana Muslim juga bersepakat menyatakan bahawa undang-undang hudud hanya dilaksana kepada kelompok manusia yang bersifat mukallaf sahaja. Menurut Abu Hanifah, undang-undang hudud hanya dilaksana kepada bukan Muslim berstatus 'dhimmiy' (definisi tradisional: bukan muslim yang menjadi warga kepada negara Islam), dan tidak kepada bukan Muslim berstatus al-musta'min (definisi tradisional: bukan Muslim yang hanya memasuki negara Islam secara sah seperti dengan visa dan kebenaran pemerintah, lalu diberikan hak dan perlindungan oleh pemimpin Islam). Pengecualian diberikan kepadajenayah qazaf (menuduh seseorang berzina tanpa keterangan saksi), maka ianya dilaksanakan ke atas bukan Muslim al-Musta'min, dan pendapat ini disepakati oleh semua mazhab utama. Jenayah minum arak juga hanya dilaksanakan kepada Muslim sahaja.

Mazhab Maliki pula berpandangan yang bukan Muslim perlu dijatuhkan hukuman hudud apabila membabitkan jenayah qazaf, mencuri dan membunuh (qisas). Jenayah zina pula dijatuhkan hukuman selain hudud (seperti takzir) bagi tujuan mendidik, kecuali membabitkan kes merogol wanita Muslim.

Tiada hukuman hudud dikenakanbagi peminum arak. Mazhab Shafie menyatakan hukuman hudud dikenakan ke atas bukan Muslim bagi jenayah zina, qazaf dan mencuri, tetapi tidak dikenakan ke atas peminum arak. Sementara bagi bukan Muslim berstatus al-musta'min, mereka dikecualikan daripada hukuman jenayah zina.

Mazhab Hanbali pula menyatakan hukuman ke atas penjenayah bukan Muslim perlu diadili berdasarkan kepada agama dan kepercayaan penjenayah berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya agama seseorang penjenayah tidak melarang zina, maka tidak dijatuhkan hukuman hudud zina ke atasnya. Sebaliknya, sekiranya agama penjenayah melarang zina, maka hukuman hudud zina perlu dikenakan ke atasnya. Ini berdasarkan kepada hadis Ibnu Umar yang bermaksud, 'Sesungguhnya Nabi Muhammad menjatuhkan hukuman hudud ke atas dua orang Yahudi yang berzina' (agama Yahudi melarang zina, lalu dikenakan hukuman hudud zina).

Sekiranya dilihat dari aspek ini saja, terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai oleh sarjana. Antaranya, ialah kebanyakan pengamalan undang-undang Islam, meliputi hudud, qisas dan takzir dilaksanakan secara total atau separa total, sejak daripada zaman Nabi Muhammad, tetapi terhenti dengan berakhirnya Khilafah Othmaniyah. Bahkan ketika zaman Sultan Sulaiman al-Qanuni, baginda melihat keperluan untuk mewujudkan beberapa enakmen jenayah khas untuk rakyat bukan Muslim di bawah Kerajaan Uthmaniyah. Masyarakat bukan Muslim termasuk di Barat mengiktiraf peranan baginda sehingga digelar The Magnificent dalam literasi sarjana Barat kerana sumbangan pembangunan teks undang-undang moden yang harmoni tanpa berkompromi dengan syarak dan sentimen warga bukan Muslim.

Pelaksanaan bersifat setempat

Selepas jatuhnya Kerajaan Uthmaniyah, perkembangan pelaksanaan undang-undang syariah tidak berlaku dalam kerangka perkembangan negara moden, melainkan pelaksanaan yang bersifat setempat di beberapa daerah dan negara, yang kebetulan majoriti signifikan adalah Muslim. Justeru, perkembangan terencat itu menyebabkan tiadanya eksperimen menyeluruh, membabitkan negara multiras moden. Cabaran lain ialah memahami semua jargon dalam teks fiqh klasik, dalam konteks moden. Sebagai contoh, pengkategorian bukan Muslim antara 'dhimmiy', 'musta'min', 'mu'ahid' dan 'harbi'. Tinjauan semula terhadap kategori ini perlu diperjelaskan supaya pelaksanaan undang-undang syariah dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Sarjana moden seperti al-Zuhaili (Fiqh al-Islam wa Adillatuhu, 6/432) dengan jelas menyatakan bahawa persoalan pelaksanaan undang-undang jenayah Islam pada zaman moden adalah satu cabaran yang agak besar, kerana membabitkan proses 'taqnin', atau menulis teks undang-undang yang disebut dengan laras bahasa tradisional di dalam al-Quran dan hadis ke dalam bahasa perundangan moden. Justeru, beliau cenderung menyatakan tiada negara moden yang menjadi contoh terbaik dan kayu aras ke atas pelaksanaan undang-undang tersebut, kerana ianya bersifat lokal. Kaedah pelaksanaannya banyak bergantung

kepada faktor demografi negara berkenaan, seperti latar belakang ekonomi, campur tangan kuasa asing, kekuatan politik pemimpin tempatan melaksanakan Islam, pengaruh bukan Muslim dan seumpamanya. Tuntas, realiti setiap negara Islam pada zaman sekarang adalah berbeza.

Tuntas, ada banyak perdebatan mengenai pelaksanaan undang-undang syariah di negara moden. Kebanyakannya bersifat akademik, justeru perlu dibuka ruang seluasluasnya untuk perdebatan secara terbuka dalam kalangan sarjana, ahli politik, pihak berkuasa dan mahkamah. Cuma pastinya, sikap Muslim yang sebenar ialah mereka perlu wajib percaya akan keperluan dan keindahan pelaksanaan undang-undang syariah tersebut di negara masing-masing, serta mengelak diri daripada memberikan kritikan yang bersifat menghina undang-undang langitini. Selain itu, pemikiran simplistik juga perlu dielakkan ketika bersemangat melaksanakan undang-undang ini, sebaliknya perlu bersifat analitikal supaya pelaksanaannya tidak semata-mata berlandaskan tekstual, tanpa mengabaikan konstektual semasa. Ahmad Irfan Ikmal Hisham Berita Harian Kolumnis 4 April 2015

GST dari sudut pandangan Islam

Ada pihak yang menganggap Islam hanya terbatas kepada ibadat khusus yang memfokuskan kepada urusan akhirat dengan mengabaikan urusan kehidupan dunia. Mereka beranggapan soal ekonomi hanya terbatas kepada zakat, wakaf dan sedekah.

Sebenarnya Islam adalah sistem kehidupan lengkap dan sempurna. Islam mengajak kepada keadilan sosial. Islam mempunyai kombinasi padu antara kesyumulan dan kebenaran. Ia menerima perubahan bagi menjamin kesinambungan hidup manusia di dunia ini.

Keunikan ini bertujuan memperoleh kebahagiaan sejati dalam kehidupan dunia dan akhirat. Keadilan sosial dalam Islam adalah bahagian yang terdapat dalam sistem hidup syumul.

Ia merangkumi alam sejagat, kehidupan dan manusia. Justeru, Islam adalah agama yang membawa perubahan secara berterusan dalam masyarakat supaya manusia mendapat kebahagiaan lengkap dan sempurna.


Pegawai penguat kuasa pantau pelaksanaan GST di beberapa premis perniagaan elak berlaku penyelewengan. - Gambar hiasan

Islam menjelaskan apa juga yang ada di bumi dan di langit serta alam ini adalah milik mutlak Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Imran: 189).

Sebarang bentuk urusan kewangan termasuklah percukaian hendaklah berasaskan kehendak pemilik mutlak harta, iaitu Allah SWT.

Setiap anggota masyarakat perlu mendapat keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, peluang mendapat pelajaran dan pekerjaan.

Keadilan sosial bukan bererti membasmi kemiskinan supaya ia tidak wujud lagi dalam masyarakat kerana ini bercanggah dengan sunah alam kerana kemiskinan dan kekayaan adalah dua hakikat yang wujud di dunia ini.

Golongan kaya dan miskin mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Golongan kaya bebas berusaha mengumpul harta sebanyak mungkin dengan cara sewajarnya, tetapi hak golongan miskin dalam harta itu tidak boleh dilupakan. Golongan miskin pula tidak boleh mencuri sesuka hati, sebaliknya haknya akan diberi melalui pengagihan zakat dan sedekah.

Di sinilah golongan kaya membantu golongan miskin, golongan miskin pula berterima kasih kepada golongan kaya dan tidak melakukan huru-hara dalam masyarakat. Suasana harmoni dan perhubungan yang baik dapat diwujudkan dalam masyarakat. Ini membuktikan dalam keghairahan mengejar kemajuan ekonomi dan fizikal, Islam tetap mengutamakan pelaksanaan keadilan sosial dalam masyarakat.

Hari ini rata-rata masyarakat bercakap mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula semalam. GST adalah penambaikan sistem cukai kerajaan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mana rakyat hanya perlu membayar sebanyak 6 peratus untuk GST berbanding 16 peratus sebelum ini untuk SST.

Harus kutip cukai

Ada kalangan ulama berpandangan, kerajaan harus dan dibolehkan mengutip cukai daripada rakyat jika ada keperluan mendesak. Maka kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah 'syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka'.

Ia adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah berbeza antara sesebuah negara dengan negara lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman lain. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan syarak adalah diharamkan.

Justeru, jika sesebuah kerajaan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia dibenarkan berdasarkan pendapat ulama, iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun dan ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni yang membenarkan kerajaan mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Ke-106 yang bersidang pada 21-22 Oktober 2014 bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau ulul amri mengutip cukai seperti GST selagi terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat.

Berdasarkan dapatan yang dikemukakan, apabila kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, sememangnya akan timbul kemudharatan khusus, iaitu harta yang dimiliki rakyat berkurangan.

Namun, jika cukai tidak dikutip banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Perkara ini berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah 'ditanggung kemudharatan khusus untuk mengelakkan berlaku kemudharatan umum.'

Justeru, kerajaan dibenarkan mengutip cukai untuk memenuhi maslahah umum. Bagaimanapun pelaksanaan berkenaan perlu menepati syarak berpandukan parameter berikut iaitu:

l kerajaan komited melaksanakan syariat Islam

l kerajaan memerlukan sumber kewangan

l cukai yang dikutip hanya untuk memenuhi maslahah dharuriyyat dan hajiyat

l bebanan cukai dikutip secara adil.

l cukai dibelanja untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat

l agihan cukai bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan setempat

Kerajaan tetap menyediakan mekanisme mengawal pelaksanaan GST dan pemantauan untuk memastikan peniaga mengikut peraturan yang ditetapkan.

Peniaga yang cuba menyelewengkan GST, akan berhadapan tindakan undang-undang mengikut Akta Kawalan dan Antipencatutan 2010.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seterusnya menegaskan: GST boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur kesihatan, pendidikan dan kemudahan awam bagi meningkatkan taraf hidup serta menjamin kesejahteraan rakyat.

Ia juga adalah kaedah lebih baik dan cekap dalam memberi dana kepada hasil cukai negara yang akan disalurkan kepada projek pembangunan negara.

Bawa kestabilan fiskal

Sebahagian ahli ekonomi merumuskan GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan membawa keutuhan kepada pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri daripada membayar cukai.

Inilah faktor penting yang dianjurkan Islam bagi mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat dan saling bekerjasama (ta'awun) antara anggota masyarakat bersama membangunkan negara. Masyarakat didirikan atas dasar berkenaan seperti firman Allah SWT mafhumnya:

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan." (Surah al-Maidah, ayat 2).

Ringkasnya Islam tidak menghalang umatnya mengejar pembangunan yang semestinya dicapai, diurus, ditadbir dan dimanfaatkan berlandaskan batas hukum yang dibenarkan.

Firman-Nya yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa padahal kamu mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 188).

Ini bertepatan dengan jaminan Perdana Menteri walaupun pelaksanaan GST menerima pelbagai kritikan, kerajaan sentiasa komited memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat.

Objektif utama pelaksanaannya ialah untuk mengukuhkan punca kewangan negara dan akhirnya memastikan pembangunan yang lebih efektif untuk kemajuan negara dan kebaikan rakyat.

Pembangkang menakutkan bukan Islam

Sejak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu, hudud menjadi bahan perbahasan dan bualan hingga ada yang mendakwa tidak relevan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun perundangan Kanun Jenayah Syariah atau hudud ini hanya meliputi orang Islam, warga bukan Islam dikatakan terus bimbang.

Dalam konteks sistem dan badan kehakiman, Perlembagaan Persekutuan mengakui kewujudan dan amalan dua sistem perundangan iaitu undang-undang sivil di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan undang-undang syariah di bawah kerajaan negeri. Perkara 73 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang bagi keseluruhan Persekutuan dan Badan Perundangan Negeri untuk keseluruhan negeri masing-masing. Perkara 74 (1) memberi kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang terhadap perkara yang disenaraikan dalam Senarai I, Jadual Sembilan dan Perkara 74 (2) pula memberi kuasa kepada Dewan Undang-Undang Negeri (DUN) membuat undang-undang terhadap perkara yang disenaraikan dalam Senarai II, Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan. Jenayah sivil digolongkan dalam Senarai I dan hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang Islam (undang-undang Islam) pula digolongkan dalam senarai II - Senarai Negeri. Pada masa sama, Jadual Sembilan, Senarai II, Para (1) dengan jelas memberi kuasa kepada kerajaan negeri menubuh mahkamah syariah bagi mengurus hukuman mengenai kesalahan orang Islam terhadap perintah agama.

Bidang kuasa Persekutuan, negeri

Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74, Jadual Sembilan dengan jelas memasukkan perkara dan jenis kesalahan dalam dua senarai mengikut bidang kuasa Pusat dan negeri. Perkara dan jenis jenayah dalam Senarai 1 adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Senarai II bagi kerajaan negeri. Jenayah sivil dimasukkan dalam Senarai 1 dan Perundangan Islam masuk dalam Senarai II atau Senarai Negeri.

Jenayah sivil ditadbir Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan di bawah pentadbiran Pusat. Perundangan Islam atau syarak pula ditadbir oleh Mahkamah Syariah Rendah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan pelaksanaan perundangan Islam, kerajaan meluluskan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Akta 355, membolehkan Mahkamah Syariah ditubuhkan dengan sempurna di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang Islam dan mana-mana perkara dalam Jadual Kesembilan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah syariah tidak berkuasa menghukum kesalahan yang boleh dihukum penjara lebih tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan lebih enam kali. Perkara 121(1A), Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menggariskan mahkamah sivil tidak ada kuasa terhadap perkara yang disenaraikan dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah yang umumnya dikenali sebagai hukum hudud, qisas dan takzir agar undang-undang Islam dapat dilaksanakan di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada tahun 2003. Namun, Enakmen Kanun Jenayah Syariah pada tahun 1993 tertangguh pelaksanaannya sejak tahun 1993 kerana pelbagai kekangan dari segi penyediaan perundangan.

Apabila pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan di DUN Kelantan pada 19 Mac lalu, 31 ahli PAS dan 12 wakil rakyat Barisan Nasional menyokong. Enakmen itu dilaporkan menyedia struktur pengurusan mahkamah syariah di Kelantan dan menyediakan peruntukan pelbagai kesalahan terutama tujuh salah laku seperti sariqah (mencuri), hirabah (rompakan bersenjata), zina (persetubuhan di luar perkahwinan), liwat, qazaf (tuduhan palsu mengenai kemuliaan seseorang), syurb (meminum arak) dan irtiddah (murtad).

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dilaporkan terkandung syarat di mana masyarakat bukan Islam diberi pilihan untuk memilih perundangan mengikut pilihan, iaitu sama ada mereka memilih untuk dibicara dan dihukum di mahkamah sivil atau syariah (hudud). Tetapi, syarat itu dipinda dalam Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang dilulus pada 19 Mac lalu agar warga bukan Islam tidak termasuk dalam pelaksanaan perundangan Islam atau hudud di Kelantan. Dengan itu jelas segala kesalahan dan hukuman dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Pindaan 2015) adalah ditujukan kepada orang Islam sahaja.

Warga bukan Islam harus sedar kelulusan Pindaan Enakmen Syariah II tahun 1993 bukan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti didakwa kerana ia membenarkan kewujudan dan pengamalan perundangan sivil dan syariah. Dakwaan kelulusan enakmen berkenaan bertentangan Perlembagaan Persekutuan bermotif politik dan cubaan mengelirukan bukan Islam. M Periasamy Berita Harian Kolumnis 2 April 2015

Kenapa takut hukum ALLAH?

AKHIRNYA rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tidak sahaja Adun Pas, YB-YB Umno juga menyokong.
Ini merupakan kali kedua rang undangundang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan takzir dibentang dalam Dun Kelantan selepas kali pertama diluluskan pada 25 November 1993.
Sejak hari pertama dibentangkan semua berjalan lancar dengan wakil dari Pas dan Umno memberi hujah-hujah munasabah untuk menyokong undang-undang berlandaskan al-Quran ini.
Hukum Hudud Di Katakan Menakutkan Itu Sebenarnya
Penuh Kasih Sayang,Pendidikan,Kebaikan Bagi Masyarakat Umum Dan Juga Pesalah.
Seperti yang ditegaskan oleh Adun Umno Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad, beliau menyokong dan akan membantu dalam memastikan pelaksanaan hukum ALLAH.
Kata beliau: “Saya sokong hudud ini kerana ALLAH. Umno sokong juga kerana ALLAH, bukan kerana politik, apa juga cabaran kita akan hadapi kerana ALLAH.”
Sebenarnya sejak dulu semuanya sudah jelas dan tidak ada apa hendak dipertikaikan lagi. Tolak politik dan lain-lain sentimen, setiap umat Islam wajib menegakkan hukum ALLAH.
*MEMANG ada tentangan daripada sesetengah pihak mengenai hukum hudud yang diluluskan oleh Dun Kelantan.
Beberapa NGO dan parti bukan Islam, termasuk MCA yang menjadi sekutu BN pun menentang.
Seperti yang telah dijelaskan dalam pembentangan tidak ada apa yang harus dibimbangkan oleh mana-mana pihak sebab peruntukan dalam undang-undang ini hanya untuk orang Islam dan tidak akan dikuatkuasakan ke atas saudara-saudara kita yang bukan Islam.
Orang bukan Islam tidak betul-betul memahami hukum al-Quran, jadi mereka tidak perlu campur dalam urusan dan peraturan Islam. Mereka tidak mengetahui hudud, jadi apa perlunya menentang hudud.
Sejak beribu-ribu tahun dulu telah dibuktikan hukum Islam tidak menyusahkan orang bukan Islam.
DAP yang merupakan sekutu utama dalam PR pun terang-terang sejak awal menentang apa yang hendak diluluskan di Dun Kelantan. Amaran demi amaran telah diberi kepada Pas supaya tidak meneruskan pembentangan penting itu.
Malah, kalau mengikut kenyataan beberapa pemimpin utama DAP, mereka macam bersedia untuk tidak lagi bersama Pas. Pas perlu terus bertegas dalam menegakkan hudud, walaupun itu bererti tidak lagi bersama DAP. Parti Islam itu boleh berdiri sendiri, insya-Allah.
*KATA Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof kes perceraian di Terengganu berada pada tahap membimbangkan.
Beliau memberi perangkaan: Sepanjang 2014, sebanyak 11,415 perkahwinan direkodkan, manakala kes penceraian 2,455, di mana 125 daripadanya bercerai selepas setahun berkahwin, dan 838 kes melibatkan perkahwinan melebihi lima tahun.’
Sebab itu kerajaan negeri memperkenalkan program ‘Resepsi Walimah Perdana 1’ yang antaranya bagi merai
pasangan pengantin yang berkahwin tahun lalu dan hubungan mereka masih kekal sehingga ke hari ini.
Program berkenaan akan memberi bimbing untuk suami isteri seawal enam bulan usia perkahwinan bagi melayari alam rumah tangga bersama di dunia dan akhirat.
Mereka yang mengikuti program ini juga akan diberi RM200. Timbul pertanyaan: apakah kursus praperkahwinan tidak memberi kefahaman rumah tangga sehingga kerajaan perlu mengadakan lagi kursus @ program khas setelah pasangan berkahwin?
Memang niat mengadakan program lepas kahwin ini baik. Tetapi pada hemat saya adalah lebih baik sekiranya kandungan kursus sebelum kahwin itu dikemaskan dan dilengkapkan, supaya kita tidak menghabiskan duit untuk membimbing semula pasangan yang sudah kahwin.
*AKHIR kalam, masih mengenai perkahwinan, tetapi ada kaitan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Walaupun kerajaan telah menjelaskan banyak yang akan dikecualikan dari cukai ini, tidak pula disebut tentang mas kahwin.
Maka ada kebimbangan dalam kalangan yang akan berkahwin bayaran kahwin pun akan dikenakan GST. Tetapi ada penjelasan
dari Selangor. Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat Jabatan Agama Islam Selangor, Nurhamizah Othman berkata, harga Mas Kahwin kekal sepertimana yang termaktub dalam Undang-undang keluarga Islam di bawah kuasa Sultan.
“Di Selangor kita sudah putuskan pada 12 Mei 2009, iaitu sebanyak RM300 kadar mas kahwin bagi anak dara dan janda tanpa had maksimum. Ia kekal, GST tidak dikenakan,” katanya.

Hudud: Tak Perlu Perkenan Bukan Islam

Seperti dijangka kelulusan sebulat suara Rang Undang-undang (RUU) Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Khamis lalu termasuk 12 wakil rakyat BN terus mengundang pelbagai reaksi.

Parti-parti bukan Islam khususnya DAP, Gerakan dan MCA dilihat antara yang paling lantang menzahirkan tentangan terhadap hudud. Manakala PKR semacam berada di persimpangan apabila kelihatan serba salah antara komitmen terhadap agama dengan pertimbangan politik pakatan pembangkang yang tampak makin goyah.

Hudud dari segi bahasa bermaksud cegah, iaitu mencegah manusia daripada melakukan kesalahan yang membawa kepada hukuman itu.


Hudud (Bahasa Arab: حدود Ḥudūd; tunggal: hadd, حد, bererti harfiah "had" atau "batasan") merupakan konsep Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis yang menakrifkan "jenayah terhadap Allah".[1][2] Antaranya adalah jenayah zina, mukah, kehomoseksualan, qazaf (menuduh orang atas persetubuhan haram tetapi gagal menyampaikan empat saksi Muslim),[3][4] murtad, pengambilan khamar (minuman keras), bughat (penderhakaan), penyamunan dan pencurian.

Kadangkala terfikir juga, apa sebenarnya punca penolakan dan tentangan mereka khususnya dalam kalangan bukan beragama Islam terhadap RUU ini. Bukankah sudah jelas bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada umat Islam?

Sejak bila pula umat Islam di negara ini seolah-olah perlu menyembah dan meminta perkenan orang bukan Islam apabila hendak melaksanakan ibadah atau sesuatu yang menjadi tuntutan agama mereka?

Atau apakah wujud kecenderungan dalam kalangan penentang hudud ini untuk melakukan jenayah sehinggakan begitu fobia terhadap hudud?

Perlu difahami bahawa RUU Kanun Jenayah Syariah yang telah dibentangkan di DUN Kelantan bukan hanya melibatkan hukuman hudud tetapi juga hukuman takzir dan qisas.

Dengan kata lain hudud hanyalah sebahagian daripada kandungan RUU tersebut iaitu melibatkan kesalahan jenayah seperti zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, merompak dan murtad. Justeru menjenamakan RUU tersebut dengan undang-undang hudud adalah tidak tepat bahkan boleh mengelirukan.

Walau apa pun pendirian parti, sebagai orang Islam kita wajib beriktikad dari segi akidah bahawa hukum hudud, qisas dan takzir merupakan hukum-hukum Allah yang disyariatkan. Namun ini tidak bererti RUU Jenayah Syariah ini maksum atau tiada kesilapan sehingga tidak boleh langsung dikritik terutamanya dalam aspek pelaksanaannya.

Malah semenjak pertama kali dibentang dan diluluskan pada tahun 1993, banyak sekali kelemahan RUU hudud tersebut yang dikritik oleh para cendekiawan, ulama termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Walau bagaimanapun, kritikan yang dilontarkan tidaklah bermakna mereka itu menolak hukum hudud sebagai hukum Allah. Ini kerana terlalu banyak kelemahan dalam RUU hudud 1993 yang jika dilaksanakan tentu sekali akan menyerlahkan ketidakadilan dan merosakkan imej Islam.

Sedangkan hukum hudud jika difahami falsafah dan matlamatnya tidaklah bertujuan untuk menghukum semata-mata. Ia merupakan satu bentuk undang-undang pencegahan hingga mencetuskan kegerunan dalam diri setiap penjenayah yang ingin melakukan kesalahan-kesalahan khusus yang terkandung dalam hudud. Malah jika diperhalusi dan dihayati, hampir mustahil untuk seseorang dihukum hudud lantaran prosedur dan kaedah penjatuhan hukum yang teramat ketat, sebagai contoh, jenayah zina.

Sebab itulah terlalu banyak kelemahan yang dibangkitkan terhadap RUU Kanun Jenayah Syariah 1993 hingga mengundang pelbagai fitnah dan persepsi hingga mencalarkan imej hudud yang sebenarnya hukuman yang indah lagi adil.

Mujurlah akhirnya kerajaan Pas akur jua dengan kelemahan ini hingga melakukan banyak pindaan dan penambahbaikan terhadap RUU sebagaimana yang dibentangkan Rabu lalu.

Tergesa-gesa

Cuma beberapa persoalan terus bermain dalam pemikiran penulis. Mengapakah kerajaan Pas Kelantan tampak begitu tergesa-gesa untuk membentangkan RUU Hudud dalam sidang dewan pada kali ini.

Kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah melangkaui keputusan Jawatankuasa Teknikal Persekutuan mengenai Hudud yang ditubuhkan secara bersama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menilai pendekatan terbaik untuk melaksanakan hudud.

Penulis difahamkan Jawatankuasa Teknikal Persekutuan yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Syarie Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali telah mengesyorkan road map yang dipersetujui bersama untuk menumpukan terlebih dahulu pelaksanaan undang-undang jenayah yang terletak di bawah kuasa negeri melibatkan empat jenis hukuman iaitu zina, qazaf, minum arak dan murtad.

Cadangan Jawatankuasa Teknikal Persekutuan juga bersandarkan realiti struktur perundangan negara yang belum memungkinkan untuk hudud dilaksanakan secara keseluruhannya.

Di samping itu juga secara tertibnya penulis pasti kerajaan Pas amat arif bahawa lebih molek jika dibawa ke Parlimen terlebih dahulu untuk dipinda beberapa perkara termasuk Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 dan Perkara 76A yang memperuntukkan kuasa Parlimen bagi memperluas kuasa perundangan agama di negeri.

Kuasa perundangan negeri khususnya kuasa Mahkamah Syariah ketika ini hanya terhad kepada hukuman jenayah syariah seperti zina, qazaf, minum arak dan murtad yang tidak boleh melebihi denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman tersebut.

Justeru jika hudud ingin dilaksanakan secara sempurna sudah tentulah pindaan perlu dibuat bagi meluaskan kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman kepada satu tahap yang ditetapkan oleh syarak seperti 80 atau 100 kali sebatan.

Begitu juga lebih manis dan tertib jika dibawa terlebih dahulu kepada Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa penuh dalam hal ehwal agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun setelah diluluskan di DUN Kelantan, apa yang lebih mustahak kini adalah untuk memastikan pelaksanaan hudud dilaksanakan dengan penuh bijaksana dan melalui proses secara berperingkat dan bertahap agar tidak timbul fitnah dan salah sangka.

Ini termasuklah mengambil kira pelbagai kekangan yang ada dalam kerangka perundangan negara dan memfokuskan apa yang lebih praktikal untuk dilaksanakan terlebih dahulu.

Selain itu perincian tentang hudud juga menuntut ijtihad-ijtihad baru yang mengambil kira aspek perubahan tempat dan zaman. Semua ini penting bagi memastikan pelaksanaan hudud jangan sampai mencetuskan fitnah terhadap Islam dan umatnya. Sebagai contoh hukuman rejam sampai mati dan potong tangan yang selama ini dihodohkan pelaksanaannya hingga menjadi fitnah kepada Islam mungkin lebih baik untuk ditangguhkan.

Sebab itulah banyak lagi usaha pendidikan yang perlu digemblengkan bagi memperbaiki imej hudud yang dicemari dek sentimen dan bukannya berteraskan ilmu. Mudah-mudahan hudud tidak lagi menjadi bahan komoditi politik yang berterusan diperdagangkan bagi membangkitkan sentimen dan meraih sokongan.

Panjang lagi cerita hudud...

MUKADIMAH Sejak Rabu lalu, ramai yang memperkatakan tentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selepas pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di diluluskan.

Pelbagai pandangan sama ada positif dan negatif dilemparkan terhadap undang-undang Islam itu. Ada yang berpandangan ini hanya strategi politik Pas untuk menarik sokongan pengundi Islam selepas enakmen tersebut tertangguh sejak 22 tahun lalu.

Namun kali ini, pelaksanaan hukum hudud dilihat semakin hampir apabila Kerajaan Pusat turut memberikan laluan dengan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat yang melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pakar-pakar perundangan.

Pada masa yang sama, masih wujud  kekeliruan tentang pelaksanaan kanun itu, malah ada yang beranggapan undang-undang tersebut akan terus dilaksanakan sedangkan masih ada  beberapa peringkat lagi yang harus ditempuh sebelum direalisasikan untuk umat Islam di negeri Serambi Mekah ini.

Paling penting kanun tersebut telah menyatukan ahli politik Islam negeri biarpun berbeza ideologi politik apabila kesemua 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan termasuk 12 dari Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong enakmen tersebut.

Justeru, wartawan Mingguan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan MOHD. HAFIZ ABDUL MUTALIB bersama jurugambar, WAHIDIN SALIM menemu bual salah seorang individu bertanggungjawab menggubal draf enakmen tersebut, NIK BAHRUM NIK ABDULLAH yang juga seorang peguam.



Nik Baharum ialah Ahli Jawatankuasa Sekretariat Hudud Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat.

Nik Baharum ialah Ahli Jawatankuasa Sekretariat Hudud Negeri Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat.

Beliau mengulas tentang pelaksanaan hukum tersebut dan prosesnya, serta turut menegur bukan Islam supaya tidak takut kerana undang-undang ini hanya melibatkan orang Islam di Kelantan.

MINGGUAN MALAYSIA: Adakah undang-undang ini sudah boleh dilaksanakan atau perlu dibentangkan di Parlimen untuk mendapat peruntukan khas untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan?

Nik Bahrum: Kanun ini baru diluluskan. Sebelum dilaksanakan dan sebelum boleh dipanggil undang-undang, yang pertama perlu mendapatkan perkenan Sultan Kelantan, baru diwartakankan. Satu perkara yang perlu difahami untuk kanun jenayah syariah ada memperuntukkan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan dalam kanun. Katakanlah ada satu undang-undang - minum arak dihukum 40 sebatan dan zina 100 sebatan. Sedangkan misalnya undang-undang yang ada hanya membenarkan hukum sebat sehingga 50 sebatan.

Ini bermakna apa yang boleh kita laksanakan hanya untuk kesalahan minum arak sahaja, yang zina tidak boleh lagi. Betul ada hukuman bunuh, sebat dan salib di dalam Kanun Jenayah Syariah (KJS) tetapi kita tidak akan laksanakan terus. Kita akan laksanakan berdasarkan undang-undang Malaysia. Maknanya kita tidak boleh laksanakannya lagi sehingga Akta 355 dipinda dan diperluas bidang kuasanya.

Saya boleh kata macam ini, panjang lagi ceritanya, cuma bekasnya sudah ada untuk kita mulakan kerja. Kita tengok Brunei, dia masih berjalan, tidak kata hari ini lulus, esok terus kerat tangan. Banyak lagi proses untuk laksanakannya, cuma saya boleh kata kita selesai gear satu dan akan masuk gear dua, yang penting bekas sudah ada dan kita mahu penuhkan bekas tersebut.

Akta 355 yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak lebih enam rotan memang kena pinda. Siapa yang hendak bawa ke Parlimen? Kita tidak kisah sama ada Kerajaan Pusat yang sepatutnya menjadi "tauke" dalam perkara ini atau mana-mana pihak termasuk Kerajaan Pas Kelantan. Bila sudah lulus Akta 355, kita boleh laksanakan empat daripada enam hukum dulu, lepas itu kita tunggu lagi dua yang melibatkan hukum bunuh. Sehingga sekarang tidak ada satu pun yang diluluskan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 boleh dilaksanakan sehingga Akta 355 dipinda.

Perkara 76A(1) dalam Perlembagaan ialah perluasan kuasa Parlimen memperluaskan kuasa-kuasa perundangan bagi negeri-negeri. Ini bukan untuk ubah Perlembagaan, tapi hanya minta kebenaran melalui satu akta khusus untuk negeri itu. Sebagai contoh undang-undangnya berbunyi lebih kurang macam ini "dengan ini Parlimen membenarkan DUN Kelantan membuat satu undang-undang berkait dengan...".

Bila lulus, kita bawa balik ke DUN, kita dapat lesen untuk buat undang-undang. Untuk itu kita tidak memerlukan pindaan Perlembagaan yang memerlukan majoriti dua per tiga di Parlimen, cukup dengan majoriti mudah 112 ahli Parlimen menyokong rang undang-undang persendirian yang dibawa ini. Saya yakin kita mendapat sokongan tersebut berdasarkan jumlah Ahli Parlimen Islam dalam Parlimen sekarang.

Selepas pindaan Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015, rakyat memikirkan bagaimana kaedah pelaksanaan dan prasarana untuk melakukan hukuman kerana tidak ada satu pun penjelasan atau tanda-tanda yang menunjukkan kerajaan negeri bersedia?

Nik Bahrum: Untuk pengetahuan, Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat negeri dan Pusat telah menyiapkan empat kaedah pelaksanaan hukuman. Semua jenis dan bentuk hukuman dalam enakmen ini telah siap. Kaedah-kaedah pelaksanaan ada hukuman sebat. Bagaimana hendak melaksanakan hukuman potong tangan, rejam, sebat dan sebagainya, semua telah siap.

Bagi menyiapkan semua perkara ini, kita telah panggil ulama-ulama, pakar undang-undang, pegawai-pegawai dari Jabatan Penjara dan doktor-doktor dari hospital memberi pandangan sehingga kita berjaya menyiapkan kaedah pelaksanaan hukuman.

Masa perbincangan di peringkat jawatankuasa sama ada di peringkat negeri ataupun Pusat, sentiasa dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Polis, penjara dan mereka memberi kerjasama kepada kita dalam membantu proses menyediakan pelaksanaan ini.

Polis dengan Jabatan Penjara membantu, terutama pihak yang hendak laksana hukuman itu. Jabatan Penjara mempunyai undang-undang atau aktanya sendiri iaitu apa-apa hukuman yang diperintahkan oleh mahkamah yang sah, dia mesti patuhi. Sekarang pun kesalahan syariah hukuman dilakukan di penjara dan sekiranya mahkamah memerintahkan hukuman dilakukan di mana-mana, Jabatan Penjara perlu bersedia melakukannya pada bila-bila masa. Sekarang hukuman enam sebatan Mahkamah Syariah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara.

Malah saya difahamkan sudah wujud pertukaran kakitangan antara polis dan jabatan agama Islam bagi memastikan mereka benar-benar memahami undang-undang Islam ini sebelum dilaksanakan sepenuhnya nanti.

Saudara menyertai Sekretariat Hudud Negeri Kelantan dan juga mewakili kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat. Bagaimana saudara melihat kerjasama dalam jawatankuasa hudud peringkat Pusat?

Nik Bahrum: Kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Pusat dalam jawatankuasa amat baik, kita sampai peringkat empat kali mengadakan mesyuarat, dua di Kelantan, dua di Kuala Lumpur. Kerjasama ini sampai peringkat meneliti enakmen tersebut. Antara pindaan yang dibuat dalam enakmen ini juga berdasarkan cadangan-cadangan jawatankuasa peringkat Pusat.

Wujud persepsi bahawa undang-undang ini tidak adil kerana hanya melibatkan jenayah-jenayah jalanan tetapi hukumannya berat. Timbul persoalan bagaimana jenayah kolar putih atau jenayah siber yang melibatkan kes curi. Nilainya mungkin lebih tinggi dari nisab hukum hudud namun mungkin terlepas disebabkan tidak ada saksi yang berkelayakan serta bukti lain seperti kamera litar tertutup atau laporan forensik pula tidak diterima di Mahkamah Syariah?

Nik Bahrum: Jenayah kolar putih atau jenayah terkini seperti mencuri dalam siber tidak terlepas daripada undang-undang. Terlebih dahulu pendakwa akan melihat kepada pentafsiran undang-undang, adakah kes tersebut mencukupi untuk didakwa di bawah sariqah (mencuri). Sekiranya cukup ingredient terhadap kesalahan sariqah maka pelakunya boleh didakwa di bawah undang-undang syariah.

Hakim akan teliti satu persatu. Sama sebagaimana kes sekarang. Kita cuma memerlukan dua saksi yang melihat. Laporan pakar boleh jadi saksi untuk keterangan (bayyinah), bukan rigid kepada dua saksi sahaja. Ini berdasarkan pentafsiran undang-undang, kalau tersabit, dia akan didakwa.

Masyarakat juga melihat beberapa perkara yang dianggap jenayah berat seperti merogol tidak dimasukkan di bawah enakmen sedangkan undang-undang yang diluluskan dalam DUN Kelantan pada 19 Mac lalu dikatakan turut merangkumi kesalahan dibawah takzir. Apakah ada peruntukan untuk jenayah seperti itu untuk dituduh di bawah hudud?

Nik Bahrum: Hukum hudud hanya ada enam kesalahan mandatori sahaja iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina (termasuk liwat), qazaf (tuduh zina), syurb (minum arak) dan irtidad atau riddah (murtad).

Kesalahan-kesalahan lain termasuk di bawah takzir. Untuk sabitkan mereka dalam kesalahan hudud, memerlukan saksi yang nampak. Dalam syariah ini memerlukan penyaksian apa yang dilihat. Kesalahan hudud ini dengan pembuktian lain, seperti DNA dan sebagainya tidak diterima. Takzir tidak apa, untuk kesalahan hudud sahaja memerlukan kepada penyaksian mata di mana saksi melihat perbuatan pihak yang didakwa.

Dalam kesalahan takzir boleh beri keterangan dan pelbagai bukti lain. Hudud ini melibatkan hukuman mandatori, mereka yang didapati benar-benar bersalah dengan pembuktian yang cukup akan disabitkan dengan hudud. Tidak timbul isu akan terlepas daripada hukuman atau pertuduhan di mahkamah. Macam di Brunei, ada satu jabatan yang ada dua pendakwa raya yang akan putuskan sama ada dituduh di bawah mahkamah syariah atau ke mahkamah sivil tetapi kita belum fikir lagi sehingga ke situ.

Sebagai contoh kes rogol, tiba-tiba didapati tidak cukup bukti, dia akan tuduh di bawah mencabul kehormatan. Sebelum Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) ini diluluskan ada satu lagi Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985. Ini adalah takzir, dalam itu sudah ada kesalahan-kesalahan takzir. Cuma saya boleh beritahu takzir di Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain sebab sudah lama tidak buat pindaan kesalahan lain.

Kita sebenarnya sudah siap enakmen takzir untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri, sampai 73 seksyen kita sediakan, termasuk semua benda itu. Kita akan buat satu-satu macam kanun keseksaan. Kesalahan khalwat, lelaki berpakaian menyerupai wanita dan tidak memakai topi keledar itu adalah takzir.

Masih ramai yang mempertikaikan daripada segi pelaksanaan hukum hudud ini. Mereka beranggapan perkara itu masih jauh lagi untuk dilaksanakan?

Nik Bahrum: Saya ingin sebut, Malaysia telah merdeka hampir 60 tahun, sepanjang tempoh itu kita menggunakan undang-undang asal daripada Inggeris, paling besar mengikut kanun keseksaan, kanun itu merangkumi hampir semua bentuk kesalahan.

Saya hendak tanya daripada segi statistik jenayah di negara ini, apakah jenayah yang berlaku di Malaysia makin berkurang atau bertambah. Secara jujurnya bertambah, adakah kita selama-lamanya ingin berada dalam situasi jenayah bertambah. Kenapa kita tidak cari alternatif lain, kita cuba undang-undang Islam ini, kita laksanakan. Kita tengok dalam tempoh 10 tahun akan datang bagaimana kesannya.

Kita akan masuk peringkat kedua dalam jawatankuasa teknikal bagi membincangkan mengenai penerangan kepada rakyat di negara ini. Hudud ini tidak semua orang faham.

Bagaimana pandangan saudara, sehingga sekarang masyarakat bukan Islam terutama parti politik menentang habis-habisan pelaksanaan hukum hudud.

Nik Bahrum: Kita dapat tengok parti Gerakan mencabar kita melalui perundangan. Mungkin mereka tidak faham. Saya mahu tegaskan sekali lagi, hudud tidak ada kena-mengena dengan bukan Islam. Kita hendak buat hudud mengikut ajaran agama kita dan mereka tidak perlu takut.

Dalam pindaan yang dilulus ini secara jelas hanya tiga golongan terlibat iaitu Islam, mukallaf dan mereka melakukan kesalahan dalam negeri Kelantan. Jadi, mereka bukan Islam tidak perlu takut.

Apa nasihat kepada orang ramai yang masih keliru dengan hudud?

Nik Bahrum: Apabila kita sebut hudud, satu benda perlu difahami ialah enakmen ini bukan semata-mata hukuman, falsafah hukumnya lebih kepada mencegah.

Untuk mencegah apabila orang melihat hukuman tersebut, mereka tidak ada rasa atau berani melakukan jenayah. Bila tengok hukuman rejam, potong tangan, mereka tidak akan rasa hendak melakukan jenayah.

Sebagai contoh, indeks jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hudud hanya 30 peratus sahaja sebab masyarakat rasa gerun hendak melakukan jenayah. Tidak dapat dinafikan jenayah berlaku tapi sekurang-kurangnya terkawal. Yang kedua berkat daripada Allah, hukuman apabila dilaksanakan merupakan kifarah dosa mereka lakukan di dunia terlepas hukuman di akhirat.

Sebagai Islam tidak perlu takut sebaliknya perlu menyokong. Saya percaya selepas penjelasan tentang hudud ini dibuat secara menyeluruh, mereka akan memahami alangkah indahnya undang-undang Islam ini.

Hudud bukan untuk menghukum

HARI ini merupakan hari bersejarah buat seluruh negara dan negeri Kelantan secara khususnya. Ini kerana hari ini Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) atau lebih mudah difahami iaitu  Rang Undang-Undang berkaitan Hukuman Hudud akan dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Saya percaya Rang Undang-Undang berkaitan Hudud ini (selepas ini akan disebut RUU Hudud dalam artikel ini) tentu sekali akan disokong penuh oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri tidak kira daripada Pas mahupun Umno.

Ini kerana sebagai orang Islam kita wajib beriktikad dari segi akidah bahawa hukum hudud merupakan hukum ALLAH yang disyariatkan. Namun ini tidak bererti RUU Hudud ini sunyi daripada kelemahan.

Malah semenjak pertama kali dibentang dan diluluskan pada tahun 1993, banyak sekali kelemahan RUU Hudud tersebut yang dikritik oleh para cendekiawan, ulama, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Walau bagaimanapun, kritikan-kritikan yang dilontarkan tidaklah bermakna mereka ini menolak hukum hudud sebagai hukum ALLAH. Ini kerana terlalu banyak kelemahan dalam RUU Hudud 1993 yang jika dilaksanakan tentu sekali akan menyerlahkan kelemahan dan ketidakadilan Islam.

Sedangkan hukum hudud jika difahami falsafah dan matlamatnya tidaklah bertujuan menghukum semata-mata. Ia merupakan satu bentuk undang-undang pencegahan hingga mencetuskan kegerunan dalam diri setiap penjenayah yang ingin melakukan kesalahan-kesalahan khusus yang terkandung dalam hudud terutamanya zina, menuduh zina (qazaf), mencuri, merompak, minum arak, murtad dan bughah.

Malah jika diperhalusi dan dihayati mengenai hukuman hudud ini seolah-olah ALLAH tidak menginginkan hukuman itu dilaksanakan lantaran prosedur dan kaedah penjatuhan hukum yang teramat ketat.

Sebagai contoh, jenayah zina hanya boleh dihukum jika empat orang saksi yang adil dan tidak fasik (orang melakukan maksiat dan dosa) benar-benar menyaksikan perbuatan zina sehinggakan disebut dalam kitab-kitab fekah perumpamaannya seperti perbuatan pedang dimasukkan ke dalam sarungnya.

Jika difikirkan secara logik akal, adalah amat mustahil untuk kita mendapatkan empat saksi yang tidak berkecenderungan buat dosa dan maksiat dapat menyaksikan perbuatan zina sebagaimana syarat ketat yang digariskan.

Sebab itulah terlalu banyak kelemahan yang dibangkitkan terhadap RUU Hudud 1993 hingga mengundang pelbagai fitnah dan persepsi hingga mencalarkan imej hudud sebagai hukuman yang indah lagi adil.

Mujurlah akhirnya kerajaan Pas akur jua dengan kelemahan-kelemahan ini hingga melakukan banyak pindaan dan penambahbaikan terhadap RUU Hudud yang akan dibentangkan hari ini.

Antara yang akan dibentangkan hari ini, turut memasukkan 20 syarat tambahan yang perlu dipatuhi sebelum hukuman mencuri boleh dijatuhkan. Begitu juga dalam konteks tempoh masa proses memujuk dan memberi masa lama untuk mereka yang murtad bertaubat dan kembali semula kepada Islam berbanding 3 hari yang digariskan dalam RUU sebelum ini. Dalam RUU ini juga dimasukkan dengan lebih jelas peruntukan mengenai liwat dan kes-kes yang bersangkutan dengan rogol.

Banyak lagi jika hendak disebutkan secara satu persatu dalam kolum penulis yang terbatas ini. Cuma beberapa persoalan turut bermain di pemikiran penulis. Mengapakah kerajaan Pas Kelantan tampak begitu tergesa-gesa untuk membentangkan RUU Hudud dalam sidang Dewan pada kali ini.

Sedangkan secara tertibnya penulis pasti kerajaan Pas amat arif bahawa lebih molek jika dibawa ke Parlimen terlebih dahulu untuk dipinda beberapa perkara termasuk Perkara 76A yang memperuntukkan kuasa Parlimen bagi memperluas kuasa perundangan negeri.

Kuasa perundangan negeri khususnya kuasa mahkamah syariah negeri-negeri ketika ini hanya terhad kepada hukuman jenayah syariah seperti zina, qazaf, minum arak dan murtad yang tidak boleh melebihi denda RM5,000 atau penjara 3 tahun atau 6 kali sebatan.

Justeru jika hudud ingin dilaksanakan secara sempurna sudah tentulah pindaan perlu dibuat bagi meluaskan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman kepada satu tahap yang ditetapkan oleh syarak seperti 80 atau 100 kali sebatan.

Begitu juga lebih manis dan tertib jika dibawa terlebih dahulu kepada Majlis Raja-raja yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa penuh dalam hal ehwal agama Islam sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Harapan penulis agar hudud ini tidak lagi menjadi bahan komoditi perpolitikan yang hanya akan merosakkan imej Islam. Moga-moga rakan-rakan Pas dalam Pakatan terutamanya DAP dan PKR akan turut merestui niat baik Pas untuk melaksanakan amanah agama. Dr Asyraf Wajdi Dusuki Sinar Harian Kolumnis 18 Mac 2015

Roh si pemiutang tergantung?

Benarkah roh orang yang berhutang akan tergantung di langit selepas dia mati kelak? Dan benarkah jika si pemiutang menghalalkan hutangnya, Allah akan ampunkan dosa kita yang berhutang? Rayyan Firdausi, Taiping, Perak<

UKE: Adalah berdosa orang yang tidak membayar hutang malah orang yang terkorban syahid pun tidak terampun dosanya jika dia mempunyai hutang dan bertemu dengan Allah dalam keadaan dosanya seperti dosa pencuri. Disebutkan dalam satu hadis Imam al-Tarmizi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Ibban yang bermaksud roh seseorang mukmin itu tergantung yakni terhalang daripada tempat yang mulia disebabkan hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan. Tetapi apabila hutang yang dihalalkan atau dibayar oleh orang lain, maka selesailah halnya.

Suami kahwin lain

Saya mendapat tahu suami telah berkahwin lain dan mempunyai dua orang anak. Saya begitu kecewa kerana sepanjang 25 tahun kami berkahwin, kami bahagia dan tidak ada sebarang krisis. Walaupun tidak mewah tetapi syukur anak-anak semua cukup makan. Saya pun berkorban untuk membantu suami berjaya dalam perniagaannya sehingga ke tahap berhutang dengan along dan bank sehingga saya diisytiharkan bankrap.

Saya nekad mahu berpisah dengan suami kerana janji kami dahulu, kalau suami ada orang lain, dia kena tinggalkan saya. Tetapi sekarang dia tidak mahu saya tinggalkan dia kerana sangat sayangkan saya dan anak-anak. Apakah yang patut saya buat ustaz?

* Noora, Taiping, Perak

UKE: Jika suami anda mampu untuk berkahwin lain atau menjalankan tanggungjawabnya dengan baik walaupun berpoligami, maka apa sebab hendak bercerai. Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan seperti biasa. Apabila dia tidak mampu, tidak memberi nafkah dan mengabaikan puan dan keluarga, barulah ada sebab untuk puan menuntut cerai.

Hukum solat sunat selepas Asar

Apakah hukum solat sunat selepas Asar? Adakah haram? Kalau haram, mengapa ia diharamkan?

* Yang bertanya, Kota Bharu, Kelantan

UKE: Ada solat sunat yang dilarang dan ada yang tidak dilarang pada waktu-waktu tahrim. Bagi mazhab Syafie larangan itu kadang-kadang diharuskan solat jika bersebab dan di tempat-tempat tertentu. Maka anda hendaklah pergi belajar dengan lebih mendalam akan pelajaran ini. Larangan solat selepas Asar ada disebutkan dalam hadis-hadis antaranya diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Dawud.

Imam cacat

Apakah hukum menjadi imam solat wajib atau sunat kepada keluarga atau orang awam jika imam duduk di atas kerusi disebabkan kaki telah dipotong di bawah lutut dan imam tidak mampu berdiri betul pada takbir pertama dalam rukun solat. Mohon pencerahan daripada ustaz.

* Abang Zul Tanjung, Kuala Lumpur

UKE: Harus kepada seorang imam jika duduk di dalam solat kerana uzur dan bagi mazhab Syafie, makmum hendaklah berdiri seperti biasa. Hanya imam yang menunaikan solat secara duduk kerana keuzuran. Tetapi lebih afdal diberikan kepada yang lebih berkemampuan untuk menjadi imam.

Jual barang kemas suami

Apakah berdosa saya mengambil barang kemas suami tanpa pengetahuannya? Saya menjual barang kemas itu untuk menyara hidup saya kerana suami tidak pernah beri nafkah zahir kepada saya. Insya-Allah saya akan pergi menunaikan haji tahun ini.

* Puan Anny, Manjung, Perak.

UKE: Jika seseorang suami tidak memberi nafkah kepada isterinya sehinggalah isteri menderita, maka haruslah bagi seorang isteri mengambil wang suaminya walaupun tanpa pengetahuan suaminya untuk kegunaan rumah tangga mereka.

Taqarrub, tabarruk, tawasul, wasilah

Apakah yang dikatakan taqarrub, tabarruk, tawasul dan wasilah?

* Md. Radyuwan Mat Piah, Kuala Lumpur

UKE: Taqarrub ertinya menghampirkan diri kepada Allah SWT untuk mendapatkan kasih daripada Allah SWT dengan melakukan amalan-amalan. Tabarruk bermaksud perbuatan mengambil keberkatan daripada seseorang atau sesuatu. Tawasul ialah perantara atau penghubung. Wasilah ialah perantaraan yang sampai kepada Tuhan termasuk jalan-jalannya supaya kita terpelihara oleh Allah SWT.

Anak malas solat

Saya ada anak yang sudah berumah tangga tetapi dia tidak solat. Macam mana cara hendak mengatasinya?

* Zaidah, Perak

UKE: Kewajipan seorang manusia ialah menunaikan solat. Dan kewajipan kepada seorang ibu dan ayah, memastikan anak-anaknya menunaikan solat walaupun anaknya sudah mendirikan rumah tangga. Apabila anaknya sudah dewasa, maka anaknya yang menanggung dosa kerana tidak solat dan ibu bapa berterusanlah menasihatinya untuk menunaikan solat. Puan suruh dia solat. Telefon dia selalu bila masuk waktu solat dan kalau ke rumahnya, ajaklah dia untuk solat berjemaah.

Solat jamak 
dan qasar

Saya merupakan pegawai kerajaan yang bekerja tetap di luar kawasan iaitu melebihi 100 kilometer. Saya berulang seminggu sekali dari rumah saya ke tempat kerja. Contohnya, setiap Isnin sebelum Subuh saya bergerak dari rumah saya ke tempat kerja dan tinggal bersama-sama kawan di kawasan berhampiran tempat kerja sehingga Jumaat. Setiap Jumaat selepas waktu pejabat, saya bergerak pulang ke rumah saya. Mengikut fahaman saya (mazhab Shafie), hari bergerak Isnin, saya boleh jamak dan qasar. Hari Selasa hingga Khamis saya juga boleh jamak dan qasar kerana tidak lebih tiga hari. Hari Jumaat adalah hari saya bergerak pulang ke rumah dan boleh juga saya jamak dan qasar. Saya nak tanya ustaz, betulkah fahaman saya ini? Mohon ustaz beri pencerahan.

* Puan Nomy, Kuala Lumpur

UKE: Adakah anda menyewa di rumah itu? Kalau anda menyewa di rumah itu, maknanya anda sudah menjadi orang di situ. Maka anda tidak boleh jamak dan qasar. Sila jelaskan sama ada anda menyewa atau tidak.

Dibelanja rakan 
Lepas menang judi

Soalan ini daripada kawan saya. Hari itu ada kawan dia yang bukan beragama Islam belanja dia makan. Selepas selesai makan, baru dia dapat tahu bahawa kawan dia belanja sebab menang nombor ekor. Selepas dapat tahu, dia jadi serba salah. Adakah dia berdosa kerana makan makanan yang dibayar menggunakan sumber yang haram?

* Ayobshah,  Pahang.

UKE: Tidaklah berdosa kawan anda sebab dia tidak mengetahui kawannya membelanjanya dengan duit yang haram. Tidaklah perlu dia susah hati. Kalau dia hendak menghilangkan rasa susah hatinya, bolehlah dia membayar harga makanan tersebut dengan cara dia sedekahkan kepada masjid atau surau atau orang miskin dengan diniatkan belanja wang makanan tersebut.

- Utusan Malaysia Rencana Agama 12 Jan 2015